Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, November 14, 2010

Siakap 3 rasa & Tumis cendawan

Photobucket


Entry di atas bukan lauk hari ini tapi lauk kami tengahari semalam ..heheheh..En.Hubby g main futsal sampai setengah hari..akak just masak siakap 3 rasa aje memandangkan ada sekor siakap dlm freezer tu..kalau dibiar lelama nnt mati rasa pulak ikan tu.

Siakap 3 Rasa fp kak liza



Bahan
1 ekor ikan siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goreng ikan

Bahan Sos
½ cawan sos toamto
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm] - tak letak pun
2 biji cili merah ] akak tukar ke capsicum merah ,hijau & kuning
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.

Photobucket
Yang pulak lauk tambahan utk makan malam..cendawan tiram ni en.hubby yg beli ms singgah beli barang runcit kat tunas manja.Dia suruh goreng simple aje..akak pula amik 3-4 keping cedawan tu buat cendawan celup tepung..cicah dgn sambal kicap..hehehe sori gambo takde sebab secoet tet aje cendawan celup tepung tu..ngam utk akak sorang aje..hahahaha

No comments: