Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, August 24, 2011

Hazelnut cookies wanginya pandan

Photobucket

Ini pula untuk mak mertua..aritu buat sample biskut ni kononnya nak jual tapi rasa malas pula nak buat jualan tahun ni..so akak buatkan satu adunan untuk mak mertua yg sememangnya sangat menggemari kekacang..akak ni kalau kacang2 kureng sikit minatnya bukan sebab takut berjerawat ya!..Dari bebudak lagi memang tak berapa suka kacang..klu mak buat rempeyek siap request nak tepung aje..ada ke gitu pulak pesennya ekk!..hahahha


Resepi asal biskut ni guna kacang hijau tapi akak dah tukar kpd hazelnut ya!

hazelnut wanginya pandan

Bahan-bahan:

120gm serbuk hazelnut
Tepung biskut @tepung rose..agak2 ya sampai boleh kepal/terap
100g gula icing
pandan emulco
1 tin kecil minyak sapi
minyak jagung secukupnya sehingga menjd doh yg lembut
secubit garam
Sapuan: 2 biji kuning telur + 1/2 sudu kecil air + sket pewarna kuning

Cara membuat:

Gaulkan semua bahan kecuali minyak jagung. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga mendpt doh yg lembut sehingga boleh digentel bulat.
Susun dlm loyang bergris kemudian hiaskan dgn kuaci & sapu dgn campuran kuning telur.
Bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak.
Sejukkan dan boleh lah disimpan kedlm bekas kedap udara.

1 comment:

Lovely Kitchen said...

Selamat hari raya..maaf zahir batin...baru nak berjalan raya umah kwn2 maya...ada lg ke sekut raya...klu dh abis hidang kek lapis pun jadilah...hihii