Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, January 27, 2011

Apple raisin bread puding & sos kastard coklat

 
Posted by Picasa


Puding roti epal berkismis baru keluar dari oven so takde tayangan yg berpotong ya! sebab akak tgh sejukkan dlm peti ais tu..hehehe.Sosnya pun belum prepare..kang akak hapdet lagi versi bersos pulak..

 
Posted by Picasa


Apple Raisin Bread Pudding-Yani Myr..
thanks to Yani 4 the marvellous resepi..
Bahan-bahan ( 5-6 orang )

[ Apple syrup ]
2 biji epal hijau (small size)
60g raisin
60g butter
30g gula perang
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
[ Sos puding ]
3 biji telur gred A
125g gula halus
500ml susu segar
sedikit esen vanila
1 bungkus roti sandwich
Cara-cara

Sediakan Apple Syrup:
Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil lebih kurang 1cm.Kemudian masukkan epal dan semua bhn sirap yang lain ke dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair. Kemudian padamkan api. Biarkan sirap ni sejuk selama 15-20 minit.

Sediakan sos:
Masukkan telur,gula dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sehingga gula semua larut. Kemudian masukkan susu sikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan.

Sediakan puding:
Sapukan loyang dengan sedikit butter. Potong roti kepada 4(sekeping roti bahagi 4)
Aturkan kepingan roti ke dalam loyang. Kemudian letakkan sedikit apple syrup ke atas roti dan juga sosnya. Lepas tu letak pula roti di atasnya.Buatlah lapis-lapis sehingga abih. Akhir sekali dgn kepingan roti.
Letakkan loyang tadi ke dlm dulang oven. Masukkan sedikit air ke dalam dulang tersebut. Bakar selama 30 minit dengan suhu 140 degree. Bila dah masak biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Sos Kastard coklat
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu makan serbuk koko

cara buat.
Sediakan periuk..masukkan semua bahan-bahan dan kacau hingga gula hancur kemudian letakkan periuk atas dapur.Dengan menggunakan api kecil kacau sos kastard hingga masak.

Wednesday, January 26, 2011

Homemade Prosperity Burger

 
Posted by Picasa


Ni projek tertangguh semalam..asalnya nak buat sajian dinner semalam tetapi terpaksa di post pone ke hari ni sbb ptg semalam lepas ambil anak2 balik mengaji..kami terus g ronda2 & makan...hehehe

Asal kejadian homemade prosperity burger ni coz roti burger yg dah hampir tamat riwayat belum berusik lagi..kene ler buat something kan! tetiba muncul pulak idea nak buat burger ala Mc D (rajin sangat ni..heheh)

meh kita tengok bebahan nak buat burger ala prosperity ni.

Roti Burger bulat atau seeloknya yg oblong (akak tak jumpa yg pesen tu)
burger cap Ramli..hak lain takde umphhh :),
bawang bombay
tomato-hiris
daun salad
sos cili
sos tomato
mayonis

SOS LADA HITAM

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
1 sudu mkn kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging (akak guna stok ayam megi)
cendawan butang atau shitake jika suka (hiris halus ekk)
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air + stok ayam megi
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn daging burger
4. Biarkan daging burger masak dlm kuah sos lada hitam ni.
(oleh kerana akak terpaksa post pone projek ni..maka daging burger tu kira terperap sehari suntuk & panaskan sekejap2 hingga kuah jadi pekat)

cara buat burger pulak...
Panaskan kuali leper..sapu marjerin pada roti dan panaskan roti burger- ketepikan.
Amik daging burger tadi..panaskan atas kuali leper ..sila tekan2 burger iteww bior leper (klu suka laa).biarkan agak garing pastu angkat.dan hiaslah burger anda dgn bawang bombay,tomato hiris,sos cili,sos tomato & mayonis.
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam

Tuesday, January 25, 2011

Siakap stim & brokoli bawang putih

Photobucket

Photobucket




Assalamualaikum & slmt sejahtera semua..semalam jenjalan kat Tunas Manja..nampak sekor ikan siakap yg masih elok..mata pun bling2 sinarnya..yg lain akak tengok dah sakit mata.Beli sekor aje untuk buat stim..lawankan pulak dengan brokoli tumis bawang putih..ala chinese style ler ni kengkononnya...hehehehe..

Siakap Stim
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam
bawang putih*
halia muda*
bawang bombay*
cili padi*
serai*
lobak merah*
cendawan
daun bawang
daun ketumbar
limau nipis

cara buat
1.panaskan kukusan
2.letakkan ikan siap dlm pinggan kemudian taburkan dengan bahan2 yg telah dihiris,cendawan dan hirisan lobak merah,sedikit daun bawang dan daun ketumbar.Perahkan limau nipis.
3.Kukus hingga masak kemudian hiaskan dengan daun ketumbar b4 makan.


Brokoli bawnag Putih
sayur brokoli
cendawan
4-5 ulas bawang putih
1 inci hirisan
stok ayam
minyak bijan
minyak utk menumis.

cara buat.
1.celurkan sebentar sayur brokoli dlm air panas kemudian bilas dgn air sejuk secepat mungkin.Ini untuk mengelakkan sayr tersebut bertukar warna.
2.panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan halia hingga agak kekuningan.
3.masukkan brokoli dan cendawan serta stok ayam.Tutup sebentar kuali dgn penutup.
4.Angkat penutup,gaul rata sekejap.renjiskan dengan minyak bijan dan tutup api dapur.
5.Siap untuk dihidangkan.

Monday, January 24, 2011

Bingka roti berjagung

Photobucket

Assalamualaikum...berbingka laa pulak..ni pun amik kat fp kak rinn..Aceli ni untuk jamuan saing2 dengan brownies tadi...saje asingkan posting ..(kengkonon bior banyak ler tu.:P ).thanks to fp kak rinn yg share resepi ni kat alam maya.Akak suka masuk fp kak rinn ..baca citer2 dia..dulu2 ketika baru pandai bertenet..selalu lepaking kat fotopages..cari resepi..tengok dekorasi kek.Kalau kering idea nak memasak jenguk aje laa fp kak rinn, kak hanieliza,mamafami & ramai lagi.Sekarang main blogging and berfb laa pulak..Kalau Fb shutdown..lepak kat forum & berblogging also meriahkan semula fp kot!..hahahah

Rasa-rasanya ramai yang telah cuba bingka roti berjagung ni kan!.


BINGKA ROTI BERJAGUNG-fp kak rinn
Sumber : Chef Azimah Mansor

Bahan-bahan:
3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
200gm jagung krim dlm tin

Cara-cara:
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek.
( Guna loyang biasa pun boleh ...)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.

Choc Moist brownies kak Rinn

Photobucket

Malam tadi dapat last minute order untuk brownies..gigih akak google resepi terhebat yang popular di alam maya ni..Mula nak buat brownies 1mas2ra tapi cooking coklat ilek..so akak g jengah Fp kak Rinn nun di Sg Petani tu..maka terhasil brownies yang simple tapi sedap ni..hehehe



ROWNIES
Bahan A (Kacau sebati semuanya)
1 cawan susu cair ( rinn guna fresh milk)
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan borwn sugar (rinn guna caster sugar)

Bahan B (Pukul sedikit)
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla

Bahan C (Ayak 3 kali)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate

Bahan D (Rinn tambah sendiri)
Kacang walnut seadanya..dicincang kasar.
Kismis secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 175 drj cel.
2. Alas loyang 10" x 10" dengan grease proof paper. (Kat sini tak ade paper tuu..so, rinn
simply guna A4 paper putih). Juntaikan sedikit kertas di dua belah tepi yg bertentangan
supaya mudah mengeluarkan brownies.
3. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A. Gaul sebati.
4. Masukkan Bahan C dan gaul rata.
5. Gaulkan walnut dgn sedikit tepung dan masukkan dlm bancuhan. Gaul rata.
6. Ratakan adunan dalam loyang dan bakar selama 45min - 50min.
7. Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong segiempat dan hiaslah ikut citarasa.

Ayam masak kicap berkentang

Photobucket

Assalamualaikum..hari ni masih tak sihat..kepala rasa fenin2 lalat dek selsema yg melanda namun tugas-tugas di rumah kene bereskan jugak.Layan ayam masak kicap berkentang kat atas tu..kentangnya tak kelihatan sebab masuk awal sangatt..udah ireng cam kecap jugak!..heheheh....



BAHAN-BAHAN :

1/2 kilo Ayam-bersihkan ,gaul ram & kunyit-goreng separuh masak
2 biji kentang-potong ikut suka kemudian goreng
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
1 camt lada putih
2 batang lada besar hijau dan merah
minyak masak
1 camt garam
2 sb kicap pekat lemak jalen
1 cawan air
rempah penumis

cara2
1.bersihkan ayam dan goreng separuh masak-ketepikan
2.ambil 2 sudu minyak tadi & tumiskan rempah penumis ,lada sulah,bawang putih,halia dan lada merah hiris hingga naik bau.
3.masukkan ayam dan kicap.biarkan sebentar kemudian masukkan air diikut dgn bawang besar.
4.last sekali b4 angkat masukkan lada hijau dan kentang goreng.gaul rata..angkat dan hiaskan.

Thursday, January 20, 2011

cream puff

 
Posted by Picasa


Cream puff ni akak buat setiap hari khamis (2 minggu sekali) untuk anak-anak2 di Tadika Smart Reader Kids ,Paka..Pelbagai resepi ada dlm internet tapi akak suka resepi ni sebab muai (banyak)..satu adunan boleh dapat 40biji size besar tu tau..klu buat kenit2 lagi banyak boleh dapat.

Resepi dikongsi oleh Kak Lina di SINI..Cuma semalam akak saje2 tambah 2 sudu teh baking powder ikut resepi dari MyResepi..heheheh




CREAM PUFF AZLINAMO-

A
375 gm air
150 gm mentega
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula caster

B
300 gm tepung gandum (sy tambah 2 sudu teh baking powder)
375 gm telur-pukul manja sampai agak2 kembang

cara2nya
1.Masukan bahan A kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2.masukan bahan B,padam kan api dan kacau adunan tadi dengan sudip kayu.
3.Setelah adunan tepung suam masukkan telur tadi
4.Pukul adunan tadi sampai sebati.
5.masukan adunan tadi kedalam piping beg dan guna nozzel bintang,buat bulat2 macam huruf O..
6.jangan lupa gris tray dulu dengan shortening ye..
7.Bakarlah dengan suhu 160 celcius,selama 25 minit/sampai masak..- ikut oven masing2 ya.
(oleh kerana oven sy tak ler berapa besar maka suhu yg sy letak adalah 180cel..10 minit terakhir sy naikkan lagi suhu ke 200c supaya cream puff garing)
**di larang sama sekali membuka pintu oven sebelum puff tu berwarna kekuningan..**

Wednesday, January 19, 2011

Gulai lemak berkerisik

Photobucket

Assalamualaikum...hari ni tak sihat..hidung sok sek aje..badan pun seram sejuk.akak dah dijangkiti demam selsema...huhuhu..Bila selsema mood nak makan pun merudum..mana taknya..semua rasa payau aje..

Meh layan resepi gulai lemak daging berkerisik tu dulu ekk..lepas ni nak menjalan tugas..almaklum ler drebar..kuikuikui


resepi

Gulai daging lemak berkerisik

Sekilo daging-rebus dan potong ikut suka
sebiji kentang -potong baji
5-6 ulas bawang kecil
3-4 ulas bawang putih
cili padi-agak2 ler ..klu suka pedas boleh letak bebyk
1 inci halia
1inci kunyit hidup
2 batang serai
santan kelapa-akak guna santan kotak aje
2 sudu besar kerisik
garam secukup rasa
1 cawan air
asam jawa
Cara Buat
1.blender bawang merah,bawang putih,halia cili padi dan kunyit.
2.masukkan bahan2 yg diblender tadi dlm periuk bersama daging dan kentang ke dlm periuk.
3.tuangkan 1 cawan air dlm periuk berisi daging ..didihkan hingga kentang empuk.
4.kemudian masukkan santan ,serai ,kerisik dan air asam jawa,garam..kacau hingga masak .

Couscous Upma

Photobucket


Photobucket

Resepi ringkas ni collect dari blog kak ratna@ MaDiHaA..sangat mudah menyediakannya kalau guna couscous ye!..heheheh..


Wheat Rawa Upma (Suji Upma) by srikars kitchen
Terjemahan : kak ratna@MaDiHaA

Bahan2
1 cawan tepong suji/akak tukar dgn couscous
2 ½ cawan air
1 biji bawang besar saiz sedang~ didadu
1 ~ 2 biji cili hijau (bergantung keperluan) ~ dihiris
2 ~ 3 biji cili padi ~ hiris halus (jika suka) MaDiHaA tambah
1 cm halia ~ dicincang halus
1 sudu kecil biji sawi
1 cawan cauliflower yg dipotong kecil
½ cawan carrot yang didadu kasar
2 sudu kecil (sudu kfc) garam / secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2 Menyediakan
1. Sangai tepong suji beberapa minit atau sehingga terbit aroma. Angkat & ketepikan dahulu.(rendamkan couscous dlm air panas & biarkan hingga couscous kembang)
2. Panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan biji sawi, bawang, halia, cili padi & cili hijau sehingga wangi & layu. Masukkan sayuran, air dan garam & masak hingga mendidih & sayur separa lembut.
3. Akhir sekali masukkan tepong suji yang disangai & kacau rata. Masak sehingga agak kental & bolehlah ditutupkan api. Hidang semasa panas atau sejuk bersama chutney atau sambar.

Tuesday, January 18, 2011

Okonomiyaki versi tak cukup bahan...

 
Posted by Picasa




 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..ni haa lempeng sayur kobis a.k.a. Okonomiyaki versi tak cukup bahan..almaklum dok solok..nak jumpa menda2 gini kene buat lawatan singkat ke Jusco tapi mana ada Jusco kat sini..huhuhu..kat K4 ada kot tp akak dah lama tak melawat K4 kat East Coast Mall Kuantan tu..

Tak kisah ler dari akak terngigau-ngigau OKONOMIYAKI dak hana..belasah ajelah ikut bahan yang ada..klu nak resepi real kene jenguk blog HANA

Aceli sekarang ni akak tengah berusaha nak slimkan balik badan ler kengkononnya tu yg try takmo makan nasi & amik ler produk kesihatan so makanan sebegini pun cukup untuk tambah tenaga..

Harap-harap usaha akak berkesan..semalam akak timbang susut ler 1.4kg..bangga gitu..kuikuikui tapi arini akak cari digital scale tu tak jumpa laa pulak..Ni ada jeles ler dengan penyusutan akak sebab tu disorokkannya alat penimbang tu..selalunya tak berusik pun menda tu bawah sofa..Akak aje ler yg tukang usik sebab hari2 dok menyapu bawah tu..Agak-agaknya sape ler yang khianat kat akak ni ekk..hehehehe

Takpe2x sesungguhnya akak tak kisah kiranya tak mencatit berapa berat untuk hari ni kerana kehilangan misteri alat penimbang itu menjadikan akak lebih bersemangat nak turunkan kg..hikhikhik..target nak seslim around 45kg!.

meh kita tengok resepi dan step by step diblog HANA
..Kalau dah jumpa bahan-bahan yg ori akak buat balik laa ya!..ni buat sebab nak ilangkan ngencesss ..


lempeng sayur-sayuran versi ku
(sumber inspirasi dari HANA

Kobis*
lobak merah*
kentang*
daun bawang
bawang besar 1 biji-hiris nipis
udang geragau- 1 camca besar
sebiji telur
2 sudu besar tepung gandum
Jejari ketam- hiris nipis
air stok ikan bilis -150ml
sedikit garam
Cara buat
1.sagat halus bahan bertanda *
2.bancuh tepung,telur dan air stok ikan bilis mcm nak buat adunan lempeng.
3.masukkan bahan2 yg disagat bersama bawang hiris,daun bawang dan jejari kentang dlm bancuhan tepung.
4.panaskan kuali dan letak minyak sedikit pastu curahkan adunan..guna api perlahan.


sos ikut suggestion hana ya!

Sunday, January 16, 2011

Asam Pedas haruan tasik

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Ini 1st time jumpa ni..selama ni dengar nama aje..ini laa haruan tasik..rupa dan isi macam ikan mayong tau..cuma mayong tu kecil sedikit dari haruan tasik ni..sepotong rm 12..dapat laa 4 keping yg setebal 1inci setiap kepingan ikan..berbaloi laa jugak.Pastu akak buat jugak kerabu suhun yang dicampur dengan isi ikan,jejari ketam,bawang besar,cili padi ,hirisan daun kaduk dan perahan limau kasturi..ratah gitu mmg sedap tau!.Sup tulang ayam bercampur kentang pula untuk anak-anak..

resepi asam pedasku

4 keping ikan haruan tasik
bawang merah*
bawang putih*
halia*
kunyit hidup*
belacan* (jika suka..akak tak letak coz alergik)
lada kering*
kisar lumat bahan bertanda *
halba
asam jawa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

cara buat :-
1. panaskan minyak dan tumis halba hingga naik bau.
2. masukkan bahan kisar dan biar hingga garing.
3. masukkan ikan dan tutup sebentar periuk dgn penutup dalam 3 minit
(tujuannya biar rempah meresap dlm isi ikan)
4. tambah air dan asam jawa serta garam.Air jgn masuk sekaligus nnt tercair tak sedap.
5. biarkan mendidih dan masukkan daun kesum,bunga kantan jika ada.
6. angkat dan hidangkan.


resepi kerabu suhun

sepeket suhun -rendam dengan air panas
bawang merah hiris
cili padi
hirisan daun kaduk
jejari ketam
isi ikan yg telah digoreng dahulu kemudian dicarik-carikkan..ataupun guna tuna dlm tin pun boleh jugak :P
2-3 biji limau kasturi diambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

cara buat.

1.Gaulkan semua bahan hingga rata kemudian hidangkan...senang ..kan!

Thursday, January 13, 2011

Kari Ikan ala Mamak

 
Posted by Picasa


Rasanya macam dah lama sangat tak makan ikan..ye laa..musim tengkujuh nelayan pun tak berani nak ke laut.Kalau ada jual kat pasar tu bukan ikan segar pun ..Ni pak cik jual ikan yg pecah lobang tau!..kuikuikui

Semalam lepas anak2 g mengaji..lalu laa kat jln dpn..ada pulak orang jual ikan segar2 baru naik dari laut..Dari jauh nampak kembung molek-molek belaka..bila pusing semula dah abis..waaaa..

So amik laa ikan kaci dan haruan tasik..semua sekali rm20.Hajat hati nak masak asam pedas ikan haruan tasik tapi terpaksa cancel sebab daun kesum & bunga kantan takde.

So masak laa kari ikan kaci dulu..kali masak tak gun santan tau..just tuang yogurt + susu uht sikit..meh kita tengok resepi.

Bahannya
1 ekor ikan (setengah kg aje ni)
1 labu bawang beso *(bawang dh mahal ler ni...)
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
lada hijau -potong
lobak merah
serbuk kari ikan + rempah cap bunga sikit (klu takde ganti serbuk kurma)*
minyak utk menumis
1/2 cawan yogurt
garam secukup rasa
*blender semua bhn bertanda*)

Bhn Tumis (b)
Halba campur
hirisan bawang merah
hirisan bwg putih
hirisan halia
daun kari

1.Panaskan minyak dan tumis bahan b hingga naik bau.
2.masukkan bahan yg bertanda * ..biarkan garing
3.masukkan lobak merah dan ikan..gaul rata..biarkan sebentar
4.masukkan air .. biarkan kuah mendidih.
5.Masukkan yogurt dan garam secukup rasa.Sebelum Angkat masukkan lada hijau sbg hiasan.

Mee Goreng ringkas

Photobucket

Assalamualaikum & morning semua..dah bekfest?hari ni akak sediakan mee goreng & roti telur manis aje ...Aceli mee goreng tu makanan malam kami tp yg makan hanya en.hubby so pagi ni panaskan aje..pun en.hubby aje yg makan..anak?derang tak layan mee kuning..waaa :(..last2 karang akak jugak yg kene abiskan..hukhuk

resepi:-

1 peket mee kuning-celur dan toskan
4-5 ulas bawang merah*
3-4 ulas bawang putih* tumbuk semua bahan2 ni..
sedikit udang kering*
1 sudu besar lada boh
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil kicap
1 biji telur
garam secukup rasa
sawi
lobak merah
lada merah hiris

cara2.
1.Panaskan minyak & pecahkan seulas bawang putih dan tumis bawang putih tu hingga naik bau.
2.kemudian masukkan bahan2 tumbuk yg telah digaul dengan lada boh biarkan hingga garing.
3.Masukkan sos tomato ,kicap dan garam
4.Diikuti dengan sayur-sayuran
5.masukkan pula mee kuning dan gaul rata..biarkan hingga masak kemudian pecahkan sebijik telur..kacau lagi pastu tu tutup..
5.Taburkan dgn lada hiris dan potong limau kasturi & hidangkan.
tomato potong baji

Tuesday, January 11, 2011

Laddu

 
Posted by Picasa


cantik tak?rasanya manis namun tak muak..pemberian kawan hubby yg baru balik dari India..ada 6 biji..tak boleh makan sekaligus..kene makan sikit-sikit..hehehe

 
Posted by Picasa

Packing pun menarik..kan

Lauk pauk tengahari

 
Posted by Picasa

 
Posted by Picasa

 
Posted by Picasa

Hari ni masuk dapur awal coz my hubby balik makan tengahari..hehehe..Akak masakkan kerang yg dia beli semalam,ayam masak halia dan sayur kangkung..Makan kerang ni sedap cicah dengan sambal kicap yg diperah limau kasturi..perghhh...sedap tak ingat sampai berkali-kali tambah nasi..huhuhu

Nak Minta tolong....

Salam..akak nak minta tolong..tu cuba tengok akak punya side tepi blog..semua dah lari ke bawah..puas adjust tapi tetap cenggitu..pe kes ni?Waaaa...sedih arrr..tulun...tulunnn

Yogurt buah-buahan

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum semua..dah breakfast ke belum?..pagi ni akak breakfast dengan yogurt buah-buahan + oat.Sebenarnya dah sediakan yogurt ni sejak semalam..makan sikit-sikit pastu pagi ni akak tambah pulak dengan 2 sudu oat..sedap tau..semudah 1..2..3 aje menyediakannya

 
Posted by PicasaAda epal,pisang,oren,strawberry dan cherry.

 
Posted by Picasa

Ni kuahnya..1 cawan yourt dicampur dengan 1 sudu susu pekat manis..Campurkan buah-buahan yang telah dipotong kiub ke dalam yogurt pastu sejukkkan dlm peti ais sebelum makan..nyum!

Monday, January 10, 2011

Croissant Burger

 



Our dinner malam ni.Aceli buat burger ni sebab nak perabis stok roti yg expired 2 hari lagi..hehehe .Akak punya yg depan tu..yang belakang tu extra..sape lapo mlm karang boleh amik..kene pat2 siku lipat..sape cepat dia dapat...Untuk anak2 burger besa2 aje..Aci tak?kwang..kwang..kwang..
Posted by Picasa

Ayam masak merah

 
Posted by Picasa


Ayam masak merah ..nak makan jangan lupa baca Bismillah ya!..hehehe

Deep fried Crabstick & Tempe

 
Posted by Picasa



Meh arr layan deep fried crabstik akak ni..sumber ilham dari Kak Ummi tapi akak tambah tempe memandangkan ada tempe sekeping yg hubby beli.Pastu aritu mmg borong crabstik bebanyak kat Giant...buat stok!.heheheh..


 
Posted by Picasa


Semalam akak guna tepung utk ayam goreng ..Tepung ni sedap ler pd tekak akak sbb terasa sungguh lada hitamnya..umppphhh

DEEP FRIED CRABSTICK
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

1 paket jejari ketam (crabstick) - buang la plastiknya eh..jgn goreng lak dgn plastik2 tuh..hahaha
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

sedikit lada sulah
sedikit serbuk kari
1/3 cawan tepung jagung
minyak untuk goreng terendam
Cara-Cara:-

Gaul crabstick dengan lada sulah, garam dan serbuk kunyit. (Pastikan crabstick tidak dibiar lembik sgt selepas dikeluarkan dr freezer, nnt terburai nak gaul2 tu)
Kemudian dalam bekas lain, campurkan tepung jagung dengan serbuk kari, gaul rata.
Ambil crabstick dan golek-golekkan dalam campuran tepung tadi biar bersalut.
Panaskan minyak dengan api sederhana besar dan masukkan crabstick.
Goreng dan balikkan perlahan dan masak hingga salutan tepung nampak kekuningan dan berserbuk.
Angkat dan toskan. Hidang dengan cili sos dan mayonis

P/s..kak umi cicah mayonis & sos..akak cicah sambal kicap aje :P