Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, October 21, 2010

Homemade sardin

 
Posted by Picasa


Homemade sardine terhasil aktiviti skodeng blog orang dgn bantuan en.google..rasanya ramai yg dh mencuba resepi ni..khenn..akak aje baru nak menerai test..alhamdulillah menjadi laa jugak cuma tak ler selembut sardine cap Ayam sebab akak takde pressure cooker..hehehe..akak masak guna slow cooker aje.

Resepi home made sardin :- Cp dr
blog chik mimi

BAHAN-BAHANNYA :-) By CMG
700 g ikan tuna-Chik mi guna ikan selayang aje a.k.a ikan sardin (akak pun guna ikan selayang jugak sbb tak tahan tengok ikan selayang yg montok2 kat pasar dungun)
1/2 cawan tomato puree~ chik mi gantikan dengan cili blend (ganti dgn sos tomato& sos cili)
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air
1 batang serai ~ chik mi tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.


versi akak pulak yg guna slow cooker

tumis bahan kisar hingga naik minyak pastu masukkan sos tomato & sos cili.Masukkan sedikit air.garam secukup rasa .Akak tak guna gula kerana sos tomato dlm botol tu dh manis ekk.

kemudian tuangkan kuah td dlm slow cooker & masukkan ikan selayang.Masak hingga ikan lembut.Bila ikan dh cukup lembut..masukkan bawang besar,sedikit air asam jawa & lada hiris..biarkan hingga bawang besar td agak layu & angkat..sedia utk dimakan.