Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Saturday, October 30, 2010

kek gula hangus

 
Posted by Picasa


Ini antara salah satu kuih yang kerap mak akak buat kalau ada yasinan kat blok kami..sebab kuih ni paling senang nak buat but paling senang pun akak selalu gak buat tak menjadi..kuikuikui..mak akak buat tak pernah perap2 pun..molek aje sarang
dlm kek dia..hehehe..Akak perap ler juga sejam.

Hari terajin nak mencuba buat sebab terpandang kat blog kawan2..Pagi tadi Yati dah tayang kek gula hangus@ sarang semut dia.

 
Posted by Picasa

resepi cp dari Yati

Bahan-bahan

* 1 cawan gula
* 1 cawan air panas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan susu pekat
* 2 sudu kecil soda bikarbonat
* 4 biji telur
* 2 sudu besar mentega

Cara-cara

1. Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus
2. Masukkan air panas sedikit-sedikit dan masak lagi hingga gula cair.(hati2 sbb merecik2)
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. Sementara itu....
4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6. Masukkan pula tepung + soda yg sudah di ayak dan sebatikan.
7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Ala-ala kampung pulak

Photobucket

Semalam lunch dah ala2 western so hari ni buat ala2 kampung pulak sebab tengahari tadi hubby takde kat umah ..Anak2 pun bukan makan sangat kalau akak masak macam ni.

Betik goreng simple ni mmg my feberet lauk ler coz kecik2 mak selalu masak lauk sebegini.Biasanya akak ratah aje lauk betik goreng ni..kalau nak sedap lagi boleh tambah santan sikit tp arini tak tambah (malas).

Ikan jeruk tu akak goreng pastu taburkan pulak bawang merah dan lada serta perahan limau nipis..amikk ko terjejas diet akak minggu ni..kekekekek