Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Saturday, January 1, 2011

Paka dah banjir..12 famili dipindahkan

Jumlah mangsa banjir di Dungun meningkat- sumber Utusan Malaysia online

01/01/2011 3:44pm

KUALA TERENGGANU 1 Jan — Jumlah mangsa banjir di Kampung Cacar, Paka, Dungun meningkat kepada 69 orang daripada 12 keluarga setakat pukul 2 petang ini berbanding 53 orang daripada tujuh keluarga malam semalam.

Pegawai Kebajikan Daerah Dungun, Wan Zabariah Wan Harun berkata, mereka kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Cacar.

"Hujan lebat berterusan di daerah ini sejak Khamis lalu menyebabkan kawasan rumah mereka dinaiki air,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, Kampung Padang Serai, Jalan Delima, Jalan Santong, Tanjung Hutang, Jalan Taman Indah dan Kampung Bukit Merah turut dinaiki air tetapi tiada penduduk dipindahkan setakat ini.

Sementara itu, tambahnya, Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, turut dinaiki air menyebabkan 60 orang daripada 13 keluarga berpindah ke rumah sanak saudara.

Wan Zabariah menjelaskan, banjir di kawasan itu disebabkan air hujan bertembung dengan air sungai yang pasang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya berwaspada dan mematuhi arahan supaya berpindah sekiranya keadaan banjir bertambah buruk. — Bernama



Setakat pukul 10mlm ni dah tak ujan ..insyallah surut laa air banjir tu..biasanya banjir kat sini sebab sistem perparitan yang tak sempurna.

2 comments:

Ayu Safieza said...

Assalamualaikumwbh Kak Ct....moga Allah swt mudahkan urusan di sebalik rahmat ujan ni.....:) rumah kak ok dok?

Ctnaemah said...

w/salam Ayu...rumah area jalan helang 6 aje yg terselamat dr air banjir ...klu area belakang umah kita tu tak selamat..ujan lebat aje air penuh kat dpn & belakang umah derang..tambah2 longkang kat situ penuh semak samun & sampah sarap