Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Tuesday, November 2, 2010

Apam dot-dot

 
Posted by Picasa

Apam dot-dot ni dah lama teringin nak buat namun bila mengenangkan penghuni rumah ni yang tak berapa nak makan kuih2 begini terpaksa laa akak hold keinginan tu..but pagi semalam terlaksana sudah hasrat hati sebab nak bawa kuih sbg buah tangan ke rumah jiran yg mengadakan majlis usrah..tak jauh selang 3 buah rumah aje dr rumahku..hehehe.Dalam tu akak letak filling blueberrry sbb tu kuih ni kaler purple..

Bila dah bawa ke sana ramai pula yg bertanya.kuih ape yang pelik ni so akak kata tu kuih telur dinosour..wakakakaka..Biasa ler takde orang lain yang suka buat kuih pelik2 kat sini melainkan akak..(perasan).

Resepi akak amik dr umah hana kat Jepun nun...jauh akak terbang mencari resepi..khennnn

Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

No comments: