Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, March 13, 2011

Kuih Gandus

 
Posted by Picasa



Tarraaaaaaaaaa..kes tengok majalah 3 semalam..kuih gandus kota..ni pun jauh di ibu kota tempatnya..akak buat setelah gigih mencari resepi guna en.google...thanks to BRO ROZZAN yang sudi berkongsi resepi kuih gandus ni.

Kalau tak tengok majalah 3 semalam ..haram tak tau kewujudan kuih ni..kalau nak tau pasal kuih sedap ni..sila klik SINI


KUIH GANDUS
sumber : Hajah Zahara Sudi

Bahan-baham :
600 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
2 sudu makan tapai nasi (akak tak letak..takde stok tapai nasi)
500 gm kelapa muda parut putih
1200 ml santan dari 1 biji kelapa putih
1 bungkus yeast kering
garam secukup rasa
gula merah (gula tanjung) secukupnya (akak guna jem nenas)
acuan gandus (akak guna acuan telur yg buat burger tu aje)

Cara:
Tepung beras, tepung gandum, tapai nasi, separuh bahagian kelapa muda, yeast kering, garam, serta santan digaul rata dan dikisar sedikit.

Masukkan separuh bahagian lagi kelapa, gaul rata dan perap selama kira-kira satu jam atau hingga adunan naik berbuih.

Panaskan acuan diatas dapur gas dan sapu sedikit minyak, kemudian tuangkanlah adunan tadi kedalam acuan anggaran tiga suku bahagian, letak jem nenas kemudian ditutup lg dgn adunan tepung agar jem tenggelam lalu dibakar kira-kira 10 minit atau hingga masak.

Keluarkan dari acuan ketika masih panas dan hidangkan dengan gula merah.

 
Posted by Picasa

ini dia acuan telur yg akak gunakan untuk buat kuih gandus...hehehe..kalau tak de boleh guna acuan muffin atau kuih cara.

Note:versi bro rozzan makan dgn gula merah tapi akak letak jem nenas..ikut cam Pakcik jaafar tu buat...lepas ni sure lagi meletup2 KUIH GANDUS KOTA pakcik Jaafar ni.

6 comments:

izahdaut said...

Ha- ah la akak. Smlm saya pun duk tengok m3 tu erliur je tengok kuih ni. Sedap ye kak.. Yeringin nak makan. Nanti nk try jugak cari pokcik tu. Hehehe

Ctnaemah said...

tu laa izzah..akak dok nun di sini kene laa buat sendiri..hehehe..yg dekat pasar keramat tu boleh laa g beli tapi ..kene beratur panjang sebab pak cik ni dah femes..hahahah

CuteOven said...

macam mana acuan dia....boleh tunjuk tak

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun terliur tgk kuih gandus pancik jaafar tu... nak gi beli jauh benor dari rumah.. mmg nampak sedap lagi2 bila ada inti nenas tu.. yumyumm...

Ctnaemah said...

ya..sebab terliur tu yg gigih say menggoogle cari resepi.

hajahrehimah said...

Terima kasih bebanyak lar atas perkongsian ilmu nie..
Yang ni lah akn mnjadi saham akhirat/ilmu yg bermanfaat bila kita dh mati nnti..
Selagi mana org ramai guna resepi ni utk jamu makan org ramai moreh sbg contoh atau berniaga, mengalir lar pahala kita sekalipun kita dah tiada lg nnti..