Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, December 5, 2010

Baby Bread Puding

 
Posted by Picasa


masa blogwalking semalam ternampak baby bread puding ni di blog Kak ROs.Pastu cari semula blog kak ros tu tak jumpa tapi nasib baik ingat lagi yg resepi asal ni dari sini ...heheheh


Resepi asal-fida myresepi
Bahan-bahan ( 6 keping )

2 keping roti putih
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair
2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis. 5.Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
6.Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.***

No comments: