Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, January 10, 2011

Deep fried Crabstick & Tempe

 
Posted by Picasa



Meh arr layan deep fried crabstik akak ni..sumber ilham dari Kak Ummi tapi akak tambah tempe memandangkan ada tempe sekeping yg hubby beli.Pastu aritu mmg borong crabstik bebanyak kat Giant...buat stok!.heheheh..


 
Posted by Picasa


Semalam akak guna tepung utk ayam goreng ..Tepung ni sedap ler pd tekak akak sbb terasa sungguh lada hitamnya..umppphhh

DEEP FRIED CRABSTICK
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

1 paket jejari ketam (crabstick) - buang la plastiknya eh..jgn goreng lak dgn plastik2 tuh..hahaha
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

sedikit lada sulah
sedikit serbuk kari
1/3 cawan tepung jagung
minyak untuk goreng terendam
Cara-Cara:-

Gaul crabstick dengan lada sulah, garam dan serbuk kunyit. (Pastikan crabstick tidak dibiar lembik sgt selepas dikeluarkan dr freezer, nnt terburai nak gaul2 tu)
Kemudian dalam bekas lain, campurkan tepung jagung dengan serbuk kari, gaul rata.
Ambil crabstick dan golek-golekkan dalam campuran tepung tadi biar bersalut.
Panaskan minyak dengan api sederhana besar dan masukkan crabstick.
Goreng dan balikkan perlahan dan masak hingga salutan tepung nampak kekuningan dan berserbuk.
Angkat dan toskan. Hidang dengan cili sos dan mayonis

P/s..kak umi cicah mayonis & sos..akak cicah sambal kicap aje :P

2 comments:

izahdaut said...

sodap tu kak..kena cari aa tepung tu..hihi

Ctnaemah said...

mmg sedap..nak2 klu buat chicken chop..perghhhh