Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Friday, October 29, 2010

chicken chop

Photobucket

salam hari jumaat..hari ni akak lunch ala2 western aje..semalam di medan selera Mesra Mall, akak duduk mengadap kedai Papa Chop Mama Grill..sambil tunggu tosei siap mata akak ni melilau tgk menu kat kedai tu..tak boleh tahan tgk chicken chop tapi rega tentu ler mahal khenn!!...

so hari ni akak buat ler sendiri..jimat tak?...

resepi :-
A.
Bahan Perapan
beberapa keping dada ayam
1 sudu besar lada hitam
3 ulas bawang putih
sedikit halia
garam
tepung berperisa dan 1 biji telur utk salutan


tumbuk kasar bawang putih,lada hitam & halia.lumurkan pada isi dada ayam dan perap sekurangnya 3 jam tapi arini akak just gaul2 aje sebab nak cepat.Celup dada ayam dlm telur kemudian salut dgn tepung berperisa ala2 kfc then goreng hingga masak.

Sos
BAWANG BOMBAY,BAWANG PUTIH,HALIA,MENTEGA,SOS LADA HITAM & TEPUNG JAGUNG

tumis bawang bombay,bwg putih,halia dgn mentega hingga naik bau,masukkan sos lada hitam dan air ..biar mendidih + garam..last sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah.

Bahan sampingan yg akak sertakan dlm hidangan ni..kentang goreng,tomato dan simple coleslaw (sayur campur-rebus dgn air garam then toskan air dan gaul dgn mayonis).