Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, December 6, 2010

Selamat menyambut tahun baru 1432HIJRAH

Selamat menyambut kehadiran tahun baru 1432Hijrah buat semua teman cyber..moga dengan kedatangan Tahun baru 1432Hijrah hidup kita akan lebih bermakna.Mudah-mudahan rezeki kita dimurahkan,dosa-dosa kita diampunkan dan doa-doa kita dimakbulkan ALLAH ...aminnn..


 
Posted by Picasa

Epok-epok sayur

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Pagi tadi tertengok AFC..dah lama tak tengok siaran ni sejak astro buat perangai..mujur semlm asstro hntr org servis..bernyawa laa balik siaran2 astro di rumah ni..heheh

Channel afc dok tayang rancangan SEDAP..mummy Asmah laili buat epok2 sayur dgn sos keledek..mengancam tekak sungguh!!!!..Dek dah terberkenan dengan epok2 sayur ni..akak pun guna ler encik google cari resepi..Sebelum tu cari kat website Suria tapi tak pun resepi epok-epok sayur..Dengan bantuan en.google tak ler susah sangat nak mencari resepi..just taip aje esepi yang kita nak..insyallah pasti ada.

Epok-epok sayur-sumber drresepidiana

KULIT EPOK-EPOK
Sumber: Halimah Anang

Bahan-bahannya
1 kg tepung gandum
1 cawan air suam
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya

Cara-caranya
Tepung digaul rata bersama air suam yang telah dicampurkan garam. Kemudian masukkan minyak masak sedikit demi sedikit sehingga adunan membentuk seperti doh. Biarkan 30 minit, barulah dicanai.

TIPS: Goreng epok-epok dengan api yang kecil, hasilnya kulitnya licin dan garing sebab resipi ini menggunakan sikit penggunaan air dan banyak penggunaan minyak masak.

INTI SAYUR

Bahan-bahannya
2 ulas bawang putih, dicincang
1 bjii bawang besar, didadu
sengkuang, hiris macam mancis
karot, hiris macam mancis
taugeh, dibersihkan
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan garam dan serbuk perasa.
2. Masukkan sengkuang, karot dan taugeh dan gaul rata. Jangan terlalu lama nanti sayur terlalu layu tak sedap pula.
3. Angkat dan sedia untuk digunakan.

SOS SAMBAL KELEDEK

Bahan-bahannya
2 batang keledek sederhana besar, direbus sehingga empuk
8 batang lada merah
2 ulas bawang putih
3/4 cawan sos tomato
air masak secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit cuka

Cara-caranya
Bahan-bahan diatas dimasukkan dalam food processor dan diblender. Jangan letak terlalu banyak air, sosnya patut pekat2 sikit baru sedap. Perasa gula dan garam dan tambah jika kurang.



Anak daraku siap tanya..umi nak buat gyoza ke...hehehe..kalau kukus memang jadi gyzo wahai anakku..