Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, August 24, 2011

Hazelnut cookies wanginya pandan

Photobucket

Ini pula untuk mak mertua..aritu buat sample biskut ni kononnya nak jual tapi rasa malas pula nak buat jualan tahun ni..so akak buatkan satu adunan untuk mak mertua yg sememangnya sangat menggemari kekacang..akak ni kalau kacang2 kureng sikit minatnya bukan sebab takut berjerawat ya!..Dari bebudak lagi memang tak berapa suka kacang..klu mak buat rempeyek siap request nak tepung aje..ada ke gitu pulak pesennya ekk!..hahahha


Resepi asal biskut ni guna kacang hijau tapi akak dah tukar kpd hazelnut ya!

hazelnut wanginya pandan

Bahan-bahan:

120gm serbuk hazelnut
Tepung biskut @tepung rose..agak2 ya sampai boleh kepal/terap
100g gula icing
pandan emulco
1 tin kecil minyak sapi
minyak jagung secukupnya sehingga menjd doh yg lembut
secubit garam
Sapuan: 2 biji kuning telur + 1/2 sudu kecil air + sket pewarna kuning

Cara membuat:

Gaulkan semua bahan kecuali minyak jagung. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga mendpt doh yg lembut sehingga boleh digentel bulat.
Susun dlm loyang bergris kemudian hiaskan dgn kuaci & sapu dgn campuran kuning telur.
Bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak.
Sejukkan dan boleh lah disimpan kedlm bekas kedap udara.

Tart nenas merahnya mak ngah pula :)

Photobucket

Assalamualaikum uols..senyap sunyi sepi blog sebab tuan tanah kedaung dah gantung periuk belanganya..tak sabo2 nak balik kampung ni..kihkihkih


Atas permintaan mak dan adik tersayang yang nak tat pesen lama,tak manis kulitnya pastu masuk mulut cair aje maka akak buatkan laa mereka tat tradisional ni..Mujur jem nenas masih berbaki lagi.Akak panaskan semula pastu tambah kaler merah..Oleh kerana akak ni jenis yg teramat rajin maka method memasak semula nenas ini..akak guna rice cooker aje..ngeh..ngeh..ngeh...


Kali ini akak pakai resepi Maizana..jom layan resepinya

TART NANAS MAIZANA

Bahan-bahan (menghasilkan 200pcs) :

1kg tepung gandum

2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)

4 kuning telur + 1 putih telur

1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.

Jem nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)

Oleh kerana akak masak guna rice cooker maka jemnya takde ler bertali2..lembik2 gitu..Petua nak mengatasinya..masukkan jem dlm piping bag dan picit aje atas tart tadi..mudah tak?


Caranya:

Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut.

Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.

Wednesday, August 17, 2011

Tart nenas

 

Posted by Picasa

sila abaikan cat atas tat tu..hik3x


Assalamualaikum & salam sejahtera semua..lama tak menebeng kat blog sendiri bula pose ni..nak kat sibuk kat dapur tak jugak..asyik order aje skrg ni .Kalau en.hubby berbuka di luar maknanya juadah akak simple2 aje..ikut selera anak2.

Hari ni dah masuk 17 Ramadan..kat sini cuti hari ni...Alkisahnya pagi tadi akak kesiangan..terjaga pukul 5.30 pagi..haaah! ..kelam kabut kejut semua suruh sahur..sahur pun ala-ala ketapi laju..hikhikhik..

Sebenarnya semalam agak penat..mengusung & memanjat tangga utk bersihkan sawang2 & basuh langsir...nasib baik hubby berbuka kat luar .Pastu haiqal pula bulan puasa gini waktu tido dia dh berubah..Pukul 3.30ptg baru nak tido..melayankan dia sampai pukul 2pg..alarm berbunyi pukul 4pg pun akak tak sedo.Nasib baik dina terbangun dulu.Dia laa yg masuk bilik bagitau dah lewat..huhuhu

Oleh kerana anak2 tak sekolah hari ni maka akak pun buat projek biskut sikit..dapat laa 2 jenis..itupun biskut kegemaran anak2 aje..Setiap tahun print resepi bagai nak rak..buatnya tak jugak kecuali biskut wajib ni.Kalau tak buat rasa tak lengkap rayanya.Dulu2 buat pesen terap2..laa ni buat yg guling2 @ gulung pulak..hihihi.Pastu buat biskut cornflakes madu..saje nak ajak anak2 merasa kemeriahan buat semekut raya walaupun banyak menyentap jiwa raga..sabor aje laa..


Mari kita tengok resepi tart gulung AnisSuraya..dia ni tokey biskut tapi tak lokek berkongsi resepi dan tips2 buat biskut..


TART GULUNG ANISSURAYA

200gm butter + 50gm marjerin
1 sudu besar minyak sapi **
3 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1 biji telur ayam
1/2 cawan serbuk badam
jem nenas secukupnya
kuning telur + pewarna kuning telur secukupnya..

gaul tepung + gula + serbuk badam sebati. kemudian gaul dgn buter +marjerin sampai jadi serbuk roti.gaul sebati..kemudian msukkan telur ayam yg dipukul manja sedikit..uli sampai jadi doh yg lembut..kalau doh mcm keras ambil sedikit butter dan gaul pada doh hingga doh menjadi doh yg lembut dan senang ditekan..doh yg keras akan sebabkan anda bekerja lebih keras sambil terangkat2 badan...hik hik hik hik

Tips Dari AnisSuraya

**untuk tart yg gebu tambahkan 1 sudu besar minyak sapi**
kalau nak yg rangup...just follow yg kat atas tu..

Wednesday, August 10, 2011

Fried Carrot Cake

 

Posted by Picasa


Assalamualaikum semua..ni bukan kek lobak merah yg tak abis lalu digoreng ya!Ini sejenis masakan warung cina yg fofuler tau!orang melayu pun ada jual tapi derang tuko dgn nasi impit.

Nak buat kuih ni renyah sikit tapi dek kerana dah lama sangat teringinkan menda ni maka akak merajinkan diri untuk memarut lobak putih,kemudian goreng pastu kukus pulak...erkk?????????..(nampak gaya sekali ni aje laa akak buat sebab akak bukan rajin sangat pun!..ngeh..ngeh..ngeh).

Jom layan resepinya pulak ya!Akak c&p dari Bro Rozzan

FRIED CARROT CAKE

5 sudu makan minyak
1 sudu makan bawang putih cincang/tumbuk
200 gm lobak putih (parut)

Bahan Perasa (Seasoning)
600 ml air
1 sudu makan gula
½ sudu makan garam
1 sudu makan serbuk lada putih........ Satukan semua bahan ini.

Bahan Pemekat (Thickening agt)
350 gm tepung beras
25 gm tepung jagung/kanji
500 ml air .........Satukan semua bahan ini

Bahan Sambal

20 tangkai lada kering

2-3 biji bawang besar

2 sudu makan udang kering
2 sudu makan ikan bilis
(Kisar semua bahan di atas ini dgn sedikit air)

2-3 sudu makan gula
sedikit garam
sedikit air jika perlu
minyak utk menumis

Cara Membuat Sambal:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga garing. Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan gula dan garam lalu kacau lagi. Biarkan sebentar hingga pekat sedikit sebelum dimatikan api.

Cara Membuat Bahan Carrot Cake:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih lalu masukkan parutan lobak putih tadi. Kacau sebentar. Kemudian masukkan Bahan Perasa dan terus kacau. Masukkan Bahan Pemekat dan terus kacau sehingga adunan pekat. Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang berukuran 8x8x2 inci dan kukus selama kira-kira 30 minit atau hingga masak.

Cara Menyediakan Fried Carrot Cake
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis 1 sudu makan bawang putih dan 2-3 sudu makan chye poh. Masukkan 200-300 gm carrot cake (yg telah dipotong dadu) bersama 2-3 sudu makan sambal dan dikacau rata. Kemudian pecahkan 2-3 biji telur dalam kuali yg sama lalu digaul rata. Kemudian masukkan secukup 'sweet sauce' dan sedikit kicap manis. Kacau lagi dan akhir sekali taburkan sedikit daun bawang dan bawang goreng.




Monday, August 8, 2011

Yang ringkas aje

 

Posted by Picasa


Assalamualaikum & salam sejahtera

Menu yang ringkas aje sebab bila masak beria-ia tak habis sampai 2-3 hari..last2 jadi santapan kucen aje lauk tu.Mujur ada kucen..jadi tak terasa membazir..klu tak memang masuk tong sampah laa jawabnya..rugi2x


Mee hoon & pizza ekspress tu akak yg buat ..lompat tikam pemberian jiran sebelah..macam tau-tau aje jiran sebelah ni yg akak nak makan bubur som-som..rezeki hari ni dapat kuih lompat tikam sedara terdekat bubur som-som..aminnn..Dessert-dessert ni memang akak sorang aje yg perabiskan..orang lain tak pandang pun..huhuhu.Pizza ekspress rakyat tu along & adik yg punya..Senang aje nak membuatnya..tak perlu nak menguli tepung bagai..Meh tengok resepinya ya!


pizza ekspress

4 keping roti putih
1 biji telur
1 cawan susu uht
1 sudu makan tepung jagung

inti
3 keping daging burger -cincang
1/2 labu bawang bombay- dadukan
capsicum trafik light-dadukan
tomato -hiris bulat..(tak ltk pun td)
garam secukup rasa
minyak utk menumis

1.tumiskan bawang besar hingga naik bau kemudian masukkan daging burger,capsicum serta tomato.boh garam secukup rasa..ketepikan.

cara buat

1.Carik-carikan roti tadi dan ltk dlm loyang yg tlh dilengser mentega/marjerin.
2.Campurkan susu,tepung & tepung jagung.kacau dgn garpu kemudian tuang atas roti tadi.
3.letakkan inti daging atas roti kemudian picitkan mayonis/sos & bakar hingga masak selama 30min.

Sunday, August 7, 2011

Vadei

 
Posted by Picasa


Assalamulaikum & salam sejahtera

Jom layan masalodeh @ vadei utk berbuka puasa hari ke 7 ni.Ada jugak menu sampingan mcm nasi goreng,recyle ayam mamak dan kerabu telur yg akak transformkan menjadi salad bungkus..heheheh

Resepi

Vadei



Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 tangkai cili kering, dihiris halus
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1.Rendam kacang dal selama lebih kurang 4 jam.
2.Toskan air hingga kering
3.Kisar kacang dal hingga halus. Tidak mengapa jika masih terdapat sedikit kacang dal yang tidak hancur.
4.Satukan semua bahan didalam satu bekas.
Gaul rata.
5.Leperkan di atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yang telah disapu sedikit minyak masak. Ini untuk mengelakkan dari melekat.
6.Susun di atas dulang yang disapu sedikit minyak masak.
7.Goreng di atas api yang sederhana besar.

Ayam Masak mamak

 
Posted by Picasa


AYAM MASAK MAMAK - c& p dr FP Rinnchan
Sumber : Maklang Azie (Rosyanti Mahram Rnet)

Bahan-bahan :
1kg ayam, digoreng dengan sedikit garam dan kunyit.

Bahan-bahan kisar:
10 ulas bwg putih
10 ulas bwg merah
3 biji labu bwg besar
10 tangkai cili kering
Halia

1 camca teh serbuk jintan putih
1 camca teh serbuk sajira..Tak tau apa benda ni, so Rinn ganti dengan 1 sudu besar rempah kari
2 batang serai, dititik
2 pelepah daun kari
1 helai daun pandan, disimpul
Daun pudina, tak bubuh sebab tak ada
3/4 cwn kicap manis
1/4 cwn tomato puri, Rinn guna sos tomato
1sb minyak sapi (option)
1 cwn bwg goreng, ditumbuk halus
sedikit air asam jawa
4 sekawan (bunga lawang/kulit kayu manis/buah pelaga/cengkih)

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
2. Tumiskan bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan, serai, jintan putih dan rempah kari. Kacau dan biar hingga naik aromanya.
3. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Kacau terus.
4. Bila dah sebati dan rempah dah naik minyak, tambahkan bwg besar hiris, kicap, daun kari dan biarkan ayam itu empuk sekejap.
5. Masukkan sos tomato, daun pudina dan air asam jawa.
6. *Tambahkan garam secukup rasa.
7. Agak-agak kuah dah mula garing, masukkan bawang goreng yg ditumbuk tadi utk pekatkan kuah.

Dalam resipi ada mentioned suruh letak garam tapi bila hampir masak dan rinn rasa kuahnya sudah cukup elok, tak perlu letak garam dah. Tetapi kalau kenkawan dan adik-adik mau lebih rasa garam boleh saja letak garam secukup rasa. Memang tipikal rasa resipi mamak macam kat Restoran Nasi Kandar. Sekarang memang hampir tak singgah langsung di restoran mamak..jadi dah ada resipi ni, bolehlah Rinn simpan untuk rujukan dan masak sendiri di rumah.
Kali ni Rinn masak agak kering sedikit kerana tak bubuh air rebusan daging seperti masakan daging mamak. Lagipun ayam tu Rinn goreng, bukan direbus.

Kerabu Telur Goreng

 
Posted by Picasa



Assalamualaikum & salam sejahtera...nak share resepi kerabu telur goreng yg akak buat semalam.Akak terjumpa resepi ni masa lompat-lompat nengok blog orang (bukan lompat-lompat atas pokok ekk!)..Terus berkenan sangat dengan kerabu telur ni..nak buatnya asyik tertangguh sebab telur dah abis stok.Semalam g belanja tak lupa beli telur sepapan.

Jom layan resepi ni yg akak adaptasi dari SINI..oleh kerana banyak bahan yg akak terlupa nak beli so akak ganti dgn apa yg ada aje laa.

Kerabu Telur
Bahan-bahan:
2 biji telur
(dipukul dgn sedikit garam lalu didadar spt biasa kemudian diracik2)

Tomato Kacang botor (takde)
Lobak merah (akak tambah)
Timun
Cili padi
Daun ketumbar (takde)
Limau kasturi
Sos Ikan (takde)
garam & gula
Daun Salad

akak tambah
Daun pudina}
Daun Kesum } hiris
Daun selasih}
bawang merah (dadu)
Capsicum merah,hijau & kuning

Cara buat
Satukan semua bahan hiris dalam mangkuk..kemudian tuangkan jus limau kasturi,garam dan sedikit gula..Gaul rata & hidangkan.

Friday, August 5, 2011

Soto Madura

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum & salam sejahtera .

Jom layan soto untuk berbuka hari ni..Akak tinggal 3 beranak aje hari ni manakala yg 3 lagi dh berlepas ke Johor mlm semalam naik bas ekspress.So berbuka yg simple aje laa..Soto Madura ,popiah pisang dan air bandung cincau.Soto takde togeh,suhun goreng bagai sebab akak malas nak ke kedai..hehehe

jom layan resepinya yang akak amik dr blog Yatie

Soto MaduraBAHAN-BAHANNYA
Nasi Impit secukupnya- saya masak sendiri guna rice cooker je...
1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
3 s/b rempah sup/ rempah soto
1 ketul sup bunjut adabi
1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
1 ketul kiub pati ayam
6 cwn air atau secukupnya
Bahan Tumis
Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
2 biji bwng merah- di hiris
2 ulas bwng putih- di hiris
2 btng serai- di titik
2 cm lengkuas- dititik

Bahan Kisar
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *

Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.
1 mangkuk kecil tauge
1/2 cwn kcng tanah- di goreng
1 paket kecil su'un- di goreng
sambal kicap secukupnya
2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng
Garam dan sedikit gula

CARA-CARANYA
1.Kisar halus bahan yang bertanda *
2.Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
3.Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
4.Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
5.Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
6.Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
7.Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.

Cara Penyediaan
Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...

Thursday, August 4, 2011

Menu sahur hari ke 4-Daging ungkep & nasi goreng pattaya

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Nasi goreng pattaya tu request dari along..hubby & dina makan nasi lauk daging ungkep.Izzati pula request roti celup telur.

Akak punya 500ml air sejuk+ 500ml herbalife shake & salad sayuran.

 
Posted by Picasa


Daging Masak Ungkep


Bahan-Bahan -

Daging

Bahan-bahan bumbu/rempah

Bahan Kisar:
6 batang serai
1 cm kunyit hidup
Ketumbar 50gm
Jintan manis 50gm
halia 2 ibu jari
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
-----------------------
½ cawan minyak masak
garam / gula secukup rasa
1 sb kerisik
akak tambah santan cair

Cara:
Daging hiris ikut suka.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan daging, santan cair (anggaran untuk kadar melembutkan daging/ayam) ke dalam kuali,
masak secara perlahan utk lembutkan ayam/daging dan tutup kuali tersebut.letak kerisik.
Masak hingga kering....Akak tak buat kering sangat sebab nakkan sedikit kuah.

Otak-otak Ikan tenggiri

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Baru 3 hari berpuasa..akak dah confuse nak masak apa walaupun dlm peti ais tu ada ikan ,daging serta ayam.Untuk menghilangkan confuse..akak pun g laa BW kat blog kengkawan disamping tu sambil-sambil juga taip kat GOOGLE resepi yang teragak dlm fikiran ni..tu yang jadi otak-otak ikan tenggiri untuk berbuka puasa semalam..cuma akak terlupa letak kari pastu lada pun kureng so colour tak menyerlah sangat..khennn..


jom layan resepinya yang akak amik di SINI..terima kasih kak liza pada yg menyumbang resepi otak-otak sedap ni...cuma akak buat versi kukus (malas nak menggrill)

OTAK_OTAK IKAN TENGGIRI




Bahan
300 g ikan tengiri
1/2 biji kelapa parut muda
3 helai daun kaduk [mayang halus]
garam
daun kelapa [kerat sepanjang 10 inci]

Bahan Mesin Halus
1 s/kecil lada putih
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 s/besar rempah kari
1/2 cm belacan (ganti udang segar)
1 biji buah keras


CARA-CARA

1. Bersihkan ikan dan hiriskan nipis.
2. Kelapa parut pun digiling hingga halus
3. Campurkan ikan, kelapa muda, daun kaduk & bahan mesin dan gaul rata-rata bersama garam secukupnya
4. Isikan adunan ini kedalam keratan daun kelapa. Tutup keratan ini dengan keratan daun kelapa juga dan sematkan dengan lidi.
5. Siapkan bara arang. Bakar otak otak ini hingga masak
** akak kukus hingga masak**

Wednesday, August 3, 2011

Menu hari Ke 2-Nasi Ayam

 
Posted by Picasa

Nasi Ayam berserai & gengs


Assalamualaikum & salam sejahtera..Apa khabar semua?mesti tengah memikirkan juadah apa nak masak untuk hari ni..kan!

Nasi Ayam berserai untuk berbuka puasa semalam atas permintaan Along yg kononnya nak makan nasi ayam time sahur tapi pagi tadi dia bersahur dengan murtabak lapis sekeping...Lupaa laa tu :),

Nasi Ambeng- edisi makan2 sebelum berpuasa (resepi dh update)

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum & salam sejahtera..selamat menjalani ibadah puasa buat semua.

Yang kat atas tu bukan menu berbuka puasa tau!..tu buat masa kat kampung..Almaklum ler dah penghujung syaaban ...dah takde orang buat kenduri arwah lagi..hikhikhik ..so nak makan nasi ambeng punya pasal, akak pakat dengan adik pompuan untuk nasi ambeng ..Ingatkan dapat kumpulkan semua adik beradik hari Sabtu lepas..tak bestnya Uda (adik no.3) terpaksa ke Pasir Gudang atas urusan kerja.. kurang meriah sikit.Takpe2..penghujung puasa nanti balik Kluang lagi..rasanya kali ni Angah pulak takde..ermmmmm.Gini laa keadaannya bila masing-masing dah berumah tangga..kene ikut giliran .

Hari pertama puasa..akak berbuka kat Kuantan aje sebab dlm perjalanan balik ke Paka.Beli murtabak lapis laa apa lagi :)


NASI AMBENG
Bahan Utama

1. Nasi putih- masak mcm biasa ya!

Urap kacang panjang + pucuk ubi

Segenggam pucuk ubi-rebus dan toskan
secekak kacang panjang
segenggam taugeh
kelapa parut muda
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
lada basah & cili padi
Daun cekur
garam

Cara-cara

1.tumbuk lada basah,cili padi,bwg merah,bwg putih,ikan bilis hingga lumat.

2.tumiskan bhn2 yg tlh ditumbuk hingga naik bau.

4.masukkan kelapa parut muda.Tambah garam & gaul rata hingga kelapa masak.

5.masukkan kacang panjang,pucuk ubi & taugeh serta hirisan daun cekur.

SERUNDING KELAPA
Bahan-bahannya:
1 biji kelapa diparut -ambil yang putih sahaja
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 batang serai
sedikit udang kering @ikan bilis
1 sudu jintan manis
1 sudu ketumbar
sedikit air asam jawa
garam
gula merah
Sedikit serbuk kunyit

Cara-caranya:

Kisar bawang putih,bawang merah, serai, udang kering, jintan manis dan ketumbar
gaulkan bahan kisar, air asam garam dan gula serta serbuk kunyit dengan kelapa.
Panaskan minyak..goreng kelapa tadi hingga kering.

SAMBAL GORENG JAWA

2 bungkus tempe dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
2 ketul tahu dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
2 biji kentang dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
kacang panjang dipotong serong
soo hoon dan tauhu kering direndam
3 biji bawang besar. dihiris halus
4 ulas bawang putih. dihiris halus
3 biji lada besar dihiris. boleh tambah cili padi sukakan pedas
Ikan bilis (nak tambah udang segar pun boleh jugak)
serbuk lada sulah

Cara-cara

1.goreng bawang besar, bawang putih,ikan bilis, lada besar yg sudah dihiris. dan garam secukup rase

2.kacau hingga naik bau & agak layu bawang2 tadi dan kemudian masukkan udang
tabur serbuk lada sulah dan kacau

3.kemudian masukkan kacang panjang.
pastikan sayur tidak terlalu masak. masukkan tempe, kentang, tauhu yg sudah digoreng. kacau lagi.

4.last skali masukkan soh hoon dan tahu kering.
jika ingin rasa yg berlemak boleh masukkan santan. gaul hingga kering.
boleh juga ditambah sayur lain spt carrot, kobis. boleh juga dicampur kicap. sambal goreng adalah menu wajib dalam nasi ambang.

AYAM KICAP JAWA

1 ekor ayam-potong2-goreng 1/2 masak
5 biji bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1/2 in halia-kisar
1 sudu besar lada boh
1 bawang besar-potong bulat
2 cili merah
1 serai-ketuk
kicap secukupnya
1/2 mangkuk santan pekat
kayu manis, cengkih, pelaga n bunga lawang

tumis rempah tumis,lada boh dan bahan kisar, hingga wangi. masukkan serai n cili merah. masukkan kicap, gaul rata. masukkan ayam n gaul rata. masukkan santan, didihkan..biar sekejap, angkat.

Mee goreng

1 peket mee kuning
1 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
2 biji lada basah-hiris
ikan bilis secukupnya
kicap,garam dan gula
sedikit sawi dan taugeh


cara-caranya

Tumiskan bahan-bahan hiris hingga naik bau kemudian masukkan kicap pekat sedikit,garam dan gula serta sawi.gaul rata kemudian masukkan mee kuning ..goreng hingga masak.Akhir sekali masukkan taugeh
Bila lauk pauk dah siap..letakkan daun pisang dlm dulang kemudian letak nasi (4 bahagian) diikuti dgn lauk pauk juga 4 bahagian.NAsi Ambeng ni makanan tradisi Jawa yg amat popular time kenduri kendara..ada sesetengah kampung ..kenduri kawen pun disajikan nasi ambeng..tapi paling syok nasi ambeng ni di bulan syaaban..kalau dok perkampungan yg majoritinya masyarakat Jawa, boleh dikatakan setiap rumah yg buat kenduri arwah tu menyajikan nasi ambeng (akak suka blk kg hubby bila bulan syaaban pasal ada bontrot nasi ambeng laaa..itupun kalau langkah kanan laa..hihihi).

Mak mertua akak kata ..orang jawa dulu2..masa prepare nasi ambeng ni siap baca doa2 tertenu kemudian dulang-dulang berisi nasi ambeng ni akan dibawa ke ruang tamu sebelum bacaan yassin bermula..sebab itulah nasi ambeng dar umah kenduri ni tersangat sedap sebab sudah dibacakan surah yassin & diaminkan beramai2 ..Sungguh ni tau!tarak tipu punya..klu tak percaya pi beli nasi ambeng kat mana-mana pastu compare dgn yg bawak blk dr kenduri...hihihi