Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, January 19, 2011

Couscous Upma

Photobucket


Photobucket

Resepi ringkas ni collect dari blog kak ratna@ MaDiHaA..sangat mudah menyediakannya kalau guna couscous ye!..heheheh..


Wheat Rawa Upma (Suji Upma) by srikars kitchen
Terjemahan : kak ratna@MaDiHaA

Bahan2
1 cawan tepong suji/akak tukar dgn couscous
2 ½ cawan air
1 biji bawang besar saiz sedang~ didadu
1 ~ 2 biji cili hijau (bergantung keperluan) ~ dihiris
2 ~ 3 biji cili padi ~ hiris halus (jika suka) MaDiHaA tambah
1 cm halia ~ dicincang halus
1 sudu kecil biji sawi
1 cawan cauliflower yg dipotong kecil
½ cawan carrot yang didadu kasar
2 sudu kecil (sudu kfc) garam / secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2 Menyediakan
1. Sangai tepong suji beberapa minit atau sehingga terbit aroma. Angkat & ketepikan dahulu.(rendamkan couscous dlm air panas & biarkan hingga couscous kembang)
2. Panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan biji sawi, bawang, halia, cili padi & cili hijau sehingga wangi & layu. Masukkan sayuran, air dan garam & masak hingga mendidih & sayur separa lembut.
3. Akhir sekali masukkan tepong suji yang disangai & kacau rata. Masak sehingga agak kental & bolehlah ditutupkan api. Hidang semasa panas atau sejuk bersama chutney atau sambar.

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ct...

bagus.. baguss... sangat kreatif! kita perkembangkan resepi upma ni biar femes sikit.. hehe.. sedap jugak yg guna couscous tu? akak tak pernah masak guna benda tu...

Ctnaemah said...

guna couscous lagi mudah ,cepat dan sedap..ni adik beradik suji jugak..hehehe