Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, December 27, 2010

Kacang Foul@phool

Photobucket
pagi tadi masa round blog ternampak resepi kacang phool di blog kak wan..teringin pulak nak buat so lepas beli bahan2 terus buat tapi akak ada derhaka sikit tang resepi tu..Ampunkan ambe ya kak wan!..pepandai nokok tambah..heheheh

Photobucket
Makan dengan couscous pun sedap tau!


Sos Kacang Phool / Foul Mudammas

Bahan-bahan
1 tin kacang foul (kacang parang)-akak kisar sikit.
3 ulas bawang putih di cincang
1/2 labu bawang besar di cincang
2 biji tomato di dadu
1 sudu makan perahan jus lemon
garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun bawang di potong
2 sudu besar minyak zaitun (minyak sawit aje)

bahan b(sendiri tambah)

1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar serta bahan b hingga naik baunya. Masukkan kacang foul bersama airnya. Masak hingga mendidih.

Upside Down Pineapple Cake

Photobucket
Akhirnya berjaya merajinkan diri buat upsidedown pineapple cake atas desakan anak daraku..hehehe..dah siap masukkan adunan kek ke dalam oven terjumpa sebijik telur yg belum pecah..nasib baik kurang sebijik telur tak menjejaskan rupa bentuk kek akak ni..heheh
Photobucket

Aritu buat kek oren ada alunan kasih so kali ni mengalunkan kasih dgn kek nenas terbalik laa pulak.


Resepi ni akak minta ikhsan dari en.google ..dari blog sape..akak lupa laa pulak..kepada tuan punya resepi mekasih banyak2 coz sudi share resepi..Akak c& p kat sini pulak ekk..sok2 sape sudi boleh amik resepi ni ya!.

KEK NANAS TERBALIK
Bahan-bahan:
Topping
1 tin nanas (bulat)-toskan, jusnya simpan untuk kek
3 sudu besar gula perang
Beberapa biji buah ceri
1 sudu makan butter

Kek
2 cawan tepung naik sendiri + 1/2 sk soda bikarbonat - ayak bersama-sama
1 3/4 cawan gula kastor
230gm butter/marjerin
4 biji telur
3/4 cawan jus nenas(dalam tin tadi)
50gm badam kisar- tak letak pun..lupa...heheheh
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:

Toppingnya:-
Lengserkan acuan 8in dengan butter.
Kemudian taburkan gula perang dan susunkan kepingan nenas.
Letakkan buah ceri ke dalam lubang kepingan nanas tadi.Saya belah dua buah ceri tu....jimat,hehehe. Ketepikan dulu loyang.
Untuk kek:-
Pukul butter dan gula kastor hingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji, setiap kali masukkan telur, pukul 1 minit untuk memastikan ia sebati.
Kemudian masukkan serbuk badam dan vanila, sebatikan.
Masukkan tepung berselang-seli dengan jus nanas,adun hingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disusun nenas tadi.
Bakar dalam oven bersuhu 170 celcius yang telah dipanaskan terlebih dahulu, hingga masak( lebih kurang 50 minit). Suhu oven ni bergantung pada oven memasing ye.
Bila dah masak, sejukkan dalam 15 minit, baru diterbalikkan kek tadi.