Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Saturday, October 30, 2010

kek gula hangus

 
Posted by Picasa


Ini antara salah satu kuih yang kerap mak akak buat kalau ada yasinan kat blok kami..sebab kuih ni paling senang nak buat but paling senang pun akak selalu gak buat tak menjadi..kuikuikui..mak akak buat tak pernah perap2 pun..molek aje sarang
dlm kek dia..hehehe..Akak perap ler juga sejam.

Hari terajin nak mencuba buat sebab terpandang kat blog kawan2..Pagi tadi Yati dah tayang kek gula hangus@ sarang semut dia.

 
Posted by Picasa

resepi cp dari Yati

Bahan-bahan

* 1 cawan gula
* 1 cawan air panas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan susu pekat
* 2 sudu kecil soda bikarbonat
* 4 biji telur
* 2 sudu besar mentega

Cara-cara

1. Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus
2. Masukkan air panas sedikit-sedikit dan masak lagi hingga gula cair.(hati2 sbb merecik2)
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. Sementara itu....
4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6. Masukkan pula tepung + soda yg sudah di ayak dan sebatikan.
7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

2 comments:

hana said...

ai sungguh jeles dengan kejadian kek ini! mintak sepotonggg... tp penah wat gak resepi nih dulu.. 1st tak jadi sbb perap tak lama..2nd baru jadik sbb perap 3jam! moral..peraplah lama2.. kekekeke

Ctnaemah said...

kalau mak aku tau aku main perap2 supaya nak bersarang..mau mak aku ketawakan aku ni..kekekek ..sebab dia buat tak pernah pun perap2 bagai...siap adun terus bakar..molek aje bersarang2... :), semlm aku perap sejam aje tapi nak nunggu masak..lama nooo..dua kali pusing timer oven aku tu.