Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Tuesday, November 30, 2010

Yok makan pizza sate

Photobucket

Aceli sate ni dah jadi sate versi goreng tapi bila en.hubby balik kerja tadi..dia kata sedap kalau buat pizza sate..kene ler layan permintaan boss ..khenn..ahaks..

Doh pizza guna resepi dari kotak mauripan aje..hehehe..pastu buat 4 segi pulak ..nak lain dari yang lain ler konon2nya..Inti cuma sate goreng ngan cendawan butang saje. Dah abis separuh pun..heheheh

Monday, November 29, 2010

Menu sepanjang minggu

 
Posted by Picasa



Ini menu sepanjang 2-3 hari ni...kek pisang tabur cheddar cheese,Karipap versi bakar coz akak malas nak tuang minyak..heheheh..pastu ikan bawal hitam masak asam pedas tu lauk tengahari semalam..begitu juga pecal ikan caru tu..aceli ikan caru tu dah berkurun dlm freeer so kene ler masak dari terbuang gitu ..

Pecel Ikan Cencaru

2 ekor ikan caru digoeng terlebih dahulu
Santan pekat
Daun cekur
Bahan digoreng & ditumbuk lumat

cili padi
bawang kecil
bawang putih

Masakkan bhn yg digoreng dgn santan pekat + garam+ gula secukup rasa.Sebelum angkat gaulkan daun cekur yg telah dihiris halus.Tuangkan santan atas ikan goreng tadi.

Friday, November 26, 2010

Nasi Daging

 
Posted by Picasa



 
Posted by Picasa



 
Posted by Picasa


Nasi Daging ilham dari menjelajah blog kak Ummi pagi tadi...Daging korban mertua bagi aritu akak rebus & grill sekejap atas pan..Air Asam pula tak boh belacan ..kang tak pasal2 sot-set lagi ..heheheh

Nasi daging -kredit to kak Ummi HSH
Bahan:-

1 kg daging - dipotong besar2 dan direbus empuk - ketepikan.
4 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
4 cawan air rebusan daging
1 cawan susu segar
(sup bunjut Adabi dan rempah sup)
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 cawan tomato dadu/pes tomato
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 sudu minyak sapi
1 helai daun pandan
Garam
Bawang goreng

Cara Menyedia:
Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih, kulit kayu manis buah pelaga dan bunga lawang. Kacau hingga naik bau, masukkan beras dan tomato, kacau sebentar. Masukkan air rebusan daging, garam dan daun pandan. Bila nasi hampir masak, masukkan susu segar. Kacau rata dan biar nasi masak seperti biasa. Tabur bawang goreng bila menghidang. (*Boleh juga masukkan separuh daging rebus ke dalam nasi ketika memasak nasi).

SAMBAL ASAM TOMATO
5 tangkai cili merah - ditumbuk kasar
4 tangkai cili padi - ditumbuk kasar
3 biji tomato - didadu
belacan yg dibakar sedikit
air asam jawa
gula melaka
garam dan gula secukup rasa
Campurkan dan adun kesemua bahan hingga mendapat rasa yang sesuai dengan tekak.

Thursday, November 25, 2010

Cream puff-edisi resepi terperap

 
Posted by Picasa


teringin nak makan cream puff tapi rasanya mmg tak laku kalau buat banyak dlm umah ni kebetulan smlm ada org order cream puff..dapatlah merasa seketui dua..heheheh


Cream Puff- 20-30 biji

Pastry:-
250 ml air
125 gm butter
150 gm tepung gandum
sedikit garam
sedikit gula
4 biji telur
sedikit vanilla paste

Custard filling:-
500 ml susu segar/susu cair pun boleh
100 gm gula (saya kurang 90 gm saja)
80 gm tepung custard

Wednesday, November 24, 2010

Mee Racun & lempeng Oat

 
Posted by Picasa



Tak tahan tengok Mee Racun Cik Mat Gebu yang menggoda kalbu..akak pun buat laa memandang semua bahan2 ada dlm peti sejuk tu..cuma daging aje akak guna daging recycle ...huauhuahua..Daging korban yg jiran bagi tu mana boleh nak buat sembarangan kan! kalau tak abis kene tanam..tu kata sorang teman dulu...nak tanam pun kene elok2 takut digali binatang so akak basuh semula daging2 kemudian rebus 2- 3 kali pastu baru buat kuah .

Akak copy paste resepi dari blog CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
1/2 kg tulang lembu,(akak guna daging aje)
1 inci halia, ditumbuk halus
Udang, sotong dan daging (ikut suka, nak guna semua jenis pun ok)(akak ltk udang aje)
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*kisar halus)
4 camca besar cili kisar (mat letak 2 saja)
5 camca besar soso tomato
4 camca besar sos cili (mat guna sos cili thai)
1 camca besar gula (tak letak, sebab sos dah manis)
1 kiub ayam
2 kelopak kobis (nak guna sawi pun ok), dipotong
1 biji tomato, belah 6
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Telur rebus untuk hiasan (cemplungkan telur sebijik cam mee bandung)

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus tulang lembu dengan halia tumbuk hingga mendapat stok yang diperlukan (nak cepat rebus dalam pressure cooker selama 25 minit). Kalau guna daging lembu bukan jenis batang pinang, boleh rebus sekali bersama tulang lembu.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata dan tuang air rebusan tulang. Kacau dan biar mendidih.
Masukkan kiub ayam, udang dan daging (kalau guna tulang, masukkan sekali). Tambah garam secukup rasa dan juga lada sulah. Bila kuah pekat sedikit, masukkan sotong, tomato dan sayur kobis, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Letak mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya sekali. Hias dengan bahan2 hiasan dan hidangkan segera.



 
Posted by Picasa

Lempeng Pisang Oat


ni pun akak buat sebab terguda dgn lempeng pisang CMG..kebetulan pula mak mertua beri pisang raja ms blk kg aritu..


Lempeng pisang oat-sumber Cik Mat gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram pisang, dilecek halus
200 ml susu segar (mat guna 100 ml susu sejat + 100 ml air)
1 cawan quaker oats
3/4 camca teh baking powder (mat tambah)
Sedikit gula jika perlu (mat tak letak)
Garam secukup rasa
Madu, untuk hiasan
Mentega, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
Hidangkan bersama mentega dan madu..Selamat mencuba untuk semua


***sedang berkira-kira nak masak ape hari ni ...fenin mikirnya***

Sunday, November 21, 2010

Berjumpa dengan Ex- classmate

 
Posted by Picasa

Gambo muka akak terpaksa diblurkan sebab akak tak cun time ni..kekekekek


Ini ex-classmate akak yg dah 20th tak jumpa...last jumpa dia masa hantar buku teks lepas exam SPM 20th lalu...masih ingat baju ala2 Saloma yg Yati pakai ketika tu...then terus tak jumpa hinggalah akak ternampak nama dia dalam facebook.

Akak add dia tapi dia ni tak approved pun...pastu ternampak kakak dia so akak send mesej & bertanya dimanakah Yati skrg ni...rupanya dia dok Bukit Kepong aje..alahai..tiap kali balik kg hubby mmg akak lalu jalan Bukit Kepong tu tapi tak pun dia dok situ ....huhuhu

Dipendekkan cerita akak minta no.hp dia dgn kakak dia..lepas berborak2 ...kami pun berjanji nak jumpa..kali pertemuan diadakan di rumah mertua Yati di Sri Maamor,Tangkak..haaa amikkk...dulu2 akak pernah masuk Sri Maamor dengan geng sekilang..(dulu akak minah karen)..laaa rumah yg akak pernah singgah tu tak jauh dari rumah mak mertua Yati..tapi skrg akak tengok umah tu tertutup rapat aje..takde orang kot..

Rupanya Yati tak approved akak sbb line internet kat tempat dia dah cut off...tapi takpe...akak puas ati dapat jejak kasih kawan-kawan sekolah ni..macam citer nak dibualkan tapi masa dah suntuk..next time blk kg boleh cari yati lagi sbb dah tau di mana lokasi dia.. :)



B

DCC lagi..tak jemu-jemu

 
Posted by Picasa



Memang tak jemu-jemu makan kek DFCC ni...hok ni buat utk family kat kampung..ingat nak celebrate besday adik ipar on 17th aritu tapi dia tak dapat balik sbb tengah kursus..ermmmm so buat kitaorang makan2 on behalf dia je laa..heheheh

tepek sekali lagi resepi


Devil Food Chocolate Cake - Martha Stewart
(akak dah translate tau!)

A)
1 1/2 cwn butter
2 1/4 gula kaster
4 biji telur

B)
3/4 cwn koko*
3/4 cwn air panas* bancuh 3 bhn ni & ketepikan
3/4 cwn buttermilk* (3/4 cwn susu cair + 1sudu bsr cuka)

C)
3 cwn tepung gandum *
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh bikarbonat * (yg ni suka ati aje nak menambah..heheh)
secubit garam (tak letak pun)
Ayak semua bahan2 ini.
1 sudu teh esen vanila

cara2
1.Pukul bhn A hingga gula hancur.

2.masukkan bahan B diikuti C dan 1 sudu teh esen vanila..gaul rata.

3.bakar hingga masak...ikut oven masing2 ya!.


Cream cheese Frosting

250gm cream cheese
125 gm mentega
1 cawan gula ising

1.Pukul cream cheese dan mentega hingga lembut kemudian masukkan gula ising..pukul lagi hingga sebati.

*kalau nak cepat akak pukul aje semua sekali harung :), *

Sunday, November 14, 2010

Bahulu Santan

Photobucket

Photobucket


Jom makan bahulu santan cicah pula dengan air kopi panas..perghhhh sedap tak ingat donia!!!!..

Ini antara salah satu kuih muih yang mak akak rajin buat masa kami kecik2 dulu...Teringat dulu kalau mak buat bahulu ke kek mesti berebut2 adik beradik nak colek lebihan aadunan bahulu ni..sekarang dah berjangkit kat anak2 dara kenit akak pulak..siap 'chop' nak cream katanya...heheheh

Sekarang ni mak buat time adik lelaki yg no.2 tu balik..angah mmg suka kuih ni..Kalau time rajin ..dia pun masuk dapur nolong buat kuih...

meh kita tengok resepi bahulu santan ni..


6 biji telur
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 cawan santan pekat + pewarna hijau + pandan paste (akak guna santan kotak je)
(dulu mak buat dia blender daun pandan dan santan pastu tapis)
2 sudu kecil baking powder

Cara-cara :

1) Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan putih macam buat bahulu jugak.
2) Ayak tepung bersama baking powder.
3) Masukkkan tepung kedalam bancuhan yg telah betul-betul kembang.
4) masukkan santan dan gaul sebati.
5) Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

Siakap 3 rasa & Tumis cendawan

Photobucket


Entry di atas bukan lauk hari ini tapi lauk kami tengahari semalam ..heheheh..En.Hubby g main futsal sampai setengah hari..akak just masak siakap 3 rasa aje memandangkan ada sekor siakap dlm freezer tu..kalau dibiar lelama nnt mati rasa pulak ikan tu.

Siakap 3 Rasa fp kak liza



Bahan
1 ekor ikan siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goreng ikan

Bahan Sos
½ cawan sos toamto
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm] - tak letak pun
2 biji cili merah ] akak tukar ke capsicum merah ,hijau & kuning
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.

Photobucket
Yang pulak lauk tambahan utk makan malam..cendawan tiram ni en.hubby yg beli ms singgah beli barang runcit kat tunas manja.Dia suruh goreng simple aje..akak pula amik 3-4 keping cedawan tu buat cendawan celup tepung..cicah dgn sambal kicap..hehehe sori gambo takde sebab secoet tet aje cendawan celup tepung tu..ngam utk akak sorang aje..hahahaha

Sepetang di Rantau Abang

Jalan-jalan di Rantau Abang sambil tengok anak2 penyu yg dilepaskan serentak petang semalam.Aceli memang tertunggu detik ni tapi tak sangka pulak majlis ni awal dari yg akak jangkakan....ye laa aritu masa bulan raya akak ada ajak kwn yg dok kuantan tu g sini konon2 nak tengok anak2 penyu..rupanya kami tiba salah masa...tempat tu tutup.

Yang ni pun tau dr kawan yg dok Rantau Abang..dia yg sms kata ada majlis pelepasan anak2 penyu petang sabtu..so sms kat kwn yg di kuantan tu tapi sayang dia & family tak dpt join sbb ada hal lain..sian dia...

 
Posted by Picasa

Ada lebih kurang 2600 ekor anak2 penyu yg telah dilepaskan petang smlm..akak tak ler join sama sebab ada hero kecik ni..kang dia pulak yg terlepas ke laut..isk..isk.isk..

 
Posted by Picasa

yang ni size sederhana..ada 5-6 ekor jugak size gini..ada sekor tu derang dah letak ala pengesan atas badan penyu tu..sian pulak akak nengok tapi nak buat camne ..menda2 gitu perlu bagi mengesan populasi penyu..khennnn..

 
Posted by Picasa

para pelajar dari sekolah2 sekitar Rantau Abang bersedia dgn anak-anak penyu di tangan masing-masing.

 
Posted by Picasa

Ini ler penyu yg akak citer kat atas td..

 
Posted by Picasa

hero sulung akak yg berani pegang anak penyu..anak dara 2 orang tu penakut sampai ada sorang pak cik tu kata.." nak jumpa anak-anak penyu seumur hidup pun susah...rugi tak pegang tau"

hemmmm..memang ler susah sebab penyu banyak dah pupus..heheheh..dulu2 masa akak kecik..Rantau Abang ni sangat popular dengan penyu bertelur namun bila akak dah dok dekat area pantai timur ni..Rantau Abang dah tak popular pun..sian akak ekk...heheheh..sebab tu kerajaan negeri amik inisiatif tubuhkan pusat santuari penyu yg bertujuan untuk memulihara penyu2 yg dah pupus..so kita tunggu ler bila anak2 penyu tu nak balik semula ke pantai Rantau Abang 10-20 thn akan datang untuk bertelur..Insyallah


p/s...dh dlm kereta baru perasan sms darik.nor b4 tu dh jumpa dgn Ann ..terjenguk2 juga kot terpandang kak nor tp yg ku nampak hanya en.hubby K.nor aje..hehehe

Thursday, November 11, 2010

Egg toastedku tergaring

 
Posted by Picasa



Ni hasil skodeng blog CMG subuh tadi..akak teringat roti yg ada separuh lagi kat dapur tu..buat 4 aje ngam2 untuk penghuni rumah ni yg nak keluar bekerja dan sekolah ...alih2 yg 2 org tu tak nak g sekolah pulak..mentang laa dah abis periksa...tinggal sorang aje yg sekolah ..Kak uda sbb dia tadika lg ..belum periksa akhir pulak tu..jeles laa dia tgk along dan kakak ada kat umah.

roti akak tu tergaring sikit sebab akak guna api atas aje kononnya nak cepat masak..nasib tak hangus terus :),..Aceli akak msh tak sihat tambah pulak demam selsema...berjangkit dr hubby dan si kecik...arghhhh!!!..sabo aje..dah lama tak demam sekali demam dapat pakej terus...selsema+ sakit tekak+ pipi bengkak akibat cabut gigi aritu + batuk pun dh ada sikit..amponnnnn

Monday, November 8, 2010

Takde masak2..tuan tanah kene berpantang....hehehe

 



hehehe..ni ler sebabnya nape akak takde entry masak-masak untuk minggu ni..akak baru lepas cabut gigi bongsu semalam...kesannya akak terpaksa berpantang makan selama 2 minggu kalau nak cepat sembuh..tak leh nak nganga luas2 & kalau nak sangap kene sangap cara paling sopan ... :),

Hendak makan pula kene blend nasi + sayur ...huhuhuhu..lapo perut weiiii!!!..nak tak nak kene ler berpantang kalau tak kesan cabut tu payah nak baik....ni pun terpaksa makan pil tahan sakit supaya kurang sikit denyutan tu..Sabar aje laaaa

Thursday, November 4, 2010

Daging Prunes

 
Posted by Picasa


Semalam hubby akak terbawa kunci rumah akak ke tempat kerja so akak tak dpt laa nak pergi menjalan tugas2 sbg supir..heheheh..So akak kene laa prepare lauk untuk lunch sbb hubby balik lunch hour sambil ambil anak2 .Mujur ada stok daging tp fenin pulak nak masak ape..nasib baik ada en.google yg memudahkan kerja akak mencari resepi..hahaha


DAGING PRUNES - cp fp kak hanieliza

bahan
600 gm daging [potong nipis]
1/2 cawan buah prune [buangkan biji dan mesin halus] -akak guna yg pitted
5 s/b sos tomato - tak letak
4 s/b kicap pekat
2 s/b cili mesin -
2 s/b rempah kari - tukar kpd rempah kerutup
4 s/b minyak
1/2 cawan air
garam

bahan mesin
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia

Cara
1. Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging. Kacau rata. Biarkan masak sehingga daging lembut.
4. Masukkan buah prune mesin dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat.
5. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak atau beriani.

Kari Sayur Campur

 
Posted by Picasa


lauk kelmarin coz dah jemu asyik makan ayam ,ikan segala...Buat kari sayur campur pastu makan dgn nasi putih panas..kalau nak sedap lagi kene ada side dish cam sambal belacan & ikan kering tapi akak allergik dgn belacan..kang selsema tak sudah2..baru aje baik dr selsema gara2 meratah kerang rebus 3 minggu lps...gitu ler kekdahnya klu ada resdung.

Tuesday, November 2, 2010

Mee Goreng Basah

 
Posted by Picasa


Pagi dah makan kat umah jiran..petang semalam akak masak mee goreng aje ler..Sekarang ni dah masuk musim winter (tengkujuh)..ikan pun tak berapa nak ada di pasar tu..Stok ikan dlm peti ais tu ada anak cencaru 2 ekor..nampak gaya kene masak jugak ikan dlm tu..hehehe..Kalau rajin nnt g survey gak kat pasar..jenguk ikan apa yg ada..

Hujung minggu ni nak balik Kluang..yezzzzaaaaaaaaaa..dah lama tak balik..rinduuuu kat mak!.

Apam dot-dot

 
Posted by Picasa

Apam dot-dot ni dah lama teringin nak buat namun bila mengenangkan penghuni rumah ni yang tak berapa nak makan kuih2 begini terpaksa laa akak hold keinginan tu..but pagi semalam terlaksana sudah hasrat hati sebab nak bawa kuih sbg buah tangan ke rumah jiran yg mengadakan majlis usrah..tak jauh selang 3 buah rumah aje dr rumahku..hehehe.Dalam tu akak letak filling blueberrry sbb tu kuih ni kaler purple..

Bila dah bawa ke sana ramai pula yg bertanya.kuih ape yang pelik ni so akak kata tu kuih telur dinosour..wakakakaka..Biasa ler takde orang lain yang suka buat kuih pelik2 kat sini melainkan akak..(perasan).

Resepi akak amik dr umah hana kat Jepun nun...jauh akak terbang mencari resepi..khennnn

Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Monday, November 1, 2010

Akibat dari kegagalan mata mengecam.....

Semalam akak pergi tunas manja..beli barang untuk baking sikit..sambil teringat nak beli kacang dal sebab hajat hati nak masak parpu telur.Dalam ruang kekacang tu ada kacang dal tapi bungkusannya besar laa sangat..ye laa buat nak membazir..kan! so akak capai yg dalam plastik kecil..isi dalam tu kecik sikit (kacang dal pun ada yg jenis kecil tau).

Tiba di rumah terus rendam kacang tadi..rendam awal sebab takut kacang tak empuk nnt..dalam pada tu terfikir pula nak buat vadei pula.tDalam hati kata "takpe laa kacang dh kembang..nnt ke tepikan sedikit utk parpu telur..yg lebih boleh buat vadei".

Ntah camne terpandang kat plastik kacang tadi..di situ tertulis "KACANG HIJAU BELA"(kacanghijau tu dah buang kulit)..huhuhuhu..nak menangis rasa sebab dah terendam setengah mangkuk..waaaaa............Terpaksa kansel hasrat nak masak parpu telur (tu yg jadi nasi ayam sempoi)..wakakakak..tapi akak tak ler mati akal..akak blend laa jugak kacang tu buat vadei tapi versi kacang hijau & terpaksa tambah tepung ..maka jadi ler seperti di bawah ni..

Photobucket
Jejemput kacang hijau...heheheh


p/s ..kacang hijau bogel tu ada setengah plastik kecik..sape ada idea ape nak buat dgn kacang tu..sila bagitau ekkk...hahahah

Nasi Ayam Sempoi

Photobucket

Dinner semalam akak masak nasi ayam guna rempah segera aje..tak cukup sifat sebab takde timun & tomato..hanya daun salad sebagai ganti..orait ler tu daripada takde side dish langsung..khennn