Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, December 8, 2010

Coklat chips dgn chef2 kecik -edisi kerahan tenaga

Photobucket


Photobucket



Photobucket

Photobucket

Photobucket


Sejak semalam Dina dah chop dgn umi dia nak buat biskut coklat chips.Tak nak menghampakan permintaan anak so hari ni buat laa juga coklat chips ni..Akak suruh dia search resepi..sekali dapat resepi Kak Nor67@secubit garam..Ampunkan ambe ni ya kak nor sebab memandai tuko2 tepung dlm resepi tu..hehehe ..Akak guna tepung biskut cap Tunas Manja tau..tepung ni gerenti rangup tau so kalau takde tepung cap tunas manja boleh ikut resepi asal ekk! sebab Tunas Manja ni ada kat pantai timur aje..oopsss kat Mersing pun ada jugak!..

Masa buat biskut ni masing2 berangan nak jual ler konon2nya..ermmmm ...baru siap bakar seloyang dah kene kunyah.Pastu chef-chef kecik ni dah malas nak menggentel adunan biskut..tengok aje laa yg kat atas tu..macam-macam pesen ada..beso,kecik semua lengkap..yg last tu entah sape laa punya kerja!..hahahah..Mujur jugak masa chef-chef kecik ni buat kerja..master chef tido...kalau tak dia ler yg dulu dok atas meja :D

Biskut Coklat CHips
Kak Nor67@secubit garam

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )

180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds
Cara-cara

Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...

2 comments:

K.Nor said...

heheheeh.. gelak dulu tengok mcm2 rupa kukis tu.. tp anak2 mesti seronok bila dpt buat sendiri kan :)

Ctnaemah said...

bersemangat kak nor!..sampai ada yg dok atas meja..bertuah betul anak2ku itu...hahahah