Wednesday, June 15, 2011
Mee rebus ala Hj Wahid rempah Hj Sernan
Belum ada kuah..
taraaaaaaaaaaaaaaaaa...hilang rindu kat mee rebus Hj Wahid.Pasni boleh arr buat lagi..senang aje tau..guna pes mee rebus Hj Sernan .Pes mee rebus ni ada 2-3 brand yg tersohor..semua berasal dari Muor tau!Antaranya pes mee rebus HJ SERNAN,MAK PON & MAHARANI.Bila ada pes ni mmg senang laa kerja uols tapi ada laa tambah 2-3 jns bahan lagi supaya jadi betul2 ala MEE REBUS HJ WAHID yg tersohor kat Johor bahru tu.Uols klu jenjalan g JB jangan lupa cari kedai mee rebus Hj Wahid kat Angsana & Kota raya.
Mee rebus Hj Wahid
mee kuning
1 peket rempah mee rebus HJ SERNAN
air rebusan daging serta sedikit daging yg dipotong kecil2
Bhn dikisar bersama
3 biji kentang-kupas dan potong kecil
3 ulas bwg merah & 2 ulas bawang putih
1 sudu besar taucu
3 keping biskut lemak/biskut marie
Hiasan Sampingan
taugeh
limau kasturi-belah dua
bawang goreng
daun bawang-hiris nipis
tauhu goreng
lada hijau-hiris halus
kopok tepung
Cara buat Kuah mee rebus.
1.panaskan air rebusan daging/tulang
2.Masukkan pes mee rebus Hj Sernan serta bahan kisar tadi .
masak kuah hingga pekat.Tambah garam dan gula.
3.Dalam mangkuk lain sediakn mee kuning yg telah dicelur kemudian letak hiasan sampingan & curahkan kuah mee rebus.
**kuah mee rebus Hj Wahid sememangny pekat pastu yg best ada kopok tau tapi kopoknya bukan laa kopok ikan sebaliknya kopok tepung aje**sila tgk di tepi pinggan akak tu.
bancuhan utk kopok udang
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata (bancuhan ni cair mcm nak buat rempeyek/tumpi).Sudukan adunan tepung dlm minyak panas & goreng hingga tepung garing.Bila dah garing angkat & toskan tepung ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


7 comments:
ooo ada kopok udang pulak ya.. cam cucur udang yg biasa ada dlm rojak ayam tu ke?
wallaaaaa... memang sejibik la, caiyok!
Kak nor..tak sama cam cucur udang..ni versi nipis & rangup mcm rempeyek.Cucur udang besar dan lembut.
yus..aku rindu mee rebus hj wahid ni..dh bertahun tak makan..
uwaaaa..leh cuba resepi ni, siap ada kopok udang tu..yatie tak pernah buat yg ni..sedap tu ada ranggup2 sikit..
yatie..cuba laa..mmg sebijik cam hj wahid punya mee rebus klu ikut cara ni.Dlu pernah tgk kat TV3 Hj Wahid tunjuk cara2 buat mee rebus dia yg jual tu.
terima kasih resepi...sangat menjadi.. :)
Post a Comment