Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, January 9, 2011

Parpu Telur

 
Posted by Picasa


Dah dok intai resepi ni katMaDiHaA..hari dengan rajinnya buat ler ..kelakonya kacang dal ni dah rendam sejak semalam tapi sampai sudah tak empuk..lama no nak nunggu maka tahap kesabaran pun dh senipis kulit bawang maka akak leburkan aje santan dan telur ke dalam tu..

Meh tengok resepi
Parpu telur sumber-MaDiHaA fp


Bahan2
¼ cawan kacang dhal (rendam 2 ~ 3 jam)
3 sudu besar bwg & halia mesin (agak2 dlm 1 cm halia, 2 bwg putih, 4~5 ulas bwg merah)
3 biji ubi kentang ~ kopek & belah 4
2 biji telur
1 cawan santan pekat
garam
serbuk kunyit
soohun ~ tak letak takde stok

Bahan2 Tumis Darat
Minyak masak
½ biji bwg besar ~mayang nipis
6 helai daun kari
1 ~ 2 tangkai cili kering ~ kerat pendek
¼ sudu kecil biji sawi
½ sudu kecil jintan manis

Cara Memasak
1. Rebus kacang dhal hingga empuk. Masukkan kentang dan rebus hingga kentang empuk.
2. Masukkan bawang & halia mesin, serbuk kunyit, garam & soohun.
3. Masukkan santan & sedikit air untuk kuah.. biar mendidih sambil dikacau2. Pecahkan telur sebiji-sebiji.. slowkan api.. jangan kacau sangat. Biar telur masak. Tutup api.
4. Dalam kuali lain.. panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis darat hingga wangi.
5. Curahkan semua bahan2 tumis tadi ke dalam kuah dhal tadi lalu ditutup periuk. Sedia untuk dihidangkan.


Bau tumisan daun kari dan bawang tu menusuk rongga idung..melekat2 bau karinya..hikhikhik

2 comments:

Ayu Safieza said...

Assalamualaikumwbh....parpu???....errr, :)takpe3...hancur lebur pun..yang penting dah cuba buat kak....:)

Ctnaemah said...

w/slm..aah ayu..kalau empuk kacang tu dah macam rasa dal kedai mamak pun ada..buat cicah dgn lempeng pepagi pun sodap..hehehe.