Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, January 13, 2011

Kari Ikan ala Mamak

 
Posted by Picasa


Rasanya macam dah lama sangat tak makan ikan..ye laa..musim tengkujuh nelayan pun tak berani nak ke laut.Kalau ada jual kat pasar tu bukan ikan segar pun ..Ni pak cik jual ikan yg pecah lobang tau!..kuikuikui

Semalam lepas anak2 g mengaji..lalu laa kat jln dpn..ada pulak orang jual ikan segar2 baru naik dari laut..Dari jauh nampak kembung molek-molek belaka..bila pusing semula dah abis..waaaa..

So amik laa ikan kaci dan haruan tasik..semua sekali rm20.Hajat hati nak masak asam pedas ikan haruan tasik tapi terpaksa cancel sebab daun kesum & bunga kantan takde.

So masak laa kari ikan kaci dulu..kali masak tak gun santan tau..just tuang yogurt + susu uht sikit..meh kita tengok resepi.

Bahannya
1 ekor ikan (setengah kg aje ni)
1 labu bawang beso *(bawang dh mahal ler ni...)
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
lada hijau -potong
lobak merah
serbuk kari ikan + rempah cap bunga sikit (klu takde ganti serbuk kurma)*
minyak utk menumis
1/2 cawan yogurt
garam secukup rasa
*blender semua bhn bertanda*)

Bhn Tumis (b)
Halba campur
hirisan bawang merah
hirisan bwg putih
hirisan halia
daun kari

1.Panaskan minyak dan tumis bahan b hingga naik bau.
2.masukkan bahan yg bertanda * ..biarkan garing
3.masukkan lobak merah dan ikan..gaul rata..biarkan sebentar
4.masukkan air .. biarkan kuah mendidih.
5.Masukkan yogurt dan garam secukup rasa.Sebelum Angkat masukkan lada hijau sbg hiasan.

5 comments:

Naz said...

Salam..
Emm..kari tanpa santan ye..Pasti sedap dan rendah lemak kan..Boleh cuba ni..Naz 4llow dan link ye!

Sari Yusa Ibrahim said...

rempah cap bunga tu rempah apa?

Ctnaemah said...

Naz...selamat mencuba..heheh

Yus..rempah tu biasanya org sini buat gulai nasi dagang..kita selalu ingat gulai nasi dagang tu sama cam kari tp sebenarnya tidak..ada rempah khas tu yg org panggil rempah cap bunga ros..rempah ni ada kembo dia..klu masak kene letak 2-2 baru sedap gulai tu!...ko try google rempah cap bunga ros..rasanya kat fp kak hanieliza ada gambo rempah ni.

Nieza said...

salam, sedap kari ni....saya pun kalau msk jarang bubuh santan lagi suka bubuh yogurt memang terbaik!..:)

Ctnaemah said...

w/slm nieza..yup..rasa pun sedap jugak..heheheh