Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Tuesday, May 31, 2011

Nasi jagung And the gangs

 
Posted by Picasa

 
Posted by Picasa

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum uols..dah lama tak jenguk dapur cyber ni..akak kebizian 3-4 hari ni.Mak & adik datang berkunjung ke rumah akak so kene laa bagi layanan yg tip top..khen!..ahaks

Seronok dapat makan asam pedas + ketupat sotong + sambal mangga air tangan mak sampai terlupa acara snap2 makanan.Kang mak akak kata akak takde kerja lain gaknya!..kuikuikui

Bila derang dah balik terasa sepi seketika tapi kesepian tu ternyata tak bertahan lama dek kerenah anak2 yang sedang menikmati cuti sekolah..riuh rendah kat dlm umah ni.Diluar mmg betul2 sunyi sebab jiran kiri kanan semua dah balik kampung..huhuhuhu Akak aje yg belum sempat blk kg lagi..sabo aje ni.

Akak nak share resepi nasi jagung yg akak jumpa thru en.google.Thanks to pemilik FP ini.Katanya resepi ini turun temurun dari ibu mertuanya..Sebagai generasi baru seeloknya kita simpan resepi2 begini utk rujukan anak2 kelak.Aisyeh!..tetiba teringat kat diari lama yg ada resepi nasi beriani bombay..kene selongkar almari ni! sebab resepi nasi beriani tu akak belajar dgn arwah mak kawan seofis ms duduk pasir gudang dulu2..

Nasi Jagung Wak Yah

Bahan A:
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air (bergantung pada jenis beras)
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung biji (bukan jagung krim)
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Bahan Menumis:
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak jagung mazola
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 labu gawang besar dimayang bulat
2 batang serai (diketuk)

Bahan B (dikisar)
1/2 inci halia }
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak jagung mazola beserta marjerin di dalam periuk. Masukkan rempah tumis dan tumis sebentar. Masukkan serai, bawang yang dimayang dan tumis sehingga agak garing sebelum masukkan bahan yang dikisar. Goreng hingga naik bau/kekuningan. Masukkan air, susu cair dan garam. Setelah mendidih, masukkan beras, jagung dan sedikit pewarna kuning. Tanak hingga masak, dan perlu digembur-gemburkan supaya nasi agak peroi.

Thursday, May 26, 2011

gelagat anak2 ku & lawatan si bulat

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum uols..tengoklaa budak bowling ni..makin hari makin kreatif..tikar pun boleh jadi lane bowling dia.Kalau bola tak pyh citer laa ..mmg macam-macam pesen ada.Asal g giant aje..dia minta bola sebijik...uhhh!!!

Bola bowling ayah pun dia kata dia punya..aiyokkkk!!! adik tu belum cukup umur lagi..mana kuat nak angkat bola bowling ayah...tapi dia cerdik..tak boleh angkat..dia leret aje bola bowling yg 13 kg tu..sampaikan jiran sebelah nak tido mlm pun berdebor2 ..ingat ada makhluk asing ke hapa..wakakakak

 
Posted by Picasa

Ini pulak si bulat..kucing abg Zul kata wife dia.Kalau ptuih tu baru kucing kak ayu tapi putih tak berani masuk umah ni sebab dia suka memancit merata-rata..asal dia nak masuk aje akak sergah..lintang pukang lari.Kadang-kadang tu dlm misi melarikan diri sempat jugak dia memancit kat mesin basuh akak!...gerrrrrrrrrrrrrrrrrrrammm!!! aje akak dgn si Putih. ..tapi tak blh marah2 dgn dia sebab dia hubby mimi... kang dia gantung mimi tak bertali pulak..sian mimi:),


Hari ni si bulat ikut adik haiqal masuk rumah..gelihati tgk haiqal marah2 kat bulat sebab kacau bola bowling dia..siap minta rotan tu!.elehhh!!!dia yg pelawa kucing tu masuk pastu dia pulak yg hangin..hahahah

Btw bulat masuk kejap aje..tak boleh lama2 kang dia uk!uk! dlm umah..naya kat ai kene buang hasil pelaburan dia..hihihi...

Wednesday, May 25, 2011

Pecal sayuran

Photobucket

Assalamualaikum & selamat pagi..hari ni akak nak tayang pecal jenganan (bhs jawa)..kalau ditranslatekan ke bahasa melayu Jenganan = Sayuran.Aceli akak ni terguda dgn pecal Kak Anim yg dia tayang kat fb aritu.

Bahan utama cam kangkung tu mmg dah sedia ada so tinggal beli sengkuang,carrot,timun,tauhu,tauge & tempe aje.Kuah kacangnya pulak klu nak lagi sedap tambah laa cekur..baru meletup dik!


meh tengok resepi pulak :)))
PECAL SAYURAN
Bahan-bahan

Kangkung-celur
Taugeh
Tempe-goreng & hiris
Tauhu-goreng & hiris
Sengkuang-hiris nipis
Timun-hiris nipis
Lobak merah-hiris nipis

Kuah kacang
Kacang tanah
bawang merah*
bawang putih*
lada kering*klu nak pedas tambah cili padi ekk.
isi cekur/daun cekur
air asam jawa (bancuh guna air masak ya!)
Gula merah
garam
Air masak
Cara-cara.
1.goreng kacang tanah & tumbuk...ikut suka nak halus ke kasar ya!
2. bahan-bahan yg bertanda * pun digoreng (kecuali ubi cekur/daun cekur)kemudian baru ditumbuk halus bersama ubi cekur td.
3.Campurkan kacang tanah dan bahan2 tumbuk dlm satu bekas.
4.Masukkan air asam jawa sedikit,gula merah ke dlm bekas kacang td.
5.Tambah air masak dan garam..kuah kacang jgn terlalu cair sgt..tak sedap nnt.


Selamat mencuba! :)

Tuesday, May 24, 2011

Ahli keluarga baru kami :),

Photobucket

Assalamualaikum uols..ni haaa ahli keluarga baru kami..Si mimi ..kucing kesayangan anak akak dh beranak semalam.Nasib baik dia tak beranak kat dlm rumah sbb aritu dia dh riki2 tempat yg strategik dlm rumah ni mcm bawah katil,dlm almari baju etc.

Patut pun pagi semalam ms buka pintu belakang dia takde..biasanya dia tido atas mesin basuh.Tengahari tu..Kak Ayu panggil & bgtau mimi dah beranak..ada dlm longkang antara umah akak & umah Kak Ayu...si mimi ni sorokkan baby dia bawah pallet kayu supaya tak kene makan dgn kucen jantan.Mujur Dina ada simpan kotak periuk nasi ..dah berapa kali akak warning Dina srh buang tp dia kata nak buat rumah mimi :))

Akak guna laa kotak tu buat letak mimi dan anak2nya.Lepas alihkan anak2 kucing ni..akak terpandang ler sesuatu spt ranting kayu..akak pi tarik..rupanya tu pusat anak2 kucing..hihihi

Pagi tadi hubby belek jantina anak2 kucing ni..yg hitam tu betina & yg mcm dalmation tu jantan. Akak ni mmg tak reti bela kucing sbb dari kecil kat umah ayah tu kucing tak berani masuk..kucing semua takut dgn ayah..klu dengar bunyi moto ayah akak kat bawah bukit..bertempiaran lari semua kucing yg tengah sedap2 melepak kat umah tu.Ni anak2 dah merengek nak bela kucing terpaksa relakan aje..masalahnya kami ni rajin berjalan..kang kene tinggal pulak kucing2 ni.

lepas ni kene belajo cara2 bela kucing & bermesra dgn kucing..meowwwwwwwwwwwwwwwwww

Monday, May 23, 2011

entry edisi terperam

Assalamualaikum uols..kembali berblogging setelah seminggu bermalasan..hihihi..Aceli gambo banyak terperap tapi pc dikuasai anak2..tu yg menyebabkan akhak tak update blog ni.

 
Posted by Picasa

ni lempeng cicah kari buat utk minum petang isnin aritu..last2 tak abis makan..bersambung ke hari selasa pulak..en.hubby buat sambal sardin ..abis licin lempeng2 ni..selamat dari masuk TS.

 
Posted by Picasa

pastu petang selasa 17hb tu..kami dijemput ke rumah kawan kat Kemasik..pergi reramai dgn geng2 berkelah aritu.Kat sana makan pulak nasi dagang..yummy! sebab dh lama tak pekena nasi dagang.otw balik kengkawan ajak singgah pantai kemasik yg kat trafik light tu..pantai yg ni boleh laa klu nak mandi manda sebab ada batu batan tapi bilik air pulak takde..tu yg tak bestnya.Kalau pantai yg dpn sikit tu banyak kemudahan namun untuk mandi manda tak boleh ..sebab pantai tu menjunam + dalam..bahaya.Balik dr Kemasik ..on pc tgk ada berita 2 org guru lemas di Kijal.Al fatihah buat mereka.

 
Posted by Picasa

Ni cream puff edisi kosong..tabur dgn gula ising aje..laku pulak sbb ada gula ising..kalau ltk inti tak laku..pelik2 aje perangai bebudak rumah ni.


 
Posted by Picasa

Akhirnya pelam gajah ni selamat dikendurikan kami anak beranak..agaknya klu tunggu tua sikit tentu manis isinya ..aritu petik msh muda lagi sbb takut tak merasa ..hahahah.Pelam ni juga banyak dijual kat pekan Air Hitam tau ... beso-beso..kalau singgah Air Hitam jgn lupa beli banyak!..hihihi

p/s..semalam dpt lagi pelam muda..nak buat ape ekk?

Monday, May 16, 2011

Buah asam?pelam?mangga?mempelam??

 
Posted by Picasa

Buah-buah pelam pelbagai size sedang berposing seksi..ai yg terseksa tau coz tak tau nak buat apa selain cicah dengan sambal kicap..huhuhu..Yang paling beso tu amik kat umah kawan kat Kuantan hari sabtu lepas.Kalau akak lambat sure tak merasa.Yang sedang2 tu pemberian jiran kat umah sewa dulu.Nampaknya tahun ni buah2 pelam ni menjadi semua..rata2 kat sini ada pokok pelam..semua lebat berbuah.Pokok pelam akak depan rumah ni pun dah berbunga..selalunya klu musim buah pelam tak pernah nak melekat bunganya..harap2 kali ni melekat & jadi laa buah.

Ni kalau dibuat kerabu ahkak sorang aje laa yg makan..cicah dengan serbuk asam boi..dah pasti anak daraku je yg conquer sorang-sorang.. sebab tu serbuk asam boi tak boleh ada dlm umah ni.Kalau cicah dengan sambal kicap..part ni en.hubby yg suka..hihihi

Takpe2 ..sos colek yg jiran bagi aritu molek tersimpan dalam peti ais..esok boleh projek makan buah -buah pelam ni sambil menyelam kat kolam.Anak2 dah ajak g mandi kolam kat KDRP..ngeh..ngeh..ngeh

Sunday, May 15, 2011

Apple crumble cake

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Assalamualaikum semua..hari ni akak buat apple crumbe cake sebab stok aplle banyak betui dlm peti ais..tersorok kat belakang tupperware dah berhari-hari sampai lupa ada stok buah-buahan kat dlm peti ais..

Resepi ini gabungan dari Yati-Sinar kehidupan &Kak Wan-Citarasawan

APPLE CRUMBLE CAKE
Bahan-bahan

2 biji epal merah/hijau
4 sudu besar gula
sebatang kulit kayu manis (akak tambah)

200 gm butter-akak guna marjerin aje
160 gm gula halus
4 biji telur
200 ml susu segar/fresh cream
300 gm tepung gandum -akak guna tepung naik sendiri
2 sudu kecil baking powder


Cara-cara.

1. Bersih dan kupas epal, potong kecil2. Gaulkan dengan 4 sudu besar gula.
2. Kemudian masukkan ke dalam microwave 600w selama 4 minit atau boleh di masak di atas dapur sehingga epal jadi lembut.Biar sejuk sebentar.


3. Kemudian dalam bekas lain, pukul mentega hingga jadi bentuk krim.
4. Masukkan gula, pukul hingga menjadi putih. Masukkan telur satu persatu.
5. Kemudian masukkan fresh cream/susu segar, kacau sebati.
6. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati.
7. Akhir sekali masukkan epal bersama airnya (yg keluar dari epal). Kacau sebati.
8. Masukkan separuh adunan ke dalam acuan bulat. Susun epal dan tambah adunan untuk topping di atasnya.
9. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Topping
Bahan-bahan topping:
150 gm tepung
75 gm mentega
30 gm gula kastor

Untuk membuat topping, gaul semua bahan hingga menjadi serbuk roti



notakaki**Aceli akak dah derhaka kat resepi tau..hihihi..kalau uols nak tau akak derhaka part mana..meh nak citer..Apa yg akak buat ialah putar semua bahan kecuali telur dan epal.Bila tepung,gula,marjerin dah sebati (ada gak yg berbintil2)..baru akak masukkan telur (pukul sikit dgn garpu ya!)..putar dgn kelajuan tinggi selama 1-2 minit.pastu offkan mixer dan gaulkan epal dlm adunan.Selepas itu baru masuk dlm loyang dan bakar..oppss..jgn lupa hentak sikit loyang ya!..*****

Thursday, May 12, 2011

MAKARONI GORENG ala CMG& Mamafami

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum semua...ni menu petang akak merangkap makan malam..kalau tak abis malam ni ..esok akak Au Gratin kan makaroni ni..heheheh

Biasalah..hari khamis mmg hari gantung apron & hari makan kat luar..hik3.

Resepi Asal dari MamaFami's
C&p dr CIK MAT GEBU
BAHAN-BAHANNYA:-)
150 gram makaroni yang belum direbus
1 keping daging burger, dihancurkan
15 pokok daun kuchai, hiris kasar
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tomato
1 camca teh jintan manis, tumbuk hancur (mat guna serbuk)
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus makaroni dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, tambah cili kisar, jintan manis dan tumis hinggga garing. Masukkan daging dan kacau rata.
Tambah sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau rata dan tuang air. Biar mendidih dan daging masak. Masukkan makaroni dan gaul. Tabur kuchai dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa. Ok, boleh matikan api.
Tabur cili merah yang telah didadu tadi sebelum dihidangkan.

Wednesday, May 11, 2011

ape kes ni?sape tau..tulunnnnnn...........Dh okay),

cuba tengok kat blog list akak tu..takde gambo pong blog2 yg akak dh follow..pc akak yg biul ke?atau uols pun nampak menda yg sama cam akak juga?mencik aaa...huhuhuhu



pstttt...dh ok pulak!..agaknya tadi line intenet slow..akak buka laptop tgk2 terjadi mcm kat tu blog..Skrg dah okay..panik ler kejap ingatkan kena virus ke hapa?tak boleh nak view..Syukur dh boleh view..legaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Cendawan Kamheong

 
Posted by Picasa

Assalamualaikum..ni lauk dinner semalam..asalnya nak buat sup tapi balik2 sup aje..jemu laa pulak..so cuba sesuatu yg baru pulak..mengkarikan cendawan versi siam..ahahaha


 
Posted by Picasa

Dah lama tak beli daging..smlm beli daging & buat masak simple cenggini aje..

Resepi kamhenong tu boleh refer sini..tuko aje sotong tu kpd apa2 yg uols suka ya!..kan ke kita ni chef at home..hihihi

Monday, May 9, 2011

Baked Tiramisu

Photobucket

Photobucket

Assalamualaikum uols..hari ni akak nak share resepi baked tiramisu..Aceli akak ni jenis kalau dah nak makan sesuatu tu seboleh-boleh nak buat sendiri..jadi ke tak tu belakang kira laa ekk..yg fenting mesti puas hati..khennn

Baked Tiramisu
Resepi asal dari Kak Wan dan akak olah semula becoz akak takde stok lady fingers so akak ganti dgn kek sponge.

Kek Sponge
3 biji telur
150 sponge mix
38 air/susu
38 minyak jagung (akak guna miyak masak je)

Putar semua bahan diatas kecuali minyak hingga gebu.kemudian masukkan minyak jagung dan kaup balik.Masukkan dlm loyang nipis 10x 10 in & bakar dgn suhu 170 cel hingga masak selama lbh kurang 20 minit bergantung pd oven masing2.



Bhn B
250gm krim keju - suhu bilik
100ml whipping cream (akak guna non diary whipping cream)
60gm gula caster
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur Grade B
perahan lemon (akak omit -takde stok laa tu)

Sirap kopi
2 sudu besar kopi segera
250 ml air
Beberapa keping biskut lemak sbg dasar kek.

Cara buat.
1.Putar krim keju dan gula hingga licin kemudian masukkan telur satu persatu serta esen vanila.

2.Gliskan dasar loyang dgn marjerin kemdian celup biskut lemak dgn air kopi dan susun satu persatu dlm loyang.

3.Tuangkan separuh adunan krim keju dlm loyang..

4.Kek span dipotong jejari kemudian celupkan dlm air kopi & aturkan jejari span td atas krim keju.

5.Untuk lapisan kedua, celup ringan jejari span dengan sirap kopi, kemudian susun ke atas lapisan krim keju hingga penuh.

6.Tuang baki krim keju atas jejari span hingga menutupi jejari span.Hentak sedikit loyang.

7.Bakar dgn kaedah baine -marie selama 50 min-hingga masak.

8.Bila dah masukkan renggangkan sedikit oven dan biarkan kek sejuk.Kemudian simpam kek dlm peti sejuk semalam sebelum dihias dgn whipping krim.

**semlm akak tak sabo2 so bila dah sejuk sikit ..akak terus letak kat bhg beku selama 1 jam sblm hias..heheheh**

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum..Selamat menyambut hari ibu buat semua rakan2 blogger semua..Hari-hari adalah hari ibu tapi hari ni kita raikan bersama2 ..kan.

Photobucket
Sempena hari istimewa ni akak hadiahkan diri sendiri kek ni..Bake Tiramisu Cake..hehehe..Sendiri buat sendiri makan...ngeh..ngeh


Photobucket
Ayam berkuah percik ...tengahari tadi berkuah sebab nak buat bekal anak-anak2 ke kelas kafa..Untuk dinner nampaknya akak kene grill ayam ni jadikan ayam percik ...dah malam tak best makan yg berkuah2 ..hihihi

Photobucket
Sambal mempelam muda goreng..terliur tengok kat dapur Noorsha semalam..gigih akak bersoping beli ikan bilis yg siap kopek semalam ..(ikan bilis yg ada tak kopek)..Dlm peti ais ada sebiji mangga..akak ingat nak guna yg tu..rupanya mangga ni mmg jenis isi putih tapi manis..nak tak nak kene ler petik buah mangga kak ayu..aritu dia dah offer..ngeh..ngeh..Kerana teringin sangat nak makan sambal mempelam muda goreng ni..sampai luka jari telunjuk akak terkena pisau..uhuk..uhuk..uhuk..apa pun sambal ni memang marbeles..cicah timun aje pun sodap.Patut ler Noorsha bukan main lokek lagi..hahahah

Sambal mempelam muda goreng
resepi asal Ha-sue

Bahan2:(tidak terhad)

3 biji mempelam muda(yg bijinya masih lembut)-kupas,buang biji dan potong kecil

2 tangkai Cili merah + cilipadi(letak ikut tahap kepedasan atau jenis cili)*

2 ulas bawang merah*
Segenggam ikan bilis kupas*
1 sudu belacan*
Sedikit garam dan gula/perasa
Sedikit minyak untuk menggoreng/menumis(lebih krg 2 sudu bsr)
Cara2:

Tumbuk semua bahan2 bertanda * menggunakan lesung batu, diikuti dengan mempelam muda. Tumbuk sehingga agak lumat.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sambal tadi,kacau sentiasa buat seketika dan perasakan dengan garam dan gula
Goreng sehingga sambal masak atau berubah warna..sebatikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba!

Saturday, May 7, 2011

layan bumi hijau

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa

Antara pokok-pokok yg ayah akak tanam kat keliling umah..Buah anggur ni dah 2 kali berbuah..kali pertama ms raya thn lepas tapi akak tak sempat merasa...batch yg ni pun tak ingat nak petik..kata adik yg ni masih muda & keras cam jambu batu (yg jns kampung tau..uols pernah jumpa tak?)..rasa pun masam sbb adik akak sempat petik sebiji..hahahah


 
Posted by Picasa

 
Posted by Picasa

 
Posted by Picasa

ni pokok -pokok jiran sebelah umah ayah..buah derian belanda & buah jambu air tu tengah lebat berbuah..kalau ujan ni melacak-lacak kat tanah..kalau akak cuti lama sikit boleh ler petik buah jambu air tu buat cicah dgn sambal kicap (Orang Johor ni mmg tak sah klu takde sambal kicap..semua nak cicah dgn sambal kicapnya..hahahah)

Thursday, May 5, 2011

Cuti2-Kolumpo 25hb-29hb

 
Posted by Picasa

Ni bangunan apa ekk?view dari tkt 11 ...

 
Posted by Picasa

Ni dari sisi kiri pula..

 
Posted by Picasa

atas level 9 pun ada pokok bagai..

 
Posted by Picasa

Anak2 akak hari2 memujuk ajak berendam kat sini..soriiii ler ..akak rela terperuk dlm bilik dari turun ke bawah sebab ada hero yg tgh ligat.kang ntah ke mana-mana aje dia pergi..

 
Posted by Picasa

makan ayam penyet kat KLCC..g jalan kaki aje..meleceh jugak kakiku.


 
Posted by Picasa

Nak g tempat ni punya pasal terpaksa menempuh jem 2 jam..keras montot dok dlm keta..last2 2 kali pusing-pusing tak jumpa pun arah parking tang mana...grrrrrrrrrrrrrrrr...kene pegi lagi ni nampaknya.

 
Posted by Picasa

Last-last g masuk pizza hut sebelah shell tu..hero kecik g mana2 mesti bawak set bowling..klu takde kang dia susun gelas2 pulak ..hehehhe..abaikan rambut budak pompuan tu..org berambut kerinting gitu ler..sikat molek2 pun serabai jadinya..hahaha