Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, April 13, 2011

Bubur sup ala SeCubit Garam

Photobucket

Assalamualaikum semua...hari ni akak buat bubur sup sebab kuah sup mlm tadi & nasi masih berbaki..sayang asyik nak buang nasi aje.Dapat idea ni bila tengok Kak Nor tayang bubur sup 2-3 hari lepas..tapi bubur sup akak ni hanya ada kuah shj sebab isi2nya mmg dah abis pun..akak cuma tambah sawi & sotong kenit sikit.

Tak sangka pulak anak2 suka bila umi buat camni..berebut2 derang makan ms tengahari tadi.Ni balik kafa pun tanya ada lagi tak..memamg ada lagi pun..sat lagi licin laa tu.Mekasih Kak Nor67 ekk..memang sedap bubur sup ni

Uols..klu nak sedap lagi boleh follow resepi bubur sup kak nor tu ekk.

BUBUR SUP
resipi : kak nor 67@secubit garam

Bahan:
2 cawan beras ~ dibasuh dan rendam 10 minit dan toskan
daging/isi ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
2 in halia ~ diketuk/dihiris pjg (btg mancis)
3 sudu besar rempah sup (serbuk)
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk
1 rempah sup bunjut
1 batang celery ~ dipotong kiub
2 - 3 bj ubi kentang ~ dipotong kiub
1 kiub pati ayam/daging
2 1/2 liter air
garam
minyak

Bahan Penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan tabur:
bawang goreng
daun saderi ~ dihiris

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk rice cooker dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan rempah sup yg dibancuhkan dgn sedikit air dan serbuk lada hitam.
Biarkan hingga wangi dan masukkan potongan daging/ayam.
Kacau dan biarkan daging mesra dgn rempah, kemudian masukkan 1 cawan air.
Masak hingga daging 1/2 empuk dan masukkan lebihan air dan rempah sup bunjut.
Masak hingga air mendidih dan masukkan beras, celery dan ubi kentang.
Masukkan juga kiub pati ayam/daging, garam dan sedikit gula jika suka.
Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga bubur masak.
Hidangkan dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.

*tambahkan air panas jika bubur agak pekat
** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas

3 comments:

Nieza said...

wah sedapnya bubur sup ni lama dh tak mkn....suka juga mkn bubur ni.

Ctnaemah said...

nieza..selalu bubur tak berapa laku kat umah akak ni tapi sebab ada rasa sup..tu yg licin..hehehe

I'm Cida said...

uhukk..uhukk...mcm nk demam lak rasa...dpt mkn bubur sup sedap gak ni..uhukkk (batuk yg kedengaran agak sumbang)