Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, December 23, 2010

Cekodok pisang gebu

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Cekodok pisang gebu ni buat untuk minum petang..nape namakan GEBU?Sebenarnya hajat hati nak buat apam pisang tapi pisangnya sikit bebenor so jalan pintasnya akak buat aje cekodok pisang..heheheh

Gebu sebab guna tepung kek (self raising flour)..jangan tanya sukatan ya coz akak main curah aje tepung asal boleh gentel dan tak terlalu keras.Aceli akak ikut resepi dari fp kak rinn cuma tukar tepung gandum ke tepung kek so segala baking powder & soda tu tak masuk laa..hehehe

APAM PISANG KUKUS
Sumber : Resipidiana

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak) , Rinn guna canola oil
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula, Rinn guna 3/4 cawan
secubit garam

Cara-cara :
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.