Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, November 14, 2010

Bahulu Santan

Photobucket

Photobucket


Jom makan bahulu santan cicah pula dengan air kopi panas..perghhhh sedap tak ingat donia!!!!..

Ini antara salah satu kuih muih yang mak akak rajin buat masa kami kecik2 dulu...Teringat dulu kalau mak buat bahulu ke kek mesti berebut2 adik beradik nak colek lebihan aadunan bahulu ni..sekarang dah berjangkit kat anak2 dara kenit akak pulak..siap 'chop' nak cream katanya...heheheh

Sekarang ni mak buat time adik lelaki yg no.2 tu balik..angah mmg suka kuih ni..Kalau time rajin ..dia pun masuk dapur nolong buat kuih...

meh kita tengok resepi bahulu santan ni..


6 biji telur
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 cawan santan pekat + pewarna hijau + pandan paste (akak guna santan kotak je)
(dulu mak buat dia blender daun pandan dan santan pastu tapis)
2 sudu kecil baking powder

Cara-cara :

1) Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan putih macam buat bahulu jugak.
2) Ayak tepung bersama baking powder.
3) Masukkkan tepung kedalam bancuhan yg telah betul-betul kembang.
4) masukkan santan dan gaul sebati.
5) Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

Siakap 3 rasa & Tumis cendawan

Photobucket


Entry di atas bukan lauk hari ini tapi lauk kami tengahari semalam ..heheheh..En.Hubby g main futsal sampai setengah hari..akak just masak siakap 3 rasa aje memandangkan ada sekor siakap dlm freezer tu..kalau dibiar lelama nnt mati rasa pulak ikan tu.

Siakap 3 Rasa fp kak liza



Bahan
1 ekor ikan siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goreng ikan

Bahan Sos
½ cawan sos toamto
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm] - tak letak pun
2 biji cili merah ] akak tukar ke capsicum merah ,hijau & kuning
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.

Photobucket
Yang pulak lauk tambahan utk makan malam..cendawan tiram ni en.hubby yg beli ms singgah beli barang runcit kat tunas manja.Dia suruh goreng simple aje..akak pula amik 3-4 keping cedawan tu buat cendawan celup tepung..cicah dgn sambal kicap..hehehe sori gambo takde sebab secoet tet aje cendawan celup tepung tu..ngam utk akak sorang aje..hahahaha

Sepetang di Rantau Abang

Jalan-jalan di Rantau Abang sambil tengok anak2 penyu yg dilepaskan serentak petang semalam.Aceli memang tertunggu detik ni tapi tak sangka pulak majlis ni awal dari yg akak jangkakan....ye laa aritu masa bulan raya akak ada ajak kwn yg dok kuantan tu g sini konon2 nak tengok anak2 penyu..rupanya kami tiba salah masa...tempat tu tutup.

Yang ni pun tau dr kawan yg dok Rantau Abang..dia yg sms kata ada majlis pelepasan anak2 penyu petang sabtu..so sms kat kwn yg di kuantan tu tapi sayang dia & family tak dpt join sbb ada hal lain..sian dia...

 
Posted by Picasa

Ada lebih kurang 2600 ekor anak2 penyu yg telah dilepaskan petang smlm..akak tak ler join sama sebab ada hero kecik ni..kang dia pulak yg terlepas ke laut..isk..isk.isk..

 
Posted by Picasa

yang ni size sederhana..ada 5-6 ekor jugak size gini..ada sekor tu derang dah letak ala pengesan atas badan penyu tu..sian pulak akak nengok tapi nak buat camne ..menda2 gitu perlu bagi mengesan populasi penyu..khennnn..

 
Posted by Picasa

para pelajar dari sekolah2 sekitar Rantau Abang bersedia dgn anak-anak penyu di tangan masing-masing.

 
Posted by Picasa

Ini ler penyu yg akak citer kat atas td..

 
Posted by Picasa

hero sulung akak yg berani pegang anak penyu..anak dara 2 orang tu penakut sampai ada sorang pak cik tu kata.." nak jumpa anak-anak penyu seumur hidup pun susah...rugi tak pegang tau"

hemmmm..memang ler susah sebab penyu banyak dah pupus..heheheh..dulu2 masa akak kecik..Rantau Abang ni sangat popular dengan penyu bertelur namun bila akak dah dok dekat area pantai timur ni..Rantau Abang dah tak popular pun..sian akak ekk...heheheh..sebab tu kerajaan negeri amik inisiatif tubuhkan pusat santuari penyu yg bertujuan untuk memulihara penyu2 yg dah pupus..so kita tunggu ler bila anak2 penyu tu nak balik semula ke pantai Rantau Abang 10-20 thn akan datang untuk bertelur..Insyallah


p/s...dh dlm kereta baru perasan sms darik.nor b4 tu dh jumpa dgn Ann ..terjenguk2 juga kot terpandang kak nor tp yg ku nampak hanya en.hubby K.nor aje..hehehe