Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, April 21, 2011

Rezeki pagi Khamis

 
Posted by Picasa


Alhamdulillah..dapat siapkan tempahan apam mekar ni pagi tadi untuk anak2 di SRK Paka.Buat 2 adunan aje.Dah 2 hari berturut buat apam mekar..Anak2 mmg tak pandang pun klu kuih2 gini..heran sungguh akak dgn bebudak zaman ni..cuba lambakkan Mc D,KFC,Pizza Hut..laju aje derang makan.

Zaman uminya bebudak dulu ..nenek nak bawa masuk KFC pun takut2..rasa cam mahai laa sangat..sian..kan.Rupanya takde ler mahai mana pun tika tu tapi mak akak orang kampung..dah tentu dia ingat menda tu mahal2 belaka.Lagipun dari beli ayam KFC tu baik dia buat ayam goreng berempah bagi kami makan..lagi puas hati..khennn

Tetiba rindu nak balik kg..tak sabar nak nunggu minggu dpn..ahaks..Isnin-Khamis berkampung kat kolumpo pastu petang khamis balik kluang..yezza!!!!!!!!!!!

Wednesday, April 20, 2011

Bihun Sup & Homemade bebola ayam

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum uols..bihun ni terjadi sebab akak sudah terguda dgn bihun sup yg kawan fb tayang ..nasib baik bahan-bahan semua cukup kecuali togeh aje yang takde.Bila dah ter'rajin' tu terbuat laa pulak bebola ayam..Nak jadi citer dah abis bihn sup ni baru tepandang fish cake ,crabstik dan yg sewaktu dengannya dlm freezer..hahahah..ni kes bukan akak yg beli menda2 tu sebab tu ler akak tak perasan kewujudannya dlm peti ais tu..kwang..kwang..kwang..

meh kita layan resepi bebola ayam pulak.

Bebola Ayam
1 peket ayam kisar Ayamas (400gm)
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit lada putih-
daun bawang-hiris halus
sedikit garam
3 sudu besar tpg ubi

cara buat
1.tumbuk bawang putih,bawang merah & lada putih hingga lumat.
2.gaulkan bahan tumbuk dan tepung ubi serta daun bawang hiris bersama-sama ayam kisar serta garam.
3.Bulatkan bebola ayam dan masukkan dlm kuah sup atau boleh rebus berasingan.

Roti Nasi dulce leche

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum uols..akak nak menayang roti nasi yg akak buat semalam..Alkisah kejadiannya roti ni sebab ada nasi belen..nak buat jejemput nasi..anak2 tak mau sarapan jejemput pepagi (demanding sungguh!!!)..nak buat nasi goreng rasa mcm tak cukup pulak...kesudahannya akak blend aje nasi tu..sekali dah blend..banyak laa pulak..huhuhu

Bila dah jadi gitu..mula ler otak ni kenoneng nak cari resepi..kejap nak buat apam..jap lagi nak jadikan tosei..isk..isk..isk!!! banyak noo angan-angannya..last2 gunakan en.google cari resepi roti nasi.Biasalah..bila dah guna en.google ni..keluar ler resepi2 yg kita nak..Akak guna resepi Ros jintanmanis..cuma tambah dulce leche yg tak abis2 tu...Terima kasih ya Ros..best resepi ni...hubby akak yg jarang2 makan roti pun makan berulang kali.


Roti nasi-sumber Ros jintanmanis
Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan).

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.

5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 ( nak terus bulatkan dan bahagi pada dua bahagian pun boleh).



6. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.



7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

8. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.

- Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.

Sunday, April 17, 2011

Aktiviti memasak hujung minggu

 
Posted by Picasa

Assalamualaikum uols..meh layan masakan akak semalam..ngeh..ngeh..ngeh..Breakfast dengan jejemput pisang cicah serunding..Konon2 nak buat cucur badak pisang sebab hari khamis aritu teramat laa rajinnnya g buat serunding tapi anak2 request jejemput .maka nak ilangkan kempunan sebab tak dapat buat cucur badak pisang mcm kak ummi tu akak pun cicah ler dengan serunding..hikhikhikhik

 
Posted by Picasa

Ini pulak ikan salmon masak taucu...

 
Posted by Picasa

kailan tumis dgn sotong..sotong pun yg baby2 aje..tak lama lagi musim candat sotong..sape nak candat sotong mehh datang ke sini.Akak candat kat kedai aje..huahuahuahua

Thursday, April 14, 2011

Happy birthday Nieza

Photobucket

Poskad khas buat Nieza-our journey begins sempena besdaynya hari ni.Kegembiraan berganda-ganda ya nieza!...baru aritu sambut 1st annversary blog..rupanya tak jauh pulak dengan besday dia.Apa pun akak ucapkan selamat panjang umur & murah rezeki serta dirahmati Allah sentiasa ya!..aminn.

p/s..sat nak tampal setem kat poskad ni..nak pos ke Finland..hihihihi

Wednesday, April 13, 2011

Bubur sup ala SeCubit Garam

Photobucket

Assalamualaikum semua...hari ni akak buat bubur sup sebab kuah sup mlm tadi & nasi masih berbaki..sayang asyik nak buang nasi aje.Dapat idea ni bila tengok Kak Nor tayang bubur sup 2-3 hari lepas..tapi bubur sup akak ni hanya ada kuah shj sebab isi2nya mmg dah abis pun..akak cuma tambah sawi & sotong kenit sikit.

Tak sangka pulak anak2 suka bila umi buat camni..berebut2 derang makan ms tengahari tadi.Ni balik kafa pun tanya ada lagi tak..memamg ada lagi pun..sat lagi licin laa tu.Mekasih Kak Nor67 ekk..memang sedap bubur sup ni

Uols..klu nak sedap lagi boleh follow resepi bubur sup kak nor tu ekk.

BUBUR SUP
resipi : kak nor 67@secubit garam

Bahan:
2 cawan beras ~ dibasuh dan rendam 10 minit dan toskan
daging/isi ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
2 in halia ~ diketuk/dihiris pjg (btg mancis)
3 sudu besar rempah sup (serbuk)
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk
1 rempah sup bunjut
1 batang celery ~ dipotong kiub
2 - 3 bj ubi kentang ~ dipotong kiub
1 kiub pati ayam/daging
2 1/2 liter air
garam
minyak

Bahan Penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan tabur:
bawang goreng
daun saderi ~ dihiris

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk rice cooker dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan rempah sup yg dibancuhkan dgn sedikit air dan serbuk lada hitam.
Biarkan hingga wangi dan masukkan potongan daging/ayam.
Kacau dan biarkan daging mesra dgn rempah, kemudian masukkan 1 cawan air.
Masak hingga daging 1/2 empuk dan masukkan lebihan air dan rempah sup bunjut.
Masak hingga air mendidih dan masukkan beras, celery dan ubi kentang.
Masukkan juga kiub pati ayam/daging, garam dan sedikit gula jika suka.
Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga bubur masak.
Hidangkan dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.

*tambahkan air panas jika bubur agak pekat
** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas

Award dari IzahDaut

Photobucket

Photobucket
Ini pulak awards dari izah muffin lovers..Mekasih ekk Izah bagi akak awards tu..

Photobucket
Sempena menghargai kebaikan hati Izahmuffin lovers..akak pun menerai laa resepi Quick & easy pizza crust tu..Memang senang sangat.. godek2 sekejap aje .Pastu resepi dapat ler 1 1/2 loyang pizza semalam..1/2 loyang utk makan tengahari & seloyang lagi buat minum petang..yg perabiskan tak lain dan tak bukan Along Budak jawa tekak western..Klu buat nipis2 crust akak rasa boleh dapat 3-4 keping pizza tapi akak nak cepat sebab dah tengahari so buat ler 1 1/2 loyang aje.

Quick & easy pizza crust
cnp dari IzzahDaut
7 gm yis segera
1 sudu kecil gula
1 cawan air suam
2 1/2 cawan tepung roti
2 sudu makan minyak zaitun *saya guna minyak masak je
1 sudu kecil garam

cara buat.
1. Dalam mangkuk sederhana, satukan yis dan gula dengan air suam dan biar yis berbuih lebih kurang 10 minit.
2. Kemudian masukkan tepung, minyak dan garam. Pukul hingga licin dan lembut. Biarkan 5 minit.
3. Bentukkan doh ke dalam pizza tray dan taburkan dengan topping kesukaan.
4. Bakor hingga pizza kekuningan. * Saya bakor pada suhu 180 selama 30 minit

Poskad Dari Nieza sempena 1st anniversary "Our journey Begins'

Photobucket

Happy belated 1 st anniversary buat blog Our journey Begins-Nieza.Tahniah ya dik!semoga Nieza terus aktif menayang resepi masakannya yg sedap2 tu ekk..Akak tumpang gembira walaupun terlambat nak tayang poskad (posmen kat sini lambat hntr sebab aritu ujan lebat..kuikuikui.)

Tuesday, April 12, 2011

Roti oh! roti..........

Assalamualaikum uols...
Ini projek perasmian bread maker semalam..akak beli Bm ni dah lama tapi malas sungguh nak keluarkan dari kotak...eeiii!!! teruk ekk..
Photobucket
Resepi pun akak ikut dalam buku panduan Bm tu..kalau nak tau akak ni mmg fail bab buat roti..tak kira ler uli roti guna mixer atau bm..sama aje kerasnya..klu uli guna tangan lagi keras kekung roti tu.Masa baru keluar dari oven aje panas ..pastu bagi kat mimi pun dia tak sudi...takut patah taring!.

Photobucket
yang ni pulak akak letak inti dulce leche & peanut butter.Tengah panas2 mmg lembut sesangat..anak2 siap bawa seorang seketul masa g ngaji.Pagi tadi dah warm up dlm oven pun keras lagi..sape ler nak perabiskan!..isk..isk..isk..


Photobucket



Psstttttt...akak dah download e-book buat roti dari Ros JintanManis.com..nnt boleh ler try resepi roti yg Ros JintanManis.com bagi free tu.Sapa nak e-book free tu boleh download hingga 21hb ni aje..lepas takde lagi laa ekk..Thanks to Ros yg sudi bagi e-book free!

Monday, April 11, 2011

Asam pindang & kari kerisik

Photobucket
Assalamualaikum..pernah dengar asam pindang?Asam pindang yang sebenarnya ialah asam rebus @ singgang ike kata orang sini .Bezanya kat sini boh lengkuas,serai tp kalu style mak akak tak boh tu semua..cuma kunyit,lada hijau/merah & asam keping yg jadi sumber utama lauk pindang..(of cozz ler ikan ekk).

Tapi akak lebih suka yg versi tumis cam asam pedas cuma asam pedas tu kuahnya pekat..ni kuahnya cair2 gitu..sedap hirup tengah2 panas..segerrrrrrrrrrrr gitu!!

Asam pindang selar kuning
3 ekor ikan selar kuning
lada merah-2 biji
bawang merah- 5 ulas
bawang putih- 2 ulas
kunyit hidup- 1/2 inci
halia-1/2 inci
asam keping- 2
garam secukup rasa
minyak utk menumis

cara buat.
1.blender lada merah,bwg merah & putih,halia & kunyit.
2.Panaskan sedikit minyak & tumis bahan2 yg telah diblend tadi hingga naik bau.
3.masukkan ikan dan air (pastikan air banyak sbb nak kuah cair2 gitu)
4.masukkan asam keping ,bendir,daun kesum ,bunga kantan jika suka & garam.
5.biarkan kuah mendidih & angkat.


Photobucket
ni lauk mlm semalam..cari ayam yg tulang2 aje utk buat kari pastu masak ngam2 sorang seketul..kuikuikui..bukan kedekut tapi nak elak pembaziran lauk pauk.Alhamdulillah habis semua isiya & tinggal kuah yg dah selamat dicicah dengan lempeng pagi tadi.

Dah tampal Si Jantung hati

Photobucket

Assalamualaikum uols..hari ni akak dah tampal jantung hati kat @Heartbeat.y...kengkawan blogger lain dah lama gantung Nuffnang ke @Heartbeat.y kat blog masing-masing..akak baru nak belajo2..hikhikhik..Almaklum laa akak ni dah kertu..tak berapa terror bab IT pulak tu. tapi kalau uols rajin bertandang ke sini ..tulun2 ler klik kat jantung hati akak ekk..mekasih

Sunday, April 10, 2011

Kuih Kaswi

Photobucket
Gumbiraaaanyaaa!!!! sebab kali ni buat kuih kaswi menjadi..kuikuikui..orang lain dah lama terror buat..akak baru hari ni pass tau!..before ni kalau buat manjang kejung aje kuih kaswi tu.Penyudahnya masuk tong sampah.

Pagi tadi masa rebus dulce leche..akak pun menggooggle resepi kuih kaswi yg ringkas resepinya..cari-cari jumpa kat fp kak rinnchan..Dari bior air tu mendidih gitu aje baik buat kuih tang atas periuk tu.Dapat jugak seloyang kaswi idaman hati..hikhikhik






KUIH KASWI/ KUIH LOMPANG
C& P dr fp kak rinnchan
Sumber asal :-Sis Blackmore

Bahan-bahan :
1 cawan gula (Rinn guna 3/4 cawan)
1 ketul besar gula melaka ( Rinn guna 1 cawan gula merah)
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum (2 cawan sbb tak guna tpg beras)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras (yg ni akak omit sbb tak suka rasa tpg beras dlm kuih kaswi)
3 sudu makan air kapur
1 sudu makan coklat paste (Rinn guna 1 camca) *akak boh kicap*
* Menurut Sis Blackmore ianya utk memberi brown effect yg lebih.
Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak makan
Kelapa parut + garam

Cara-cara :
1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.
2. Ayak semua tepung.
3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur.
5. Masukkan coklat paste.
* Mulanya agak gusar, dikhuatiri akan merosakkan bau original kuih kaswi/lompang ini. Tapi sebab ingin tahu juga hasilnya Rinn bubuh juga 1 camca teh choc paste.
6. Tapis air gula ke dalam tepung.
7. Gaul rata.
8. Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
9. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.**step ni tak buat..terus tuang dlm loyang & kukus**
10. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
11. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
12. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
13. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
14. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.


Photobucket

Kuih kaswi ni dah selamat dibahagi2kan dengan jiran2..ada belen sikit untuk dak dina & zati..klu anak2 bertuah tu tak nak makan petang ni..akak simpan buat dlm peti ais dulu ler jawabnya.Ni tengah dok fikir nak meroti laa pulak sebab ada dulce leche..BM dah keluarkan tapi tak confident nak guna...huhuhu

Piknik di Kg Pasir Raja

Assalamualaikum uols...lama akak tak hapdet..mood merudum sungguh minggu lepas..Diet akak pun ke laut dik nonnnn!!..Gambo2 masakan semua terperap dlm folder..nak tayang pun dah tak best.

Demi mengubat duka lara kengkononnya laa...akak pun join ler jiran2 berpiknik kat Kg.pasir Raja..Agak jauh jugak dari Paka ni..kata org johor..solok..kuikuikui..... Rombongan kami bertolak dari paka dlm pukul 8 pg dan tiba di sana kira2 jam 9pg..kira tetamu terawal laa yg tiba kat sungai ni..dapat laa lokasi paling sepesel..hihihi..

Tempat ni mmg best sangat2 kalau nak bercamping sebab sungainya cetek..paras lutut org dewasa aje tapi kene jaga-jaga jugak sebab arus boleh tahan derasnya..Anak2 yg lain mmg sampai aje semua tak sabar nak terjun sungai..air sungai tu dah ler sejuk sampai ke tulang itam rasanya tapi derang tak kisah langsung..huhuhuhu

Photobucket
Ni akak snap masa kitorang sedang bersiap2 nak balik..gambo masa berkubang takde sebab malas nak angkut kamera kenit ni ke hulur ke hilir..hehehe

Photobucket

Yang benonya akak nak berkubang puas-puas sebab dah lama tak mandi sungai..dulu2 pernah la mandi manda di sungai semberong kat Scott paper Kluang tu..hikhikhik
Time sembahyang jumaat..para hubby2 sekelian g sembahyang di masjid ..tinggal laa kami ..mak2 ni jaga anak2 & sembahyang zohor kat khemah..walaupun kat sini ada kemudahan surau & tandas tapi tak terjaga laaa ..kesian ...kan.

Photobucket

Bukan kak mie aje yg berkain batik time nak balik tu..akak pun sama..ahaks.Masa ni dah pukul 6 lebih..sampai rumah betul2 azan maghrib..rakyat jelata akak semua tertidur sebab kepenatan..Muka masing2 itam legam dek kerana mandi tengah panas terik..sampai along kata ada tak losyen nak putihkan kulit..kahkahkahkah!!!

****Kalau nak rasa kehidupan dan kedamaian kg pasir raja ni..kemudahan inap desa ada disediakan.****

Tuesday, April 5, 2011

Kehilangan yang tak dijangka............

 



Assalamualaikum semua....apa khabar semua?..akak dah sihat sikit tapi ada citer sedih sikit minggu ni.

Hari sabtu lepas..pak cik akak meninggal dunia akibat serangan jantung.Akak masih dalam keadaan terkejut lagi hingga saat ini sebab mmg tak sangka sangat2 arwah dah takde apatah lagi kami jarang sangat dapat berjumpa.Almaklum laa jarak kami ni jauh..Akak kat Paka..arwah pula di Pasir Gudang..ralatnya sebab dapat tau dah lewat juga sebab arwah meninggal kira2 pkl 9 lbh tapi dapat call pkl 12.15 tghari.Hubby pulak takde ketika itu sebab dia ada games bowling di Mesra mall.Puas call tak dapat2 rupanya bateri hp dia kong!.Mujur laa otak ni ligat berfikir..cari no.tel kawan2 dia namun tak satu pun no.tel kawan2 dia yg akak save dlm hp.

Mujur ada satu no.hp wife kwn hubby dlm hp akak..call Yati..kot2 hubby dia join main bowling..tapi tak rupanya.Pastu minta tolong yati tanyakan pd.hubby dia no.tel Irfan.. ni kwn hubby jugak tapi dia pun tak g main bowling juga.Adoiiii..rasa nak drive aje ke MM cari hubby kat sana masa tu.

Akhirnya dengan pertolongan Irfan dapat laa akak bercakap dgn hubby psl kematian pak cik.Sementara tunggu hubby balik..akak bersiap2 dgn anak..kemas mana yg perlu aje.Pukul 3 petang kami bertolak ke Pasak,Kota Tinggi..sampai umah mak usu pukul 10 lebih.Ini laa yg terpaksa kami harungi bila duduk berjauhan dari keluarga..ada kematian kami tak dapat nak lihat jenazah buat kali terakhir..masa arwah atuk dulu pun gitu..akak sampai Pasak aje..orang2 baru selesai kebumikan arwah atuk.Itu mujur dapat tau awal2..yang ni dah 3 jam baru dapat tau..huhuhu.

 
Arwah Pak cik yg baju oren tu.

Semua terkejut sebab arwah tampak sihat aje....kini hanya kenangan yg tinggal.Arwah ni anak arwah atuk dengan arwah isteri ke 4.Ramai..kan isteri2 arwah atuk akak tapi yg betul seibu-sebapa adik beradik mak ada 6 orang.Tak sangka Pak Cik Jo yg pergi dulu menyusul atuk.Arwah Pak cik Jo umur sebaya adik akak yg no.2..34 th & masih bujang.Dulu arwah mak dia meninggal lps 2 minggu sepupu (sebelah mak dia) meninggal dunia.Pak cik pulak meninggal lepas 2 bulan pak sedara dia (abg arwah mak dia).

 

Ya Allah..kau tempatkan laa dia dikalangan orang2 yg Dikau kasihi dan rahmati .


Pagi semalam pula dikejutkan dgn berita kematian bekas guru tadika Along.Arwah ni meninggal akibat kesan kemalangan yg dia alami tahun lepas.Masa kemalangan tu arwah terselamat walaupun parah.Arwah yg akak kenali ni mmg cekal orangnya..kalau mengajar mmg bersungguh-sungguh hingga dia puas dengan pencapaian anak2 muridnya terutama Along sebab Along ni dlm kategori dylexsia.Dapat berita ni dari jiran sebelah sebab dia hntr anak2 dia tuisyen maths dengan arwah..Al fatihah buat beliau.