Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Friday, December 31, 2010

Hujan... oh tidak!!!...Dah banjir ke???

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Gambar ni akak ambil pukul 10 pg tapi suasana gelap kelihatan seperti jam 7pagi..masing-masing tak mau mandi dek kesejukkan ..sat lg sure ada yg kelaparan pulak..heheheh..nasib baik my dear hubby dah masak maggi sup tadi..

Laa ni dah pukul 11.11 pagi..hujan semakin lebat ..rasanya memang dah nak banjir laaa ..ni buat akak terasa nak g skodeng kawasan sekitar macam YB..ahaks


 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa

Thursday, December 30, 2010

Jejemput nasi jejari ketam

 
Posted by Picasa



Jejemput nasi jejari ketam ni sepatutnya untuk breakfast pagi tadi..dengan rajin akak bangun membancuh tepung,blender nasi bagai sekali nak panaskan kuali baru teringat tong gas masih kat depan tak refill sejak semalam..haru sungguh!!!

Terpaksa laa letak dlm peti ais dulu adunan ni..Goreng petang2 time ujan-ujan gini mmg sedap apetah lagi GKM dlm umah ni asyik komplen lapo aje!!! padahal pukul 2 ptg tadi dah makan kat A&W Kemaman.Akak makan ni sambil bayangkan tengah menelan sushi coz kombinasi nasi + jejari ketam tu seakan -akan rasa sushi laa pulak..hahahah

Layan aje gambo ekk..resepi tak mau tepek sbb uols pun terror buat jejemput ......khennnn :),

Ayam panggang lada hitam & cendawan

 
Posted by Picasa


Our dinner semalam..aceli gas tak beli masa ni so cara paling senang nak masak just guna oven utk panggang ayam & buat nasi beriani instant guna periuk karen..hehehe

Ayam Panggang Lada hitam & cendawam

1 ekor ayam potong kecil2
1 peket perencah daging lada hitam MAGGI
1 labu bawang besar*
2-3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1-2 sudu mkn madu
sedikit garam
1-2 sudu mentega
cendawan butang kering- rendam dan hiris nipis
kentang atau lobak merah
*kisar semua bahan ini*
cara buat
1. Bersihkan ayam kemudian perap dengan perencah lada hitam Maggi dan bahan kisar,madu,garam,cendawan hiris & kentang/lobak merah selama 1 jam.
2. Panaskan oven 200C ..atur ayam dlm loyan kemudian letak mentega dan bakar hingga
masak ikut oven masing2 ya!.

 
Posted by Picasa

Nasi Beriani maggi

Guna beras basmathi seelok2nya tapi semalam akak tersalah amik beras..ingatkan beras basmathi..sampai masa nak masak ..nampak beras ni kontot-kontot aje..eh!nape pulak basmathi ni kontot?Aiseyyy!!!..itu peke beras herba ponni rupanya..ahaks...moral of the story..belek dulu sebelum masuk bakul..hahahah

Nasi beriani maggi

1 peket rempah beriani Maggi
2 cawan beras basmathi
2 air
1/2 cawan susu cair
2-3 ulas bawang kecil hiris nipis
2-3 ulas bwg putih hiris nipis
1 inci halia - hiris halus
rempah penumis
minyak sapi
tomato potong dadu
kismis,gajus yg telah digoreng utk hiasan.
1.panaskan periuk karen pastu masukkan minyak sapi..biarkan cair dan panas.
2.masukkan rempah penumis dan bahan2 yg telah dihiris nipis...biarkan hingga naik bau.
3. Masukkan pula rempah beriani Maggi..biarkan lagi hingga rempah garing kemudian masukkan beras yg telah dicuci serta air dan susu.Biarkan nasi masak .


 
Posted by Picasa


Salad mudah..timun,tomato,daun salad,lada benggala merah dan hijau serta mayonis...gaul rata pastu hidangkan bersama set ayam panggang dan ansi beriani.Takde sup atau kuah sebab tong gas belum refill..heheheh

Wednesday, December 29, 2010

Bila si kecil ku nak main bowling

 
Posted by Picasa


Begini laa gelagat si kecik akak ..berangan kononnya tengah main bowling tapi guna bola untuk bola sepak.Apa nak buat takde bola bowling size camtu..Sekiranya ada bola bowling yg size mcm tu memang akak dah belikan sebab dia minat sangat main bowling.

Kalau bawa pergi jalan-jalan ke Mesra Mall ..dia dah tau kat mana bowling centre..maka terpegun laa dia kat situ sampai menangis kalau orang ajak keluar.Bila balik umah mula ler cari bola nak main bowling.Ada belikan set permainan bowling tapi bolanya jenis tak tahan..baru baling 2-3 kali dah terbelah 2 bola tu.Beli pulak yg kecik kat pasar malam..yang ni dia amik pinnya aje pastu kalau nak baling dia guna lah bola yg mcm kat atas tu.

Minggu lepas kami sekeluarga pergi ke Kuantan..lalu ler sebelah East Coast Mall..dia dalam keta ni dah resah gelisah nak turun..masa kami kat trafik light nak menuju Kuantan Parade so tak laa singgah EC mall tu...dia menangis2 bila kami tak pergi ke situ sebab kat atas EC Mall tu ada games centre dimana ada games bowling feberet dia di situ..hahahaha


dek taksub dengan bowling kekadang sambil menyusu pun dia buat aksi nak baling pastu pernah mengigau cakap bowling..sah masa tido tu dia mimpi main bowling gamaknya..heheheh ..tu belum lagi berebut pc dengan akak2 dan abang long sebab dia nak tengok youtube psl bowling.

Satu lagi perangai si kecik ni pantang jumpa bola tak kira beso ke kecik semua dia mahu.Bola kecik tu beli kat Al Ikhsan khas buat dia aje..Pendek kata dia ni memang hantu bola..koleksi bola-bola dia aje dah 7 biji..asal pergi giant dia rembat sebijik bola yg rm 1.99.Semalam along dah pecahkan cermin almari guna bola giant tu...huhuhu..

Tuesday, December 28, 2010

Puding roti berdaging

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa



projek asal nak buat slopy jack (adik beradik roti john).Baru dapat buat 5-6 keping aje & belum sempat hidang dah abis kene ngap..Oh tidakkk!!!..tak boleh jadi ni..tukar jadi puding roti berdaging laa..erkkk..lebih cam bingka roti pun ya..kan!


Puding roti berdaging

Beberapa keping roti gardenia-siat2
Roti perancis- potong kecik ya!
1 cawan susu uht
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada sulah
beberapa keping keju cheddar

inti

1 peket daging kisar Ramly
1 labu bawang besar
lada benggala hijau & merah didadu
1 biji tomato -dadu
1 ulas bawang putih-cincang halus
sedikit halia- cincang halus
1 sudu kecil serbuk basil
1 sudu kecil oregano
2 sudu kecil paprika
sos tomato
sos cili
garam

1.panaskan minyak dlm kuali,tumis bawang besar,bawang putih,halia hingga naik bau.
2.masukkan daging cincang..biarkan daging empuk dan kering air.
3.masukkan serbuk,basil,oregano,paprika,sos tomato dan cili serta garam.Gaul rata kemudian masukkan lada benggala dan tomato cincang.Biar hingga agak layu dan tutup api.

Cara buat
1.lengserkan acuan dgn mentega/minyak.Panaskan oven
2.aturkan roti yang telah disiat dlm acuan.
3.kemudian diikut dengan roti perancis yg telah dihiris nipis.
4.Pukul telur sedikit dan campurkan ke dlm susu dgn 1 sudu besar tepung gandum serta serbuk lada sulah.kacau rata kemudian tuang ke dlm acuan.
5.letakkan inti daging diatasnya dan taburkan keju cheddar yg telah dipotong atau guna keju cheddar yg diparut.
6.bakar hingga masak dan hidangkan.

Info kesihatan Wanita :- JUS KUMANGO

Hari ni akak nak shre sedikit info yg terdapat dalam akbar online Kosmo semalam.Ia mengenai fibroid yg ada sangkut paut dgn wanita laa khennn...Kepada mereka yg ada masalah fibroid boleh try jus ini ya!.Mudah-mudahan masalah fibroid yg dihidapi boleh diatasi.

Photobucket

sumberKosmo Online


KOORDINATOR klinikal dan pensyarah kejururawatan di Kolej Lincoln, Petaling Jaya, Selangor, Noor Shakinah Hassan Basri, 43, pernah disangka hamil kerana perutnya yang buncit.

Malah, gaya beliau berjalan juga sering menimbulkan tanda tanya mereka yang memerhati.

“Saya disahkan mempunyai ketumbuhan fibroid berdiameter empat sentimeter pada kedua-dua belah ovari pada tahun 2000.

“Setiap kali datang haid, saya akan mengalami pendarahan yang teruk. Darah yang keluar berketul-ketul dan saya perlu menukar tuala wanita hampir setiap lima minit.

“Insiden darah terkena pakaian juga terlalu lazim, biarpun sudah masuk hari ketiga haid. Malah, setiap kali datang haid, saya tidak akan duduk kerana risau akan ‘kebocoran’.

“Sakit akibat senggugut juga mengganda menyebabkan saya kerap ambil cuti sakit, hilang mood ketika mengajar dan perlu makan ubat penahan sakit.

“Hendak berjalan pun dirasakan sukar,” dedahnya yang pada waktu itu akan mengalami haid sehingga sembilan hari.

Tatkala didatangi haid juga Shakinah akan tidur berasingan daripada suami di atas tikar getah di lantai bilik tidur.

Biarpun sering memakai baju dan seluar yang besar serta longgar bagi mengelakkan perut buncit itu kelihatan terlalu jelas, Shakinah tidak dapat berbuat apa-apa dengan caranya berjalan.

“Ketumbuhan itu menyebabkan pembengkakan pada bahagian bawah perut. Jadi setiap kali berjalan, saya merasakan geselan pada bahagian itu. Ia bukan saja tidak selesa, tetapi juga menyakitkan,” kongsi Shakinah.

Keguguran

Sebelum itu, pada tahun 1996, Shakinah disahkan menghidap endometriosis, iaitu keadaan yang berlaku apabila tisu endometrium tumbuh di luar rahim. Akibatnya, Shakinah mengalami keguguran sehingga dua kali.

Rentetan daripada itu, Shakinah menjalani pembedahan untuk mengikis dinding rahim, membuang fibroid dan mengambil suntikan untuk menghentikan haid sehingga enam bulan.

“Ubat herba Cina yang paling pahit pun saya makan tetapi fibroid tumbuh lagi di tempat yang sama selepas itu,” katanya yang berkahwin pada tahun 2006.

Secara kebetulan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Lincoln, Prof. Datuk Dr. Ir. Badaruddin Nordin sedang membuat kajian tentang khasiat buah kumango atau Star Apple.


Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu mendapati buah tersebut mengandungi elemen terapi yang baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

“Saya orang pertama mencuba air buah itu. Disebabkan ia dihasilkan daripada buah dan tidak dicampur sebarang bahan kimia, saya berani mencubanya.

“Hanya selepas seminggu mengambil air buah itu, saya tidak lagi mengalami pendarahan haid yang melampau.

“Untuk mengesahkan keadaan fibroid dan endometriosis di dalam rahim saya itu, saya berjumpa dengan doktor pakar untuk melakukan imbasan bunyi.

“Doktor itu mengatakan saiz fibroid saya yang asalnya ialah tiga sentimeter sudah mengecut kepada satu sentimeter,” kenang Shakinah.

“Perut saya juga semakin kempis dan sekarang saya boleh menyarungkan baju kebaya dan berkasut tumit tinggi. Saya juga semakin yakin dengan diri sendiri,” tambahnya.

Malah, tiga bulan selepas mencuba air buah kumango yang dipopularkan sebagai Bio-99 itu, Shakinah disahkan hamil.

Malangnya Shakinah keguguran sekali lagi semasa kandungan mencecah usia empat bulan akibat terjatuh dari tangga kapal terbang.

“Sekurang-kurangnya usia kandungan sudah mencecah empat bulan. Itu tempoh paling lama saya hamil berbanding sebelum ini di mana saya gugur belum pun usia kandungan mencecah tiga bulan,” ujarnya positif.

Monday, December 27, 2010

Kacang Foul@phool

Photobucket
pagi tadi masa round blog ternampak resepi kacang phool di blog kak wan..teringin pulak nak buat so lepas beli bahan2 terus buat tapi akak ada derhaka sikit tang resepi tu..Ampunkan ambe ya kak wan!..pepandai nokok tambah..heheheh

Photobucket
Makan dengan couscous pun sedap tau!


Sos Kacang Phool / Foul Mudammas

Bahan-bahan
1 tin kacang foul (kacang parang)-akak kisar sikit.
3 ulas bawang putih di cincang
1/2 labu bawang besar di cincang
2 biji tomato di dadu
1 sudu makan perahan jus lemon
garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun bawang di potong
2 sudu besar minyak zaitun (minyak sawit aje)

bahan b(sendiri tambah)

1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar serta bahan b hingga naik baunya. Masukkan kacang foul bersama airnya. Masak hingga mendidih.

Upside Down Pineapple Cake

Photobucket
Akhirnya berjaya merajinkan diri buat upsidedown pineapple cake atas desakan anak daraku..hehehe..dah siap masukkan adunan kek ke dalam oven terjumpa sebijik telur yg belum pecah..nasib baik kurang sebijik telur tak menjejaskan rupa bentuk kek akak ni..heheh
Photobucket

Aritu buat kek oren ada alunan kasih so kali ni mengalunkan kasih dgn kek nenas terbalik laa pulak.


Resepi ni akak minta ikhsan dari en.google ..dari blog sape..akak lupa laa pulak..kepada tuan punya resepi mekasih banyak2 coz sudi share resepi..Akak c& p kat sini pulak ekk..sok2 sape sudi boleh amik resepi ni ya!.

KEK NANAS TERBALIK
Bahan-bahan:
Topping
1 tin nanas (bulat)-toskan, jusnya simpan untuk kek
3 sudu besar gula perang
Beberapa biji buah ceri
1 sudu makan butter

Kek
2 cawan tepung naik sendiri + 1/2 sk soda bikarbonat - ayak bersama-sama
1 3/4 cawan gula kastor
230gm butter/marjerin
4 biji telur
3/4 cawan jus nenas(dalam tin tadi)
50gm badam kisar- tak letak pun..lupa...heheheh
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:

Toppingnya:-
Lengserkan acuan 8in dengan butter.
Kemudian taburkan gula perang dan susunkan kepingan nenas.
Letakkan buah ceri ke dalam lubang kepingan nanas tadi.Saya belah dua buah ceri tu....jimat,hehehe. Ketepikan dulu loyang.
Untuk kek:-
Pukul butter dan gula kastor hingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji, setiap kali masukkan telur, pukul 1 minit untuk memastikan ia sebati.
Kemudian masukkan serbuk badam dan vanila, sebatikan.
Masukkan tepung berselang-seli dengan jus nanas,adun hingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disusun nenas tadi.
Bakar dalam oven bersuhu 170 celcius yang telah dipanaskan terlebih dahulu, hingga masak( lebih kurang 50 minit). Suhu oven ni bergantung pada oven memasing ye.
Bila dah masak, sejukkan dalam 15 minit, baru diterbalikkan kek tadi.

Saturday, December 25, 2010

mari..mari..mari..layannnnn

Lawa terung
 
Posted by Picasa


sambal tofu telur Home Sweet Home
 
Posted by Picasa

Resepi AsalKak Ummi

TOFU TELOR SAMBAL PEDAS TOMATO NENAS
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 paket tofu telor (telor jepun)
4 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar - didadu halus
2 ulas bawang putih - dicincang
2 biji tomato (saiz sedang) - dikisar dengan 1/4 cawan air
2 sudu besar sos cili
1/4 biji nenas - dihiris kecil-kecil
garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato - dipotong baji 6 bhg.
minyak masak
Cara Memasak:-
Potong tofu kepada 1 inci tebal. Panaskan 1/3 cawan minyak dalam non-stick pan dan goreng hingga berkulit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
Buangkan sedikit minyak, dan tinggalkan lebih kurang 3 - 4 sudu besar minyak tersebut dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan cili kering kisar, masak dengan api sederhana hingga pecah minyak.
Masukkan tomato kisar dan kacau-kacau sebentar.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Masukkan nenas dan biarkan lembut sedikit.
Masukkan potongan tomato dan tofu, kacau balik perlahan-lahan biar mesra sekejap sahaja.
Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

Ayam kicap ala mamak
 
Posted by Picasa


layan dulu gambar lauk pauk akak sepanjang minggu ni..resepi kemudian ya!.almalklum ler cuti2 ni big boss ada kat umah..banyak kerja nak kene settle dulu.

Thursday, December 23, 2010

Cekodok pisang gebu

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Cekodok pisang gebu ni buat untuk minum petang..nape namakan GEBU?Sebenarnya hajat hati nak buat apam pisang tapi pisangnya sikit bebenor so jalan pintasnya akak buat aje cekodok pisang..heheheh

Gebu sebab guna tepung kek (self raising flour)..jangan tanya sukatan ya coz akak main curah aje tepung asal boleh gentel dan tak terlalu keras.Aceli akak ikut resepi dari fp kak rinn cuma tukar tepung gandum ke tepung kek so segala baking powder & soda tu tak masuk laa..hehehe

APAM PISANG KUKUS
Sumber : Resipidiana

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak) , Rinn guna canola oil
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula, Rinn guna 3/4 cawan
secubit garam

Cara-cara :
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

Tuesday, December 21, 2010

Kek Oren 1mas2ra

 
Posted by Picasa



Kek oren 1mas2ra ni konon nak dialunkan bior jadi kek oren alunan kasih laa mulanya ..sekali akak tak abis baca resepi maka alunan kasihnya pun tak berapa kasih laa..hehehe.

Dah siap potong untuk dibawa ke majlis khatam Alqurqn anak2 jiran..jiran2 yg rasa terus nak menempah & nak belajar..Akak kata nanti laa dulu ..tetiba pagi tadi jiran sebelah umah call nak tempah sebiji pagi ni ugak sebelum adik dia balik Johor...terpaksa laa dulukan yg ini sebab ada org nak balik jauh..yg dekat2 tu tunggu laa ekk..stok telur tak cukup :),..bahan2 lain pun kurang..hahahah..Akak kene g soping moping petang ni kat Tunas Manja ..Orait jom layan resepi 1mas2ra ni..akak kopipes aje forumcari.

Orange Cake
Sumber: [1mas2ra ] - CARI FnR

280g butter
240g gula caster
6 telur kuning
11/2Tb orange paste
rind dari satu orange
65g jus dari satu orange
250g tepung gandum ) ayak
1tsp baking powder )
6 telur putih
1/2 tsp cream of tartar

Pukul butter dgn gula hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu, kemudian rind dan paste. Masukkan tepung, gaul dgn senduk, orange juice dan kemudian tepung.
Pukul egg white dgn cream of tartar sampai kembang. Masukkan dalam adunan atas dan gaul rata. Bakar dalam tin 10" bulat yang dilapik kertas gris 170C/50-55minit.

dek kerana akak guna telur gred c so ketinggian kek ini tak ler berapa tinggi..seeloknya guna laa telur gred A sbb putih telurnya byk..nnt kek jadi gebu tapi nak beli telur gred A..akak kene tunggu lori telur datang esok..hehehe

Wednesday, December 15, 2010

Nasi goreng Seafood

 
Posted by Picasa

Ini untuk makan malam tadi..akak dah gantung apron & periuk belanga coz esok nak g jejalan ke KL-Muo-Paka..Cukup laa 3 hari tu buat hilang bosan anak2.Sebenarnya ke Kl sebab nak ambil SIL yg tamat latihan kat PULAPOL then terus balik kg sekali.

 
Posted by Picasa


Mihun sup cam bakso pun ada sebab ada bebola ayam dan daging yg tinggal 3-4 ketul dlm peti sejuk..Saje nak mengosongkan peti sejuk..Ada ayam 1/2 ekor tu aje..yang ni untuk lauk bila dah balik sini kelak..telur ayam pun tinggal sebijik..hahah



 
Posted by Picasa

percubaan kali ke 2 buat red velvet..pada tekak akak yang ni tak berapa meletup sebab kurang rasa soda..hukhukhuk..yang perabiskan stok rv ni si kecik haiqal..orang lain tak pandang pun.