Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Tuesday, January 25, 2011

Siakap stim & brokoli bawang putih

Photobucket

Photobucket




Assalamualaikum & slmt sejahtera semua..semalam jenjalan kat Tunas Manja..nampak sekor ikan siakap yg masih elok..mata pun bling2 sinarnya..yg lain akak tengok dah sakit mata.Beli sekor aje untuk buat stim..lawankan pulak dengan brokoli tumis bawang putih..ala chinese style ler ni kengkononnya...hehehehe..

Siakap Stim
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam
bawang putih*
halia muda*
bawang bombay*
cili padi*
serai*
lobak merah*
cendawan
daun bawang
daun ketumbar
limau nipis

cara buat
1.panaskan kukusan
2.letakkan ikan siap dlm pinggan kemudian taburkan dengan bahan2 yg telah dihiris,cendawan dan hirisan lobak merah,sedikit daun bawang dan daun ketumbar.Perahkan limau nipis.
3.Kukus hingga masak kemudian hiaskan dengan daun ketumbar b4 makan.


Brokoli bawnag Putih
sayur brokoli
cendawan
4-5 ulas bawang putih
1 inci hirisan
stok ayam
minyak bijan
minyak utk menumis.

cara buat.
1.celurkan sebentar sayur brokoli dlm air panas kemudian bilas dgn air sejuk secepat mungkin.Ini untuk mengelakkan sayr tersebut bertukar warna.
2.panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan halia hingga agak kekuningan.
3.masukkan brokoli dan cendawan serta stok ayam.Tutup sebentar kuali dgn penutup.
4.Angkat penutup,gaul rata sekejap.renjiskan dengan minyak bijan dan tutup api dapur.
5.Siap untuk dihidangkan.

4 comments:

Naz said...

Salam Naemah..
Wah... Kita suka sangat brokoli.. Dulu masa duduk di Perth selalu makan sayur ni sebab murah di sana.. Anak Naz panggil sayur ni sayur pokok kecil sebab rupa dia macam pokok kecil kan hehehe..
Jemput datang sinihttp://ovenkecil.blogspot.com/2011/01/kena-tag-jugajom-berkenalan.html untuk ambil tag Jom berkenalan eh.. Jangan lupa amik award smile tu sekali ye..

Ctnaemah said...

okay naz..nnt sy g jenguk

Nieza said...

sedapnya...saya pun selalu msk mcm ni simple dan bagus utk kesihatan:)

Ctnaemah said...

betu tu Nieza..dah meningkat umur ni kene jaga kesihatan elok2 sbb penyakit sekarang mcm2..heheh