Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Saturday, October 30, 2010

kek gula hangus

 
Posted by Picasa


Ini antara salah satu kuih yang kerap mak akak buat kalau ada yasinan kat blok kami..sebab kuih ni paling senang nak buat but paling senang pun akak selalu gak buat tak menjadi..kuikuikui..mak akak buat tak pernah perap2 pun..molek aje sarang
dlm kek dia..hehehe..Akak perap ler juga sejam.

Hari terajin nak mencuba buat sebab terpandang kat blog kawan2..Pagi tadi Yati dah tayang kek gula hangus@ sarang semut dia.

 
Posted by Picasa

resepi cp dari Yati

Bahan-bahan

* 1 cawan gula
* 1 cawan air panas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan susu pekat
* 2 sudu kecil soda bikarbonat
* 4 biji telur
* 2 sudu besar mentega

Cara-cara

1. Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus
2. Masukkan air panas sedikit-sedikit dan masak lagi hingga gula cair.(hati2 sbb merecik2)
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. Sementara itu....
4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6. Masukkan pula tepung + soda yg sudah di ayak dan sebatikan.
7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Ala-ala kampung pulak

Photobucket

Semalam lunch dah ala2 western so hari ni buat ala2 kampung pulak sebab tengahari tadi hubby takde kat umah ..Anak2 pun bukan makan sangat kalau akak masak macam ni.

Betik goreng simple ni mmg my feberet lauk ler coz kecik2 mak selalu masak lauk sebegini.Biasanya akak ratah aje lauk betik goreng ni..kalau nak sedap lagi boleh tambah santan sikit tp arini tak tambah (malas).

Ikan jeruk tu akak goreng pastu taburkan pulak bawang merah dan lada serta perahan limau nipis..amikk ko terjejas diet akak minggu ni..kekekekek

Friday, October 29, 2010

chicken chop

Photobucket

salam hari jumaat..hari ni akak lunch ala2 western aje..semalam di medan selera Mesra Mall, akak duduk mengadap kedai Papa Chop Mama Grill..sambil tunggu tosei siap mata akak ni melilau tgk menu kat kedai tu..tak boleh tahan tgk chicken chop tapi rega tentu ler mahal khenn!!...

so hari ni akak buat ler sendiri..jimat tak?...

resepi :-
A.
Bahan Perapan
beberapa keping dada ayam
1 sudu besar lada hitam
3 ulas bawang putih
sedikit halia
garam
tepung berperisa dan 1 biji telur utk salutan


tumbuk kasar bawang putih,lada hitam & halia.lumurkan pada isi dada ayam dan perap sekurangnya 3 jam tapi arini akak just gaul2 aje sebab nak cepat.Celup dada ayam dlm telur kemudian salut dgn tepung berperisa ala2 kfc then goreng hingga masak.

Sos
BAWANG BOMBAY,BAWANG PUTIH,HALIA,MENTEGA,SOS LADA HITAM & TEPUNG JAGUNG

tumis bawang bombay,bwg putih,halia dgn mentega hingga naik bau,masukkan sos lada hitam dan air ..biar mendidih + garam..last sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah.

Bahan sampingan yg akak sertakan dlm hidangan ni..kentang goreng,tomato dan simple coleslaw (sayur campur-rebus dgn air garam then toskan air dan gaul dgn mayonis).

Thursday, October 28, 2010

Kek lobak merah

Photobucket

akak buat kek ni utk customer sempena ulang tahun perkahwinannya yg ke 2..resepi kek carrot yg akak selalu guna ni akak amik dr Fp jasmine HomeDelights ..serius mmg sedap giler2 kek carrot ni..nak buat pun sonang ajo..heheheh..Frosting tu akak guna butter roux method but kali ni tak letak cheese sbb customer request takmo cheese.

Sila abaikan tulisan akak yg tak senonoh tu ekk!..tapi ms deko ni akak saje2 gatai tangan nak buat roses..selalunya akak mmg fail buat roses ni..bak kata orang "practise make perfect" so kene ler rajin2 buat latihan tangan supaya rose bertambah cantik...khennnn..
Carrot Cake
Sumber : leen omar (Rnet)

Bahan
2 1/2 cwn Tepung Berserbuk Penaik (preferably bluekey)
1st baking powder
1st soda bicarbonate
1/2st cinnanom powder (teman x ltk - tadak stok)
1/4st garam
3/4cwn brown sugar
1cwn gula castor
4biji telur
1cwn minyak jagung
1cwn mentega cair
3cwn lobak (diparut - <>2 biji lobak yg sederhana besar)
3/4 cwn walnut cincang (teman guna Badam + Pecan)

Topping
3/4 ketul cream cheese
3sm mentega
1/3 cwn icing sugar (teman tmbh ngan Sugar syrap)
1st lime juice (x ltk sbb sugar syrap tuh dah ada perisa lemon)
(kalau nak more creamy lagi lebihkan butter/krimwell)

Cara
Panaskan oven 180C
Ayak tepung+baking powder+bicarbonate dlm mangkuk
Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur
Putar adunan sehingga lebut/gebu. Masukkan walnut dan kisar sebentar
Bakar dlm oven selama 45 min hingga 1 jam.
Biarkan sejuk...buatkan topping

Hiasan Krim Keju
Masukkan semua bahan dalam mangkuk.Kisar hingga halus dan sapukan pada kek.

Bebola ayam masam manis

 
Posted by Picasa


Dah kurang stok ikan dalam peti ais..perabiskan pulak bebola ayam..sian dia dok membeku ..puan umah tak reti2 nak masak dia. :),

Gulai lemak ikan jaket

 
Posted by Picasa


Stok ikan yg terkini dr pasar paka..faham2 aje dah bila nak masuk november ni..musim winter nak bermula...ikan yg ada size anak2 aje..jgn mimpi nak jumpa size xl..hehehe..akak masak lemak cili api..abaikan jaket ikan tu..mmg saje tak buang masa goreng tu (malas nak siat yg benornya..hahaha)

Cendawan Kunyit berapi

 
Posted by Picasa


Teringin nak makan sayur tp tak nak sayur ijau so akak beli ler cendawan..goreng kunyit berapi sebab akak ltk cili padi..berasap mulut ko..heheheh

Monday, October 25, 2010

Thai chicken basil

Photobucket

Dak izzah dah sampai Congo..akak g Thai aje laa..wakakaka

Thai chicken Basil-source: alongroz, myr
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
6 ulas bawang putih - dicincang/tumbuk halus
15 biji cili padi (kepedasan bergantung pada selera masing2) - dicincang/tumbuk halus
2 sudu besar fish sauce (akak letak sos tiram aje)
1 biji buah tomato - potong 6
1 cekak daun thai basil
sedikit air - jika inginkan sedikit kuah kalau nakkan kering tak perlu masukkan
garam dan gula secukup rasa

cara:
gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
gorengkan sehingga separuh masak dan ketepikan
tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali
tumiskan bawang putih dan cili pada sehingga wangi
masukkan ayam goreng tadi dan gaulkan sebati
kemudian masukkan fish sauce (sos tiram), sedikit air, garam dan gula secukup rasa
gaulkan sebati dan biarkan sebentar agar semua bahan sebati dengan ayam
akhir sekali masukkan buah tomato, daun thai basil
kacaukan rata dan biarkan selama 2 min
padamkan api dan hidangkan dengan nasi putih

urap kacang panjang

Photobucket

Urap Kacang panjang

secekak kacang panjang
segenggam taugeh
kelapa parut muda
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
lada basah & cili padi
Daun cekur
garam

Method

1.tumbuk lada basah,cili padi,bwg merah,bwg putih,ikan bilis hingga lumat.

2.tumiskan bhn2 yg tlh ditumbuk hingga naik bau.

4.masukkan kelapa parut muda.Tambah garam & gaul rata hingga kelapa masak.

5.masukkan kacang panjang & taugeh serta hirisan daun cekur.

6.Angkat dan hidang

Sunday, October 24, 2010

kek asam manis

Photobucket

Kek lapis asam manis- Keluarga nov 02

1 cawan gula
1 cawan mentega /marjerin
1 cawan biskut merry /tawar (kisar)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
4 biji telur (asingkan putih & kuning)
esen vanila
haw flakes

1. putar mentega dan gula hingga kembang

2. putar berasingan putih & kuning telur
AKAK TAK BUAT PUN SEBALIKNYA MASUKKAN TELUR SATU DEMI SATU DLM ADUNAN MENTEGA)

3. kemudian masukkan susu,tepung gandum,biskut merry,dan esen vanila..gaul rata

4.bahagikan kepada beberapa bahagian & warna ikut suka hati.

5.ratakan adunan kek dlm loyan dan letak asam haw flake kemudian kukus 5-10 min..buat begitu hingga abis tepung.Jgn lupa tutup tudung pengukus dgn kain utk mengelakkan air menitis atas kek.

*** akak buat cara baine marie sebb malas nak mengukus :)****

Saturday, October 23, 2010

Ketupat Pulut

 
Posted by Picasa



Jom sarap dengan ketupat pulut..alkisahnya akak teringin nak makan ketupat pulut ni sebab raya aritu mak akak tak buat pun ..pastu besan mak yg rajin buat ketupat pulut pun takde menghulur .Biasanya besan mak akak ni kalau kirim ketupat rendang pasti ada ketupat pulut.Agaknya mak dgn besan ni pakat2 tak nak buat ketupat pulut tahun ni..heheheh

Dengan rajinnya akak mengajak en.hubby ke Dungun semata2 nak cari daun palas...kalau pasar paka mmg tak jumpa pun daun palas ni.

Kat sini ada jugak ketupat pulut tapi versi rebus goreng..akak tak berapa minat yg cenggitu..Dah nak makan tu kene ler marajinkan diri ek!

 
Posted by Picasa

buat rendang daging simple untuk cicah ketupat pulut tu..hehehe

Thursday, October 21, 2010

Homemade sardin

 
Posted by Picasa


Homemade sardine terhasil aktiviti skodeng blog orang dgn bantuan en.google..rasanya ramai yg dh mencuba resepi ni..khenn..akak aje baru nak menerai test..alhamdulillah menjadi laa jugak cuma tak ler selembut sardine cap Ayam sebab akak takde pressure cooker..hehehe..akak masak guna slow cooker aje.

Resepi home made sardin :- Cp dr
blog chik mimi

BAHAN-BAHANNYA :-) By CMG
700 g ikan tuna-Chik mi guna ikan selayang aje a.k.a ikan sardin (akak pun guna ikan selayang jugak sbb tak tahan tengok ikan selayang yg montok2 kat pasar dungun)
1/2 cawan tomato puree~ chik mi gantikan dengan cili blend (ganti dgn sos tomato& sos cili)
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air
1 batang serai ~ chik mi tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.


versi akak pulak yg guna slow cooker

tumis bahan kisar hingga naik minyak pastu masukkan sos tomato & sos cili.Masukkan sedikit air.garam secukup rasa .Akak tak guna gula kerana sos tomato dlm botol tu dh manis ekk.

kemudian tuangkan kuah td dlm slow cooker & masukkan ikan selayang.Masak hingga ikan lembut.Bila ikan dh cukup lembut..masukkan bawang besar,sedikit air asam jawa & lada hiris..biarkan hingga bawang besar td agak layu & angkat..sedia utk dimakan.

Wednesday, October 20, 2010

Dinner 201010

 
Posted by Picasa

mulanya verangan yang kerabu ni siram atas ikan kerisi tapi fikir2 kang orang lain nak makan juga so cancel buat ikan berkerabu mangga..esok buat utk diri sendiri aje..hehehe

 
Posted by Picasa

Dah lama tak makan sayur..arini beli sawi bak choy pastu masak dgn ikan masin..

 
Posted by Picasa

haa.. korang abaikan aje perisa tambahan yg ada atas kepala ikan tu..ada chef kecik yg rajin boh susu pekat manis atas ikan kerisi sweet sour akak arini..nak marah ada..nak gelak pun ada..padan muka akak..sape suruh tak alih tin susu tu..wakakakak..mujur kene bahagian kepala aje..orang tua pesan jangan makan kepala ikan ..nnt benak.

**notakaki:- ada telur dadar tp tak display sebab tu lauk wajib ada..hehehe

Red Velvet :- malatop ke meletup??

 
Posted by Picasa


Jangan terkejut ekk!..bukan dapur akak yg malatop@meletup tapi red velvet tu yg memang sahih dah lama kebabom!!..vass!! bang boom bang!!!..akak baru try tadi..rugi rasanya lambat menerai resepi ni.

Bukan ape..banyak resepi yg nampak cam susah bebenor pd mata akak ni (ala..klu malas tu ckp aje ler malesss..khennnn)..Mujur ada en.google yg rajin menolong...akak cari resepi kek red velvet yg paling senang sekali..tak payah tulis byk2 step..kang akak gak yg konfius.


Kredit to kak rusnah fp..(akak tak jumpa lagi link fp k.rus ni) nnt dh jumpa akak edit semula ekk.
Red Velvet Cupcake -kredit to fp kak rusnah

1 1/2 cups butter, softened to room temperature*
2 cups sugar or less
3 large eggs
1 1/2 cups vanilla yogurt (yg ni akak buat buttermilk aje)**
3Tbs. red food coloring
1 1/2 tsp. vanilla extract*
3 1/4 cups flour
3 Tbs. cocoa powder
2 tsp. baking powder
1 1/2 tsp. baking soda
3/4 tsp. salt

Preheat oven to 350 degrees F. Grease and flour two 8-inch or 9-inch cake pans or line three muffin pans with cupcake liners.

In a large mixing bowl, cream butter and sugar till light and fluffy. Add eggs one at a time. Combine yogurt, red food coloring and vanilla extract in a small bowl. Sift together flour, cocoa powder, baking powder, baking soda and salt in another bowl. Alternate adding the yogurt mixture and flour mixture into the large bowl. Pour batter into prepared pans or lined muffin pans. Bake for 30-35 minutes (15-20 minutes for cupcakes) or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean. Cool completely.


** 240 ml buttermilk (240ml susucair + 1 tsp cuka, biarkan 10 minit) **

Untuk frosting akak ikut resepi kak zatidihati tp bukan yg kat atas tu yea..sila jenguk blog kek akak kat SINI




Frosting:

Butter roux:

3 tbsp gandum
1cawan gula (akak guna gula icing)
1 cawan butter
1 cawan susu segar
1 tsp vanila
** 3 keping cheddar cheese**:-akak tambah sbb nak bg rasa cheese sket
Kaedah:
1. masukkan tepung ke dalam sedikit susu, kacau rata. Kemudian tambahkan lebihan sus, kacau sebati.
2. Masakkan susu + cheddar cheese sehingga agak pekat. Sejukkan.
3. Pukul butter, gula hingga gebu. Masukkan susu tadi. Kacau. Anda akan dapat tekstur seperti whipping cream.


notakaki:- arini jerebu kat Muo makin teruk..IPU indexs cecah 431..esok sekolah cuti.. :),

Tuesday, October 19, 2010

Pindah dapur baru

*****Dapur lamaku mylittledapur ****

Assalamualaikum teman2 semua..jemput masuk ke dapur baru akak..Dapur ni belum siap renovate lagi :)..tentu tertanya nape akak ni pindah dapur baru ekk..Alkisahnya akak tak pandai nak menggodek utk betulkan pak guard kaler merah tu..maka dengan berat hati ahkak keputusan buat dapur baru..sob!sob!Sob!

Bila dh jemput tetamu tu kene ler hidangkan makanan ekk..so kengkawan layan dulu kek sponge cappucino(akak sebut spong-ger)..Aceli ada citer pasal kek spong-ger ni..kalau nak tau akak ni asyik fail aje bila buat kek spong-ger..tak tau mana silapnya..kek tak bantat tapi kecut..nyampah ai tawww!..dah berkali buat asyik result tetap F.

So satu hari akak g jenjalan kat kedai bahan bakery kat KG KOLAM,PAKA..akak pun tanya ler owner kedai tu camne nak dapatkan tekstur kek spong-ger yg tak mengecut..ALhamdulilah owner kedai yg baik hati pun sharekan ilmu dia kat akak ni.

Dengan tidak membuang masa..akak balik umah menggodek tepung kek spong-ger yg tinggal sepeket tu..tepung tu ahkak beli kat Tunas Manja.

Photobucket
Bahan2

325 gm tepung kek span
4 biji telur gred A
1 cawan minyak sayur
1/4 cwn air
perisa cappucino

method

Pukul tepung kek span bersama dgn telur hingga gebu sambil tu masukkan air sedikit2 dan perisa.last sekali slowkan mixer dan masukkan minyak sayur.tak perlu putar lama sekadar sebati aje.Bakar pada suhu 180cel hingga masak.

** akak puas ati ler sgt2 bila ikut cara ni sbb ni ler 1st time kek spong-ger akak menjadi...heheheh***