Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, July 28, 2011

Selamat menyambut ramadhan 1432

Photobucket

Assalamualaikum..dikesempatan ni akak ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan1432h dan menjalani ibadah puasa buat semua rakan-rakan bloggers.Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan buat kita semua.

Akak juga ingin memohon ampun dan maaf andai bicara akak di ruangan ni menyebabkan rakan2 sekelian ada yg berkecil hati ke apa dgn tulisan & repekan akak.

Akak juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada rakan-rakan bloggers yg sudi berkongsi resepi-resepi masakan yg sedap-sedap dalam blog masing-masing.Dulu masa akak belum tau berblogging..kerja akak bila bulan puasa ialah mengintai fotopages dan blog-blog masakan kengkawan sekelian..hampunkan akak kerana buat kerja tak senonoh itu!..hahahaha

Akak buat entry ni awal2 sebab esok nak balik kampung kat Kluang untuk sambut puasa bersama keluarga belah akak...dah lama tak sambut puasa beramai-ramai dengan adik beradik..Almaklum ler kat Terengganu ni tak cuti awal ramadan.Anak-anak akak dah buatkan surat cuti (Uminya tersangat excited nak balik kampung..rela paksa anak-anak bercuti-tolong jgn tiru aksi ini ya!)..

Perancangannya nak balik malam ni tapi last minit nanti akak pasti en.hubby bertukar fikiran sebab dia nak tengok perlawanan bola antara Harimau Malaya dan Singapura..Jommmm kita tengok bola dulu..wakakaka


Photobucket

Wednesday, July 27, 2011

Brokoli pes bawang & Ketam cili

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..sila layan gambo dulu ya! .nant akak sambung story morynya..hik2x

sambung story mory pasal lauk malam ni...aceli g ke Tunas manja nak cari udang untuk dibuat cucur udang tapi terpandang pulak ketam..terus capai 3 ekor..Pastu melilau tengok sayur mayur nampak brokoli..automatik teringat resepi brokoli bawang putih.Nak buat brokoli berdaging tak sempat sebab daging masih tahap beku..hikhikhik

Jom layan resepi yg akak cp dari blog ResepiRaidah dan blog HaSue.Terima kasih ya buat mereka berdua.Resepi ketam tu akak amik bahan2 asas aje tapi akak omit step goreng ketam.Apa yang akak buat ialah tumis cili boh & bahan kisar kemudian masukkan segala sos2,pecahkan telur dan masukkan ketam.Akak buat camni sebab nak cepat..hahahha.

Brokoli Bawang Putih
C&P dr Resepi Raidah
Bahan-bahan:

200g brokoli
5 ulas bawang putih ~ potong dadu
1 sudu besar pes bawang
2 sudu besar sos tiram
Garam
Air
1 sudu besar minyak.
Udang Kering (rendam & toskan)- yang ni akak tambah
Cara penyediaan:

1. Potong brokoli dan bersihkan.
2. Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.Dan rendam dlm air sejuk (untuk kekalkan warna brokoli)
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih serta udang kering dan goreng sehingga garing dan diangkat.
4. Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan pes bawang, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
5. Masukkan brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi.

Pes Bawang
Bahan-bahan:

1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.

(akak buat dalam kuantiti yg sikit shj..cukup2 untuk goreng brokoli)

Ketam Cili
C& P dari HaSue

Ketam Goreng Sos Bertelur >> HaSue

Bahan-bahan:
1 kilo ketam - buka cengkerangnya dan buang insang n poket bhn buangan-potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan toskan.
2 sudu makan serbuk kunyit (akak lupa letak)
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang cili merah*(nak pedas lagi boleh tambah cili padi)/boleh juga guna cili kisar (akak guna cili boh)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum(optional)
2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
1 cawan minyak masak(agak2 jer)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Tomato(optional-potong berbaji)-ni pun takdak
Cara-cara:
Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar,tabur garam dan serbuk kunyit. Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi. Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk. Kisar bahan bertanda
Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap sahaja..jangan goreng lama2 nanti isi ketam akan keras. Goreng sampai habis termasuk kulit(cengkerang)sekali(yg bertelur)
Setelah habis menggoreng ketam,gunakan minyak yang sama(jika masih banyak kurangkan sedikit sehingga tinggal dalam setengah cawan).Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau n kekuningan.
Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati. Masukkan air secukupnya(dlm 1 cawan gitu),perasakan dengan garam n sedikit gula/perasa
Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah masukkan ketam yang sudah digoreng tadi..gaul rata.Jika suka masukkan tomato yang dipotong berbaji
Setelah bahan2 sebati dengan ketam tadi,masukkan telur ayam dan kacau seketika
Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Sunday, July 24, 2011

Pisang emas dibawa belayar .....update resepi

Photobucket
Pisang Emas Dibawa Belayar
Masak sesikat atas tin
Hutang emas sudah dibayar
mari kita makan puding


Hancusss pantun 4 kerat tu..Assalamualaikum & salam sejahtera..hari ni merajinkan diri buat puding..konon ala-ala puding raja laa tapi puding raja tu kuahnya cair..akak punya versi kuah pekat.

Puding Pisang Emas

•1 sikat pisang emas – dibuang kulit
•1/2 cawan badam – digoreng
•1/2 kismis - goreng•
•2 sudu besar minyak sapi*
•Minyak untuk menggoreng*

Untuk Kuah Puding
•1 tin (410 g) susu cair/sejat
•1 biji telur – diambil kuning sahaja
•Daun pandan – disimpul (lupa letak)
•Air sebanyak 1/4 tin susu
•1/4 cawan gula (ikut rasa)
.4 sudu besar tepung kastard
•Esen vanila

Cara memasak

•Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
•Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
•Goreng badam & kismis


Puding

•Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat,tepung kastard dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
•Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
•Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk.•Kemudian taburkan kismis dan badam . Tuangkan kastard ke atasnya dan sejukkan dlm peti ais.

Saturday, July 23, 2011

Rendang Pedas Ayam Perak

Photobucket

Assalamualaikum & slm sejahtera semua..kat atas tu rendang pedas ayam perak tapi akak tulis terbalik laa pulak..ekkk..hahaha..Masa bw aritu terpandang resepi ni kat blog Kak Azita Zain..nampak sangat menyelerakan..Oleh kerana dah berhari-hari teringin nak membuatnya so semalam sempat beli daun kunyit ms pergi pasar.Maka hari ter'realisasi' ler hajat akak ni..raya tahun ni boleh buat laa rendang gini..very simple resepinya&rasa pun sedap...tadi akak dok ratah gitu aje lauk ni.Terima Kasih buat Kak Ita..mmg marbeles resepi ni..tersangat rugi kalau tak cuba.


RENDANG PEDAS AYAM PERAK-sumber resepi Kak Azita Zain
Bahan-bahan :
1 kg ayam - dipotong besar2
15 - 20 biji cili kering - direndam dengan air panas selama 20 minit (**)
5 batang serai - dihiris (**)
2 inci halia - dihiris (**)
1 cawan kelapa parut
10 biji bawang merah - dihiris
1 camca teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit - saiz sederhana - dihiris halus
300ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara :

1.Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
2.Masukkan sekali hirisan bawang merah dan serbuk kunyit ke dalam kuali.
3.Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.
4.Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali.
5.Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati.
6.Masak sehingga ayam empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya ayam cukup masak.
7.Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit.
8.Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

Friday, July 22, 2011

Siakap masam manis,sambal tumis dan tempoyak

Photobucket
siakap masam manis


Photobucket
Sambal tumis & tempoyak

Assalamualaikum semua...ni menu lunch kami hari ni..siakap masam manis ,sambal tumis dan tempoyak.Pagi-pagi tadi akak & jiran sebelah pergi pasar Paka..Alhamdulilah hari ni ada banyak ikan yg segar2..akak beli sotong 1/2 kg dan siakap bahagian ekor sahaja sebab ayam & daging ada lagi dlm peti sejuk.

pastu pergi area jual sayur tu beli tempoyak dan cendawan serta daun kunyit..niat di hati nak buat rendang mcm dlm blog Kak Azita Zain..makan dgn ketupat sedap jugak tu.

Rasanya malam ni makan kat luar sebab anak-anak ajak tengok wayang...heheheh

Wednesday, July 20, 2011

Udang galah masak lemak cili api

Photobucket

Assalamualaikum...sila ler menatap udang galah masak lemak cili api ni..akak masak style orang nogori cuma tak pedas sangat.Kalau pedas mati selera den!

Udang galah ni my Sil yang belikan ..dia dah tau kami nak balik kampung so dia belikan awal-awal.Aceli akak ni allegik dengan udang..masa bebudak dulu kalau makan udang otomatik muka & badan jadi gegata .abis bengkak bengil muka akak..time tu bibir rasa tebal cam negro aje.

Bertahun-tahun jugak akak tak menjamah sebarang udang ni hinggalah akak dok Pasir Gudang..Kat sana akak kembali makan udang setelah percubaan makan udang akak tu tidak menimbulkan kesan gatal-gatal.Sejak tu akak tak pantang lagi dengan en.udang ni!cuma pantang jumpa je..heheheh..tapi ex-boss akak pesan klu makan tu hati-hati walaupun tak nampak kesan allegiknya kat luar..kat dlm tubuh kita ni tak tau pulak..kang ada yg KO akibat makan udang..isk..isk..isk..Seriau juga dengar kata-kata ex-boss tu.

Hari tu memang akak tak makan banyak pun ..amik sekor dua je buat jamah almaklum ler akak ni penghidap resdung walaupun tak nampak kesan resdung tu kat muka ke hapa tapi kesan dalamannya tetap ada contohnya deria bau akak dahtak berapa effective lagi ler ni.Kalau ikutkan memang kene bedah tapi akak takuttttt.


Resepi Udang masak lemak cili api

Udang Galah
Cili api (7 tangkai)
Kunyit (besar ibu jari)
Santan
Asam keping (yg kecik aje sebab ada nenas)
Nenas
Cara-cara
1.Tumbuk cili api dan kunyit hingga lumat .Lepas tu masukkan ke periuk bersama udang galah dan nenas tadi.
2. Masukkan juga asam keping dan santan. Kemudian sedikit garam dan ajinomoto.
Masak dengan api perlahan supaya santan tak pecah.
3. Dah siap boleh hidangkan ya!..heheheh

Sunday, July 17, 2011

entry tertunda

Photobucket

Assalamualaikum semua...dah bersawang blog akak ni..mana taknya sejak blk kg aritu memang tak sempat nak update blog..(makan durian punya pasal ler ni...kekekek).. Sampai dr kg minggu lepas,akak kebizian dgn tempahan kek .Alhamdulillah rezeki tu..sampai kek anniversary sendiri punya akak pun tempah dgn kawan sebab dah tau sure tak dan klu nak buat sendiri.

Photobucket
Kek opera yg lazat ni akak tempah dgn ANN..Kalau nak rasa betapa sedapnya kek opera ni boleh tempah dgn Ann ya!

Photobucket
Ni makanan istimewa sempena anniversary akak hari tu..Mutton Steak..dapat sorang sekeping..belen bagi kat mimi & anak2nya..kelasss ko mimi..makan steak!


Photobucket
Ni pulak nasi lemak hari apa akak lupa! rasa2 hari selasa kot coz petang rabu g pasar malam .nasi goreng tu jiran bagi ..tak sempat nak snap rupa nasi lemak aritu..hik2x.Kesimpulannya minggu lepas memang gantung periuk belanga sungguh!..Minggu ni lega sikit insyallah nak test biskut raya pulak b4 pose ni..ahaks

Monday, July 11, 2011

Kerabu soo hoon

Photobucket

Assalamualaikum...nak menayang kerabu soo hoon yg akak buat hari khamis lalu..Mulanya nak buat kerabu mee hoon tapi rasa2 guna soo hoon lagi sedap sebab soo hoon ni lebih lembut dari mee hoon.

Layan resepi laa pulak..resepi ni akak ikut bahan2 yg ada kat dapur aje..almaklum ler hari khamis tu dah bersiap nak balik kg jadi peti ais tak ler full..hik3x

KERABU SOO HOON
bahan A
1 peket soo hoon rendam kemudian celur dengan air panas & toskan
timun -hiris
lobak merah-hiris
bunga kantan-hiris
serai-hiris
daun kesum
daun ketumbar jika ada
kacang tanah - goreng
perahan limau nipis
garam dan gula secukup rasa

Bahan
(B)
digoreng dan tumbuk halus
lada merah dan sedikit lada cili
ikan bilis segenggam
1/2 inci belacan
1-2 ulas bawang merah
1-2 ulas bawang putih


Cara buat.
Masukkan semua bahan A (kecuali perahan limau ,garam & gula) dlm bekas kemudian masukkan bahan B .Gaul rata semua bahan tadi kemudian masukkan perahan limau nipis,garam dan gula secukup rasa.

Wednesday, July 6, 2011

Kaswi goyang gerudi

Amaran:-
Photobucket
gambar ni takde kena mengena dengan snow almond tau...ni adalah kuih kaswi akak yg terlembik ..bila diangkat nak suap dlm mulut..meliuk-liuk aje kuih ni..tu pasal akak bagi nama kaswi goyang gerudi....

Apesal boleh terlembik?..akak telah derhaka dengan resepi ni...memandai-mandai g tambah air padahal sukatan tu dah molek beno..Alasan akak pulak..akak pi curahkan tepung dlm air gula yg panas..of coz laa tepung tu bergentel & kene laa tapis.Masa tapis ni laa akak dah buat silap sebab akak nengok adunan tu cam pekat..gatai tangan pi tambah air konon bior cair ...huhuhu

Moralnya :-
jangan derhaka pada resepi bila buat kuih kaswi..hahahahaha

Tuesday, July 5, 2011

Mee Bandung ODEON BATU PAHAT

Photobucket

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..Selamat berbuka puasa bg yang berpuasa hari ni..

Hari ni akak masak mee bandung tapi bukan mee bandung muo yg selalu akak masak tau.Kali ni akak guna rempah mee bandung odeon Batu Pahat..kalau uols nak tau..akak baru tahu ada mee bandung Batu Pahat tau walaupun akak orang Johor ;),...Selama ni akak ingat mee bandung Muor aje hinggalah pewaris mee bandung Odeon batu pahat ni bercerita pasal mee bandung yg arwah bapa dia jual kat Panggung Odeon Batu Pahat.

Kluang-BP-Muor ni berdekatan tapi akak jarang sangat ke BP sebab tu tak tau kewujudan mee bandung Odeon BP..hahahah..mana tak nya..dulu2 kalau balik kampung bukan lalu bando BP tapi ikut Yong Peng-Bakri-Muor-Sg Mati.Cuma bila dah tua2 gini baru rajin nak jenjalan ke BP jika blk Kluang..almaklum ler soping kompleks kat BP lagi best dr yang kat Kluang..ahaks

Apa beza Mee bandung Muor dgn MBOBP ni ekk?orait..meh akak story mori sikit..Kebanyakkan rempah atau pes MBM ni rasa udangnya ketara laa sangat-sangat..sape yg ada resdung sila sediakan tisu tau!..pastu kat peket tu ada bagi arahan suruh tambah sos tomato..MBOBP ni tak payah letak sos tomato pun dah sedap!nak kata takde rasa udang kering tu tak laa jugak..masih ada rasa udang kering tapi mild2 aje..pastu dalam rempah MBOBP ni dah siap kacang tanah..MBM kita kene letak sendiri laa..

Bagi sesapa yg nak try test rempah ni sila2 jenguk SINI atau like fan page Mee Bandung Kuah kacang di facebook ya!.

Monday, July 4, 2011

Jejemput aje.....

Photobucket

Assalamualaikum uols..ape kabo?ewah2x..cam tulis surat kat pakwe pulak ekk!..hikhikhik...Saje nak tayang jejemput ikan bilis yg akak buat pagi semalam ..dah lama teringin nak buat jejemput tapi malas ya ammmattttttttt! padahal bukan ler susah noo nak buat tu..khen.

Pagi semalam bumi Paka ni dibasahi hujan tu yg merajinkan diri menggoreng jejemput ikan bilis..cicah dengan sos cili thai aje..Kak uda pulak cicah dgn mayonis..ada-ada aje anak-anak ni.

Tengahari memang tak memasak..dok ngulang makan jejemput aje..dah hampir pukul 3 baru tanak nasi se pot pastu panaskan lauk ayam.Masak beria-ia pun klu terbuang, rugi aje tau! sebabnya malam akak sefamily pergi MM...biasalah kalau dah ke MM mesti ada acara makan2..ye tak?

Meh laa layan resepi jejemput ikan bilis versi akak pulak.

Jejemput ikan bilis

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
segenggam ikan bilis-basuh bersih
1 ulas bawang merah-hiris nipis
1 biji lada merah-hiris nipis
air dan garam secukupnya

cara buat.
Ayak tepung gandum dan baking powder & masukkan semua bahan-bahan lain.Gaul rata pastu amik sejumput masuk dlm mulut..eh! masuk dlm kuali yg ada minyak panas laa..takkan nak makan tepung mentah..kan!..hahahahah.Tujuan akak letak baking powder tu ialah nak bagi jejmput lembut sampai ke petang..kalau tak boh baking powder pun takpe tapi boleh kisar nasi sejuk jugak ataupun roti sebagai ganti.

Saturday, July 2, 2011

Strawberry Cream Cheese Butter Cake

Photobucket




Assalamualaikum uols..nak tayang strawberry cream cheese butter cake..memang sedap kek ni tau..Aceli tujuan membaking kek ni ialah nak perabiskan strawberry yg tinggal 4 biji & belen topping creamcheese aritu..hahahah..then teringat kat blog Yatie ada resepi kek kombinasi butter & cream cheese...Akak pun print resepi tu tampal kat peti ais..Pkl 10 mlm akak start menggodek2 adunan..Kejap aje klu time rajin ni..hik3x

Strawberry Cream Cheese Butter Cake
sumber dr Blog Yatie
Bahan-Bahan
• 1 1/2 cawan gula halus
• 1 sudu teh esen vanilla
• 150gm buah blueberry (akak guna buah strawberry)
• 2 1/4 cawan tepung naik sendiri
• 250gm butter
• 250gm cream cheese
• 1/3 cawan susu segar (omit)
• 4 biji telur (resepi asal 3 biji telur)
Cara-Cara
1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
5. Letakkan buah strawberry .
6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.