Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, December 9, 2010

Potato Munchkin @ Donut kentang

Photobucket
sira manis..abaikan donutku yang tak berapa bulat itu..hehehe


Photobucket
sira pedas..ni kes terkenang zaman minah karen dulu..ada sorang makcik tu hari2 jual donut sira pedas gini..selalunya asal dia naik bas aje akak dah cop dulu donut dia..kekdg siap pesan soh simpankan utk esok pulak...uh! tetiba rindu zaman itu..heheheh

Photobucket
Yang ni nak frozenkan ..almaklum ler cuti sekolah "Geng Kuat makan"..asyik lapo perut aje...nak2 musim ujan ni..tak sampai 10 minit perut derang dah lapo balik.


kopipes resepi dari blog Naz ..thanks ya Naz!.


POTATO MUNCHKIN
Bahan-bahan :
1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam (kitorang guna susu pekat campur air suam)
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)

Cara-cara :
1.Tepung gandum digaul dengan marjerin, kentang dan gula sehingga sebati
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu berserta yis
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing
6.Panaskan minyak dan goreng.

Resepi asal guna tepung gandum dan kentang lenyek tapi akak tukar kepada tepung ubi kentang sebab nak menghabiskan stok tepung ubi kentang ..Agak2 laa ya sebab tadi tak teringat nak timbang..main curah aje..agak lembik tambah tepung gandum sikit2 sampai adunan tak melekit.

First time makan donut kentang ni masa berjumpa dgn family Pak ngah yg datang dari sabah 3 tahun lepas..mmg lembut betul donutnya.

2 comments:

Ayu Safieza said...

mmmmm my mom pun selalu wat ni......bijak2...abiskan tepung ubi kentang yer...:))....bila nak g vacation nih?

Ctnaemah said...

alahai Ayu..Nua bz sgt skrg ni..dpt lepas sekejap hujung minggu ni pastu sambung kerja sampai 24hb then cuti hingga naik sekolah..kesian kat anak2 tak puas coz dpt g jln2 sekejap aje.