Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, December 5, 2010

Baby Bread Puding

 
Posted by Picasa


masa blogwalking semalam ternampak baby bread puding ni di blog Kak ROs.Pastu cari semula blog kak ros tu tak jumpa tapi nasib baik ingat lagi yg resepi asal ni dari sini ...heheheh


Resepi asal-fida myresepi
Bahan-bahan ( 6 keping )

2 keping roti putih
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair
2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis. 5.Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
6.Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.***

Makaroni cheezy

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Makaroni cheezy ni akak buat untuk breakfast pagi jumaat hari tu sebelum ke dewan TNB untuk latihan persembahan tadika kak uda.

Resepi boleh tengok di FP Kak Amal yang dok kedah nunnn...Resepi asal dari Blog Resepidiana tapi akak dah ubah sebab guna makaroni goreng yg tak abis ..hahahaha

Sekarang musim orang kidnap gambo masakan dari blog kawan2..simpati kat kawan2 yang terkena tu .Pada yg sesuka hati curi gambo masakan tu..beringat laa ya!..

Makaroni cheezy ringkas

Makaroni goreng

2 sudu besar lada boh
4 keping daging burger ramly (cincang dulu ya!)
1 botol sos sphagetti kimball
1 tin cendawan butang, dihiris
2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
oregano,basil jika suka

cara buat
1.Tumis bawang besar,bawang putih dan lada boh hingga garing.
2.masukkan daging cincang dan cendawan butang
3.masukkan sos spaghetti kimball's ..Kacau rata
4.masukkan makaroni yg telah direbus terlebih dulu ke dlm kuah dan kacau rata.Tambahkan garam,gula secukup rata serta serbuk oregano dan basil kering.

Bahan untuk Sos Cheese
4 keping keju cheddar
600ml susu segar
250 ml air
3 sudu makan mentega
4 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam

Bahan untuk Topping
Pizza Topping- beli kat giant

Masukkan makaroni dlm bekas kemudian tuang sos cheese dan taburkan pizza toping atasnya..bakar hingga masak ikut suhu oven masing2 ya!.