Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, November 24, 2010

Mee Racun & lempeng Oat

 
Posted by Picasa



Tak tahan tengok Mee Racun Cik Mat Gebu yang menggoda kalbu..akak pun buat laa memandang semua bahan2 ada dlm peti sejuk tu..cuma daging aje akak guna daging recycle ...huauhuahua..Daging korban yg jiran bagi tu mana boleh nak buat sembarangan kan! kalau tak abis kene tanam..tu kata sorang teman dulu...nak tanam pun kene elok2 takut digali binatang so akak basuh semula daging2 kemudian rebus 2- 3 kali pastu baru buat kuah .

Akak copy paste resepi dari blog CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
1/2 kg tulang lembu,(akak guna daging aje)
1 inci halia, ditumbuk halus
Udang, sotong dan daging (ikut suka, nak guna semua jenis pun ok)(akak ltk udang aje)
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*kisar halus)
4 camca besar cili kisar (mat letak 2 saja)
5 camca besar soso tomato
4 camca besar sos cili (mat guna sos cili thai)
1 camca besar gula (tak letak, sebab sos dah manis)
1 kiub ayam
2 kelopak kobis (nak guna sawi pun ok), dipotong
1 biji tomato, belah 6
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Telur rebus untuk hiasan (cemplungkan telur sebijik cam mee bandung)

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus tulang lembu dengan halia tumbuk hingga mendapat stok yang diperlukan (nak cepat rebus dalam pressure cooker selama 25 minit). Kalau guna daging lembu bukan jenis batang pinang, boleh rebus sekali bersama tulang lembu.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata dan tuang air rebusan tulang. Kacau dan biar mendidih.
Masukkan kiub ayam, udang dan daging (kalau guna tulang, masukkan sekali). Tambah garam secukup rasa dan juga lada sulah. Bila kuah pekat sedikit, masukkan sotong, tomato dan sayur kobis, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Letak mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya sekali. Hias dengan bahan2 hiasan dan hidangkan segera.



 
Posted by Picasa

Lempeng Pisang Oat


ni pun akak buat sebab terguda dgn lempeng pisang CMG..kebetulan pula mak mertua beri pisang raja ms blk kg aritu..


Lempeng pisang oat-sumber Cik Mat gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram pisang, dilecek halus
200 ml susu segar (mat guna 100 ml susu sejat + 100 ml air)
1 cawan quaker oats
3/4 camca teh baking powder (mat tambah)
Sedikit gula jika perlu (mat tak letak)
Garam secukup rasa
Madu, untuk hiasan
Mentega, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
Hidangkan bersama mentega dan madu..Selamat mencuba untuk semua


***sedang berkira-kira nak masak ape hari ni ...fenin mikirnya***