Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Tuesday, December 28, 2010

Puding roti berdaging

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa



projek asal nak buat slopy jack (adik beradik roti john).Baru dapat buat 5-6 keping aje & belum sempat hidang dah abis kene ngap..Oh tidakkk!!!..tak boleh jadi ni..tukar jadi puding roti berdaging laa..erkkk..lebih cam bingka roti pun ya..kan!


Puding roti berdaging

Beberapa keping roti gardenia-siat2
Roti perancis- potong kecik ya!
1 cawan susu uht
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada sulah
beberapa keping keju cheddar

inti

1 peket daging kisar Ramly
1 labu bawang besar
lada benggala hijau & merah didadu
1 biji tomato -dadu
1 ulas bawang putih-cincang halus
sedikit halia- cincang halus
1 sudu kecil serbuk basil
1 sudu kecil oregano
2 sudu kecil paprika
sos tomato
sos cili
garam

1.panaskan minyak dlm kuali,tumis bawang besar,bawang putih,halia hingga naik bau.
2.masukkan daging cincang..biarkan daging empuk dan kering air.
3.masukkan serbuk,basil,oregano,paprika,sos tomato dan cili serta garam.Gaul rata kemudian masukkan lada benggala dan tomato cincang.Biar hingga agak layu dan tutup api.

Cara buat
1.lengserkan acuan dgn mentega/minyak.Panaskan oven
2.aturkan roti yang telah disiat dlm acuan.
3.kemudian diikut dengan roti perancis yg telah dihiris nipis.
4.Pukul telur sedikit dan campurkan ke dlm susu dgn 1 sudu besar tepung gandum serta serbuk lada sulah.kacau rata kemudian tuang ke dlm acuan.
5.letakkan inti daging diatasnya dan taburkan keju cheddar yg telah dipotong atau guna keju cheddar yg diparut.
6.bakar hingga masak dan hidangkan.

2 comments:

Mr. Mama said...

sedapnyeeee puding tu...
mr.mama nk kena cuba nie...mesti2.....
minta izin cnp ye....

Ctnaemah said...

sila2...mmg sedap dan jadi kesukaan anak2.