Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, May 15, 2011

Apple crumble cake

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Assalamualaikum semua..hari ni akak buat apple crumbe cake sebab stok aplle banyak betui dlm peti ais..tersorok kat belakang tupperware dah berhari-hari sampai lupa ada stok buah-buahan kat dlm peti ais..

Resepi ini gabungan dari Yati-Sinar kehidupan &Kak Wan-Citarasawan

APPLE CRUMBLE CAKE
Bahan-bahan

2 biji epal merah/hijau
4 sudu besar gula
sebatang kulit kayu manis (akak tambah)

200 gm butter-akak guna marjerin aje
160 gm gula halus
4 biji telur
200 ml susu segar/fresh cream
300 gm tepung gandum -akak guna tepung naik sendiri
2 sudu kecil baking powder


Cara-cara.

1. Bersih dan kupas epal, potong kecil2. Gaulkan dengan 4 sudu besar gula.
2. Kemudian masukkan ke dalam microwave 600w selama 4 minit atau boleh di masak di atas dapur sehingga epal jadi lembut.Biar sejuk sebentar.


3. Kemudian dalam bekas lain, pukul mentega hingga jadi bentuk krim.
4. Masukkan gula, pukul hingga menjadi putih. Masukkan telur satu persatu.
5. Kemudian masukkan fresh cream/susu segar, kacau sebati.
6. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati.
7. Akhir sekali masukkan epal bersama airnya (yg keluar dari epal). Kacau sebati.
8. Masukkan separuh adunan ke dalam acuan bulat. Susun epal dan tambah adunan untuk topping di atasnya.
9. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Topping
Bahan-bahan topping:
150 gm tepung
75 gm mentega
30 gm gula kastor

Untuk membuat topping, gaul semua bahan hingga menjadi serbuk roti



notakaki**Aceli akak dah derhaka kat resepi tau..hihihi..kalau uols nak tau akak derhaka part mana..meh nak citer..Apa yg akak buat ialah putar semua bahan kecuali telur dan epal.Bila tepung,gula,marjerin dah sebati (ada gak yg berbintil2)..baru akak masukkan telur (pukul sikit dgn garpu ya!)..putar dgn kelajuan tinggi selama 1-2 minit.pastu offkan mixer dan gaulkan epal dlm adunan.Selepas itu baru masuk dlm loyang dan bakar..oppss..jgn lupa hentak sikit loyang ya!..*****

7 comments:

faz said...

sedapni, mai sket

Yatie said...

wow cantiknya apple crumble cake tu...gebu betullah....kalau dapat rasa ni bestnya..

Naz said...

Sedapnyeeee...
Rasanya pasti best sebab ada apple tu..

Ctnaemah said...

Faz..meh laa sini :P

yatie..gebu sebab derhaka kat cara buatnya..kuikuikui

Naz..mmg best :)

Sari Yusa Ibrahim said...

aku pnah buat kek ni skali, aku sorg2 ngabiskan.. huhuhu.. tapi sedap.. nyum2

Ctnaemah said...

aku buat sebab nak pulangkan loyang jiran yg aku pinjam aritu..dah selamat kek aku dibahagi2kan..heheheh

atie @ ejay said...

wah bestnya..
nati bleh try nih:)