Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, April 10, 2011

Kuih Kaswi

Photobucket
Gumbiraaaanyaaa!!!! sebab kali ni buat kuih kaswi menjadi..kuikuikui..orang lain dah lama terror buat..akak baru hari ni pass tau!..before ni kalau buat manjang kejung aje kuih kaswi tu.Penyudahnya masuk tong sampah.

Pagi tadi masa rebus dulce leche..akak pun menggooggle resepi kuih kaswi yg ringkas resepinya..cari-cari jumpa kat fp kak rinnchan..Dari bior air tu mendidih gitu aje baik buat kuih tang atas periuk tu.Dapat jugak seloyang kaswi idaman hati..hikhikhik






KUIH KASWI/ KUIH LOMPANG
C& P dr fp kak rinnchan
Sumber asal :-Sis Blackmore

Bahan-bahan :
1 cawan gula (Rinn guna 3/4 cawan)
1 ketul besar gula melaka ( Rinn guna 1 cawan gula merah)
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum (2 cawan sbb tak guna tpg beras)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras (yg ni akak omit sbb tak suka rasa tpg beras dlm kuih kaswi)
3 sudu makan air kapur
1 sudu makan coklat paste (Rinn guna 1 camca) *akak boh kicap*
* Menurut Sis Blackmore ianya utk memberi brown effect yg lebih.
Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak makan
Kelapa parut + garam

Cara-cara :
1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.
2. Ayak semua tepung.
3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur.
5. Masukkan coklat paste.
* Mulanya agak gusar, dikhuatiri akan merosakkan bau original kuih kaswi/lompang ini. Tapi sebab ingin tahu juga hasilnya Rinn bubuh juga 1 camca teh choc paste.
6. Tapis air gula ke dalam tepung.
7. Gaul rata.
8. Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
9. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.**step ni tak buat..terus tuang dlm loyang & kukus**
10. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
11. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
12. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
13. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
14. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.


Photobucket

Kuih kaswi ni dah selamat dibahagi2kan dengan jiran2..ada belen sikit untuk dak dina & zati..klu anak2 bertuah tu tak nak makan petang ni..akak simpan buat dlm peti ais dulu ler jawabnya.Ni tengah dok fikir nak meroti laa pulak sebab ada dulce leche..BM dah keluarkan tapi tak confident nak guna...huhuhu

6 comments:

anis said...

assalamualaikum naemah.
betul ke naemah bubuh kicap dlm adunan kuih kaswi tu?
akk pn suka makan kuih kaswi naemah tp tak penah cuba buat lg. huhu...
akak membesar antaranya dgn kuih ini le sbb arwah mak rajin buat. kdg2 lembik n kdg2 sedang2 cantiknya. org tua dulu2 klu buat kuih mana ada sukat2, campak2 aje. hehe...
mcmana program slim dah berhasil?

hana said...

salam rindu mekk... nnti klu ko terserempak aku kat kuantan, ko tegur ajer la yer... kot2 la tersenggol bahu.. hihihi...

eh aku penah gak buh kicap! sedap la.. rasa lg lemak masin gtu.. xde la pelik sgt buh kicap.. kan kan..hihi

Ctnaemah said...

Kak Anis..w/slm..mak2 kita mmg main agak2 aje..klu kene sy tang agak2 ni kadang2 jadi..kadang fail..huhuhu..Dlm dok sedih sampai diet pun ke laut..ilang jugak 2 kg...kihkihkih

Ctnaemah said...

Hana...aku pun windu kat ko..Insyallah klu terserempak bukan takat senggol-sengolan..malah peluk-pelukan lagi aku bagi..tak kira ler klu masa tu ko soping kat k4 ke giant hatta eng hong sekali pun..hihihihi

Betul aar boh kicap lagi sedap dari boh coklat emulco...rasa tak lari mana pun berbanding klu boh perisa cekelat tu.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kalau kat tganu tu mmg ada kuih kaswi yg agak keras sikit kan? tp tak panggil kaswi.. org sana panggil tepong kapur.. nk mkn kena hiris nipis2 skit tak mcm kaswi org potong lebar2.. dua2 pun akak suka.. sbb tu kdg kalau buat kaswi sengaja buat keras sikit... hehehe...

Ctnaemah said...

kak..yup!..kat sini mmg pesen keras ..sy pulak klu keras tu tak jadi laa tu..hahaha